Assalamualaikum w.b.t. dan
Selamat Sejahtera.
Masih belum terlambat untuk
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada
pembaca-pembaca setia blog saya ini. Saya berharap anda semua menyambut
Aidilfitri dengan penuh bahagia pada kali ini.
Baiklah, artikel saya mengenai
‘Shell dan Petronas : Yang Mana Lebih Jimat?’ merupakan artikel ‘paling top’
sekali di laman blog saya ini. Oleh itu, saya bercadang untuk menulis pula
mengenai antara minyak Shell dan Caltex : Yang Mana Lebih Jimat kerana minyak
Caltex juga dipercayai merupakan jenama minyak yang menjimatkan.
Shell Telah Beroperasi Sejak 100 Tahun yang Lalu...
Oleh itu, saya cuba ‘bereksperimen’
dengan menggunakan minyak Caltex apabila pulang ke kampung balik raya baru-baru
ini. Apabila saya mengisi minyak penuh dengan minyak Caltex untuk pulang ke
kampung (Dungun, Terengganu) didapati bahawa tangki minyak masih tinggal satu
bar. Ini menunjukkan bahawa penjimatan minyak Caltex adalah sama dengan minyak
Shell di mana saya tidak perlu mengisi dua kali minyak seperti Petronas.
Begitu juga apabila saya ingin
pulang semula ke Kuala Lumpur, saya mengisi minyak Caltex dengan tangki penuh.
Apabila saya sampai ke rumah di Sungai Buloh, didapati bahawa tangki minyak
masih tinggal satu bar. Ini menunjukkan keadaan yang sama di mana minyak Caltex
dan Shell mempunyai kualiti penjimatan minyak yang sama.
Akan tetapi, terdapat perbezaan
antara kedua-dua minyak ini. Sekiranya saya menggunakan kedua-dua minyak ini
untuk kegunaan harian, didapati bahawa minyak Caltex adalah lebih ‘ringan’
berbanding minyak Shell di mana minyak Shell adalah lebih ‘berat’ apabila kita
memandu. Apa yang saya ingin katakan ialah terasa minyak Caltex adalah lebih
jimat berbanding minyak Shell untuk kegunaan harian ataupun untuk berulang-alik
pada jarak yang dekat pada setiap hari.
Minyak Caltex juga Mempunyai Auranya Tersendiri...
Kelebihan Shell berbanding Caltex
ialah Shell mempunyai kad Bonuslink yang mana boleh kita menebusnya untuk
mendapatkan barang percuma dengan sejumlah mata tertentu manakala Caltex tiada
apa-apa kad yang ditawarkan kepada penggunanya. Ini boleh menarik pelanggan untuk
menggunakan Shell berbanding Caltex.
Setakat ini sahaja dahulu
perkongsian saya pada hari ini. Anda boleh mengujinya sendiri untuk merasa
sendiri antara kedua-dua minyak ini untuk melihat minyak mana yang lebih jimat.
Sekian, terima kasih.
15 comments:
Tidak pernah saya tahu tentang ini. Selama ini saya dengar Petronas lebih baik berbanding semuanya. Apabila tuan tulis begini, terasa ingin tukar stesen minyak pula.
Namun, di sekitar Serdang ini, hanya Petronas jelas kelihatan. Bagaimana pula dengan BHP?
Nak jimat wang la Tuan =)
Saya juga dulu guna Shell... tp sejak lepas raya baru2 ni dah mula guna Caltex slps seorang kawan saya komen Caltex bagus (kurang gas berbanding Shell) .. tp masih juga beza mengikut stesyen minyak... stesyen minyak highway lebih mnejimatkan berbanding stesyen di kampung.
Ape2pun... Caltex sedikit jimat berbanding Shell.. Shell bleh dpt 500 km manakala Caltex bleh pi 550-600 km.
Anonymous,"Caltex sedikit jimat berbanding Shell.. Shell bleh dpt 500 km manakala Caltex bleh pi 550-600 km"
Ketika isi Caltex - adakah kereta baru di servis? bagaimana pula corak pemanduan? bagaimana pula keadaan trafik?
Ketika isi Shell - adakah kereta baru di servis? bagaimana pula corak pemanduan? bagaimana keadaan trafik?
Jika ketika isi Caltex & Shell - semua keadaan adalah sama, keadaan kereta adalah sama, keadaan trafik adalah sama. Maka boleh la kata Caltex lebih jimat. Jika tidak maka adalah tidak adil untuk mengatakan Shell tidak jimat berbanding Caltex juga tidak adil untuk mengatakan BHPetrol, Petronas tidak jimat.
Marketing power - orang percaya
Baru ptg semalam mengisi full tank caltex.ms tu meter minyak dah dalam zon merah E.sebelum ni mengisi shell dah 2bulan direct.sy memang jenis isi fulltank.
balik ke kl ptg smlm engine terasa ringan.throttle terasa berat tapi pickup memang terasa (perlu dipulas kuat sedikit).top utk kapcai 120cc ni dgn shell pling tinggi 110kmj.dgn caltex smlm dah naik hampir 120kmj.condition engine masih guna engine oil yg sma,rantai sprocket yg sama last kna minyak minggu lepas.spark plug yg sama,tayar yg sama.permukaan jalanraya kl yg biasa bukan sepanjang jalan tu baru turap ke apa..
Terima kasih kepada pembahas semua kerana menceritakan pengalaman masing-masing.
TQ
assalamualaikum... skadar nak berkongsi pengalaman sendiri, dulu saya pengguna tegar shell, mcmana skalipun saya tak akan tuang minyak lain selain shell dalam kereta saya, hinggalah satu masa stesen minyak shell kat tempat saya tutup seketika bagi diselenggara, jadi saya tiada pilihan antara Petronas n Caltex, saya lebih percaya Caltex stat dr situ saya mula isi caltex dan sejak itu juga baru saya dapat rasakan bahawa Caltex jauh lebih sedap(dak uh!) dari Shell dari segi pecutan n penjimatan... stakatni Caltex mmg terbaik, sekarang saya pengguna tegar Petrol CALTEX.
wsalam..terima kasih atas perkongsian cerita.
salam...
Dulu guna petrol esso, tapi lepas petron amik alih, ambe tukar guna BHP, tapi plug kotor (hitam). Bila guna caltex, plug bersih tiada karbon...
Allahu'alam
Saya x isi minyak lain selain dari caltex kecuali emergency...Dulu guna shell tpi selepas ibu saudara yg juga usahawan minyak industri menunjukkan kpd saya experimen dan beza semua jenis minyak yg ada dpasaran terus saya jatuh hati kpd caltex...jimat, ringan dan enjin bersih. sesuai dgn moto "vrommm"
Caltex sudah pun melancarkan Kad ganjaran Bcard loyalty journey istimewa untuk pelanggan setia caltex.
Pengalaman sya. Guna petronas hampir 4thun. Mula2 xrsa pe2 jnji mnyak dah lama kelamaan rsa kenapa cpat sgt mnyaknya meruap. laju skit/trik pick up lebih skit cpat mnyak dh trun. Klau parking dkt kwsan terbuka yg pnas terik start je enjin laju skit bwa mnyak trun cpat je. Hairan. Pomen pun ckp petronas buat piston kurang power. Wallahualam.
Guna shell hmpir 1thun rsa ringan dri petronas,pick up ok juz top cam sebu. Terasa berat skit bila bukan long distance sma cam petronas gak. Bau shell gasnya agak kuat.
Guna BHP xlama dlam hmpir 1bulan rsa enjin agak ksar. Bau mnyak sperti mnyak tnah tpi mnyak rsa agak jimat dri petronas. Infiniti yg skang ni blum cuba lagi.
Guna caltex pun hmpir 1bulan rsa jimat,ringan juz xbyak stesen boleh di jumpai.
Skang guna petron. Hmpir 2thun rsa ok. Pick up ada,top cpat,jimat pun ok. Adik yg bkerja di shell pun ckp petron lagi baik dri shell.
p/s-msa nak isi kdang xsmua stesen sma kuantiti mnyak yg diperolehi wlaupun dri jnama yg sma. Ada tmpat sya isi RM30 dpt byak ada tmpat isi RM30 juga tpi dpt sperti isi RM20 je. Xtau sma ada pngusaha tipu pngguna/sistem mnyak dlam tngki problem so cecair dh jdi dlam bntuk gas 2 rsa cam isi gas bukan mnyak. Msa isi cuba pgang getah nozzle pump mnyak atau pgag hose saluran mnyak kereta ke tangki. Klau persona snag nk pgang dkt ngn tyar blkang.
caltex lebih bagus dari jenama lain
Huhu caltex.. utk smue pump penuh,lgi jmat serta pump waktu pagi n pump minyak slow² picit. Lagi jauh km bleh prgi.. huhu:
Motor sy pakai caltex isi penuh, motor jadi semput2 fan mati. Sebelum ni pakai petronas dan shell xada masalah. Lps hbs guna caltex terus tukar ke petronas. Xpasti puncanya apa jadi semput
Post a Comment