Hanya ilmu sahaja yang dapat
menyelesaikan masalah hutang. Ya, saya telah menyebut pekara ini di dalam
artikel sebelum ini mengenai budaya gali lubang dan tutup lubang (Klik di Sini). Wang yang banyak sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah hutang. Hanya
ilmu dan disiplin yang dapat menyelesaikan hutang kita sekiranya kita sudah
terperangkap di dalam hutang.
Begitu juga yang diungkapkan oleh
trainer kewangan antarabangsa terkena iaitu Robert T. Kiyosaki di dalam bukunya
Rich Dad Poor Dad. Menurut beliau,
masalah tidak selalunya dapat diselesaikan dengan wang yang banyak. Masalah
diselesaikan dengan akal, ilmu dan kepintaran. Sahabat beliau sering
mengingatkan orang yang dikelilingi belengu hutang dengan berkata, “ Sekiranya
kamu sedang menggali lubang untuk diri sendiri, berhentilah menggali.”
Menurut Tun Dr. Mahathir di dalam
memoir terbarunya menyatakan bahawa pengalaman beliau sebagai doktor banyak
membantu beliau di dalam menyelesaikan masalah politik. Jika ingin merawat
sesuatu penyakit, kita perlu tahu punca penyakit tersebut terjadi. Begitu juga
dengan masalah politik, sekiranya beliau ingin menyelesaikan masalah politik,
beliau perlu tahu pun masalah tersebut terjadi.
Begitu juga dengan hutang. Kita
perlu tahu hutang apa yang kita ada sekarang ini. Hutang kereta, hutang rumah,
hutang keluarga atau hutang-hutang lain. Kenal pasti hutang-hutang yang ada
disekeliling kita. Adalah malang bagi kita sekiranya kita hanya tahu membuat
hutang sehingga had maksimum yang dibenarkan oleh majikan tetapi tidak tahu
jumlah hutang, baki hutang dan juga berapa hutang yang kita buat sekarang ini.
Hutang selagi boleh berhutang.
Kita harus ingat mengenai hutang yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w. menurut riwayat al-Baihaqi iaitu ," Berhati-hatilah kamu dalam berhutang kerana hutang itu menimbulkan kerisauan di malam hari dan kehinaan di waktu siang."
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment