Saturday, July 7, 2012

Rumah itu Liabiliti – Robert T. Kiyosaki

Rumah itu boleh menjadi liabiliti. Ya, rumah itu boleh menjadi liabiliti kepada kita.  Saya pernah menulis artikel mengenai senario hartanah rumah pada hari ini (Klik di Sini). Pinjaman rumah boleh menjadi beban kepada kita apabila kita membuat pinjaman bank dengan apabila tempoh pinjaman bank adalah lebih daripada 20 tahun. Sekiranya kita membuat pinjaman lebih 20 tahun atau sehingga 30 tahun, kita ibarat menghadiahkan sebuah rumah kepada bank kerana kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman kita mengikut tempoh yang kita ambil. Sekiranya kita membuat pinjaman sehingga 30 tahun, kita akan membuat kerja gila sebanyak 360 kali seumur hidup kita untuk ke bank bagi membayar ansuran rumah selama 360 bulan. Tidak kurang juga ada yang muflis kerana gagal membayar pinjaman rumah. Oleh itu, anda perlu pandai membezakan bilakah rumah itu boleh menjadi aset ataupun menjadi liabiliti.



Penyata Pendapatan

Pendapatan
Perbelanjaan

Bayaran Pinjaman Perumahan
Cukai Pendapatan
Insurans
Bayaran Penyelenggaraan

Kunci Kira-kira

Aset
Liabiliti

Pinjaman Rumah


Gambar rajah yang Menunjukkan Rumah itu Liabiliti


Menurut Robert T. Kiyosaki di dalam bukunya Rich Dad Poor Dad, beliau menyatakan bahawa rumah itu merupakan liabiliti. Ini disebabkan selain daripada membayar pinjaman rumah, kita perlu membayar perbelanjaan lain seperti cukai pendapatan, insurans dan bayaran penyelenggaraan. Ini bermakna perbelanjaan besar diperlukan dan aliran tunai tidak berhenti-henti keluar melalui kolum perbelanjaan seperti gambar rajah di atas.

Menurut beliau lagi, kerugian terbesar adalah apabila terlepas peluang-peluang terbesar yang lain. Sekiranya semua wang kita digunakan bagi membayar hutang rumah, kita terpaksa bekerja lebih keras kerana wang terus mengalir keluar dari kolum belanja, berbanding bertambah di kolum aset. Ini menjadi kesilapan minda orang ramai pada hari ini.

Bagi mengatasi masalah ini, kita perlu menyimpan lebih banyak wang dalam kolum aset mereka sejak awal-awal lagi. Ini adalah kerana wang yang dijana daripada aset tersebut, boleh digunakan untuk membayar perbelanjaan rumah. Selalunya, rumah hanya berfungsi sebagai cagaran bagi membuat pinjaman baru.

Menurut Robert T. Kiyosaki lagi, terdapat tiga keburukan apabila seseorang membeli rumah. Antaranya ialah:

1. Kehilangan Masa
Masa yang ada sepatutnya dapat m
eningkatkan nilai aset.

2. Kehilangan Modal Tambahan

Modal tambahan ini sebenarnya dapat dilaburkan, bukan bagi membayar kos penyelengaraan atau maintenance rumah yang tinggi.

3. Kehilangan Pendidikan

Selalunya orang mengira rumah, simpanan, dan persaraan sebagai aset mereka. Disebabkan mereka tidak mempunyai wang untuk dilaburkan, mereka tidak melabur. Hal ini menyebabkan mereka rugi kerana tidak memiliki pengalaman dalam pelaburan. Mereka tidak dapat belajar mengenai pelaburan sama ada pelaburan tiada risiko, berisiko sederhana ataupun berisiko tinggi.

Dapat kita fahami di sini bahawa rumah itu kadang-kalanya boleh menjadi liabiliti kepada kita. Apa yang penting, kita perlu terlebih dahulu membina aset kita supaya ia dapat menjadi mesin cetak wang kepada kita dengan memberi pulangan dalam bentuk kecairan wang saban tahun. Dengan wang ini, kita sebenarnya boleh membeli rumah yang kita ingin miliki. Dengan kata lain, kita boleh memiliki rumah secara percuma.

Sekian, terima kasih.

http://wankamarul701.blogspot.com

No comments: