Wednesday, July 9, 2014

ASB dan AHB : ASB Lagi Untung

http://wankamarul701.blogpsot.com
 
 
Kemaskini : 16 Mac 2015

Ada yang mengatakan bahawa pelaburan AHB lebih untung daripada ASB kerana AHB sudah menolak pengiraan zakat namun ASB masih belum menolak pengiraan zakat sebanyak 2.5%. Saya tidak bersetuju dengan hujah ini kerana seolah-olah pandangan ini ingin mengatakan bahawa pembayaran zakat itu mengurangkan harta kita. Bukankah zakat itu menyuburkan harta kita walaupun kita perlu membayar zakat sebahagian daripada pendapatan kita? Lainlah hujah yang mengatakan AHB lebih untung daripada ASB jika AHB sudah mengira potongan cukai (contoh sahaja) manakala dividen ASB masih belum mengira potongan cukai. Oleh itu, pengiraan zakat tidak diambil kira oleh saya untuk membandingkan bonus @ pendapatan ASB dan AHB. Wallhua'lam.


Artikel Asal :

Dalam pemerkasaan ekonomi bumiputera selari dengan liberalsasi ekonomi, pihak Kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang kepada golongan bumiputera dalam meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Yang terbaru sekali ialah Kerajaan melancarkan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) untuk golongan bumiputera.
 
Dividen untuk kedua-dua pelaburan ini boleh dikatakan sama sahaja. Yang membezakannya ialah AHB membayar dividen sebanyak 2 kali setahun manakala ASB pula ialah sekali setahun.
 
Saya cuba menganalisa antara ASB dan AHB ini. Saya dapati bahawa ASB lagi menguntungkan berbanding AHB. Ini adalah kerana dividen yang diperolehi melalui AHB tidak dikreditkan sebagai pokok dan dividennya diberi secara berasingan. Berbanding dengan ASB, dividen setiap tahun akan dikreditkan sebagai pokok. Dengan kata lain, anda tidak dapat menjana pelaburan faedah kompaun dalam pelaburan AHB.
 
 
http://wankamarul701.blogspot.com
 
Contohnya begini. Anda melabur ASB sebanyak RM1,000 pada tahun pertama. Jika dividen ialah sebanyak 7% iaitu sebanyak RM70, akaun simpanan pelaburan anda tahun ke-2 menjadi RM1,070.
 
Berbanding dengan AHB di mana jika anda memperolehi dividen 7% iaitu RM70 dengan jumlah pelaburan RM1,000, maka simpanan akaun pelaburan anda untuk tahun ke-2 juga ialah tetap RM1,000.
 
Apa akan terjadi sekiranya anda tidak mengusik kedua-dua akaun tersebut untuk tempoh 10 tahun? Secara mudahnya, akaun pelaburan ASB anda akan menjadi RM1,838.46! Manakala akaun AHB anda tetap tinggal RM1,000 kerana dividen tidak dikreditkan sebagai pokok untuk pelaburan tahun berikutnya.
 
Selain itu, pelaburan AHB ini juga boleh dikatakan agak leceh berbanding ASB. Antaranya ialah permulaan pelaburan ialah sebanyak RM500, pengeluaran minima RM500, baki minima RM500, dan pelaburan tambahan adalah sebanyak RM100. Selain itu, AHB tiada buku akaunnya sendiri seperti ASB.
 
Ada baiknya jika anda melabur dalam AHB sekiranya ia boleh memberi pulangan dividen sebanyak 20 peratus setahun jika ini syarat-syarat yang ditetapkan oleh AHB. Ini sahaja pandangan saya pada kali ini untuk pelaburan AHB dan ASB.
 
Sekian, terima kasih.
 
 

51 comments:

shadfaruqi said...

Good info

wankamarul701 said...

Ok. Sama-sama. Cuma secara asas sahaja boleh dapat buat penilaian.

Nash said...

ASB x tolak zakat dan x patut syariah. Masih diragukan lagi. AHB dah tolak zakat dan patut syariah. Kena alert ja ngan AHB ni bila dividen dah masuk. Apa susah nya. Dari individu tu ja.

wankamarul701 said...

Kalau macam tu jom kita masuk AHB beramai-ramai. Habis cerita..he3

Anonymous said...

Dividen yang diterima seharusnya dinilai dari segi hukum. Melabur di dalam kedua-duanya adalah harus. Bayaran dividen AHB adalah setelah ditolak zakat manakala ASB pula belum ditolak zakat. Sekiranya ditolak zakat sebanyak 2.5%, maka pada pendapat saya dividen yang diberikan oleh AHB adalah lebih tinggi dari ASB.

mazinah said...

Ya betul...saya setuju

Anonymous said...

Saya was was dgn ASB dan dah tutup akaun. Alhamdulillah dgn AHB yg shariah compliant sy akan fokus dlm unit trust fund ini.

Khairul said...

aku buka akaun AHB berbanding ASB sebab AHB kompom patuh syariah dan dalam propektusnya dia siap bayar cukai dan zakat sekali......walaupon baru AHB mampu bagi dividen 6 peratus....nanti bila Aset AHB makin banyak.....Insya Allah dividen AHB akan tinggi dari ASB.....JOM MELABUR YANG PATUH SYARIAH

Unknown said...

pada pendapat saya melabur dalam pasaran saham bursa saham lebih menguntungkan...apa kata tuan-tuan mencuba membuat pelaburan ini sendiri..memandangkan banyak info hanya boleh dibelajar hanya dengan menggunakan internet dan apps yang mesra pengguna.Mungkin tuan-tuan rasa ianya sangat3 susah tapi bagi saya yang baru memasuki dunia pasaran saham ini...kita mampu buat..tapi jangan lupa banyaklah membaca artikel2 sari zamsaham dan faizal yusup...atau hadir kelas2 yang mereka anjurkan...kelas mereka masih mampu kita bayar kerana harganya sangat berpatutan...

wankamarul701 said...

Norhaizam, terima kasih kerana berkongsi padangan. Tetapi apa yang dibincangkan ialah pelaburan tetap..he3

Anonymous said...

Sy difahamkan selain dividen AHB pada bulan mac & september, kita juga akan dapat benefit kenaikan harga saham per unit. Dah min harga saham rm1 per unit preserve..ada yg boleh sahkan info ini?

imi said...

assalamualaikum...boleh tanya...kalau kita simpan rm1000 kt ahb, utk tahun2 berikutnya takkan bertambah la simpanan tu ke mcm mana...dh lama survey pasal Ahb ni...tp masih xtau mcm mana sistem AHB ni...kalau ada tmpat utk pahamkn ok jgk

azrirmn said...

Bukan x bertambah cuma dia tak kreditkan dividen tu ke dalam akaun pelaburan (rm1000 - pokok). Pelabur sendiri kena tambahkan sendiri.

Almusk said...

Kelebihan AHB
1)return dia lebih tinggi kalau campur zakat berbanding asb
2) Dividen 2 kali setahun...kesan compounding atas dividen 2 kali lebih daripada asb. Dividen yg dapat tu bole je masukkan semula utk dapat kesan compounding keatas dividen tu
3)Sebulan bole keluar sekali je...susah sikit duit tu nak berkurang...Kalau asb dah macam simpanan kat bank bagi yg tak kuat disiplin.Hari hari pun bole keluar terutama bila baru dapat dividen
4) Pulangan yg lebih konsisten dan lebih2 lagi telah di unjurkan pulangan tidak kurang dari 6% untuk tempoh yg lama...Mudah buat pelan kewangan.

Kekurangan
1) Urusan keluar masuk duit cuma di Maybank...dan tiada online servis...Banyak masa dibazirkan.
2) Sekiranya deposit dah capai limit 400k...dividen x bole compounding lagi....Kena cari pelaburan lain...Asb dividen compounding xde limit.
3) Takde pembiayaan...(loan).Rugi dari segi leverage
effect...
4) Zakat yg dah ditolak tak bole dapat pelepasan cukai..
Untuk Asb zakat bole ditolak keatas cukai pendapatan yg dikenakan sebab zakat atas nama pelabur.

Jadi pilihan ditangan tuan tuan....
Dua2 ada lebih ada kurang...tapi yg pasti memang menguntungkan dan kurang berisiko jika melabur dalam tempoh yg lama...




sachikosya said...

Saya setuju

Unknown said...

ASB ni mempunyai percanggahan pendapat antara majlis fatwa negeri dan majlis fatwa kebangsaan , apa2 yang melibatkan pelabuarn perlu melalui satu badan iaitu Suruhanjaya Securiti , mereka bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan patuh syariah ataupn tidak , jadi ASB ini mereka tidak mengeluarkan kenyataan patuh syariah dan ini memberi gambaran kepada kita terhadap hukum melabur dalam ASB ini ,

Ahmad Fadzir said...

Earn money when you sell product & services../ forex no trusted

Anonymous said...

cuba kaji prospek pelaburan emas plak

http://carasimpanemas.blogspot.my/

AHMAD SABRI BIN ARJUNAIDY said...

ASB bagus (cuma status patuh shariah masih tiada), AHB pun bagus bg mengembangkan jumlah simpanan kita. Bg yg berminat, jom menambahkan lagi saluran untuk meningkatkan jumlah simpanan kita untuk jangka masa panjang dgn CIMB Unit Trust (Dana yang PATUH SHARIAH).

Siapa yang berminat boleh hubungi sy di facebook.
https://www.facebook.com/AhmadSabriArjunaidy

Terima kasih.

Anonymous said...

Terdapat pelbagai outlet pelaburan patuh syariah lain yang membenarkan compounding, jika AHB dilihat sedikit handicap dari sudut itu. Jika risiko pelaburan tidak sesuai dengan risk appetite anda, lebih baik disimpan di simpanan pelaburan tetap yang sudah jelas patuh syariah.

Biar pulangan yang sedikit tetapi halal, daripada pulangan yang banyak tetapi bercampur riba.

Unknown said...

Boleh sent no whatsapp kt email sy syakir.arifin2603@gmail.com.. Sy nak bertanya ttg pelaburan dalam bursa saham

Xulhilmi said...

bkn majlis fatwa kebangsaan ckp halal?

Unknown said...

manusia ni selalu lalai..klu ASB tu konon konon nak kompoun la gitu tak nak amik untung..tapi last last buat dono je bayar zakat..almaklumle duit!!!lagi huru hara

klu AHB sekurang kurangnye ada yg menguruskan kewajiban kita..

Anonymous said...

Maaf klau bertanya. Kalau nak topup kan duit ke dalam akaun AHB kita kena pergi bank ke? Xleh online transfer ke? Kalau ASB pulak mcm mana ye?

AHMAD SABRI BIN ARJUNAIDY said...

En Rahmat Abu Bakar. Apa maksud tuan buat dono je bayar zakat? maksudnya diorg xbayar zakat utk ASB diorg?

Untuk AHB kalau nk top up kalau xsilap kene pergi bank. utk lebih jelas maybe boleh check di laman web mereka. Berkenaan ASB pula, boleh buat melalui online di cimbclick atau maybank2u cume perlu daftarkan dalam system account masing2.

lukii said...

@Anonymous Untuk AHB, sama macam ASB, x boleh tambah pelaburan melalui online transfer, perlu masukkan duit melalui kaunter maybank pada waktu pejabat, isnin hingga jumaat sahaja.

Tapi kekurangan AHB ni, dia tiada buku pelaburan, kalau nak tahu berapa dah kita melabur, kena tanya dekat kaunter atau mintak statement kat kaunter. Jadi x berapa transparent.

Yang bagusnya pasal AHB ialah:-
1. x payah risau tentang potongan zakat. Kalau ASB contoh dividen 6% - 2.5% zakat = 3.5% dividen je tinggal. Kalau AHB memang 3% + 3% bersih dah tolak zakat;
2. Dividen dua kali setahun. Bulan April & Okt. Jadi dapatlah tambahkan 3% dividen tu dalam pelaburan AHB dan bagi rolling dividen bulan seterusnya. Kalau ASB sekali setahun je... akhir tahun baru dpt tambahkan dividen dalam pelaburan. Jadi x byklah masa rollingnya berbanding AHB.

Saya rasa dividen tak dimasukkan terus dalam pelaburan AHB bukanlah teruk sangat kesannya. Kalau nak bagi duit dividen itu ditambahkan kepada pelaburan pokok, kenana rajin-rajinlah keluarkan duit dari atm dan masukkan dalam AHB. Ala, macam biasa kita masukkan pelaburan ASB setiap bulan, macam tu jugaklah kita buat untuk dividen AHB tu. Wallahua'lam

Unknown said...

SALAM,,SAYA INGIN BERTANYA TENTANG DIVIDEN AHB YANG DI AGIHKAN 2X SETAHUN...PERSOALAN SAYA ADAKAH DIVIDEN TERUS DIMASUKKAN SEKALI DENGAN WANG PELABURAN KITA SEPERTI ASB YANG DIKREDIT KE BUKU PELABURAN ATAU DIVIDEN DI BERI SECARA BERASINGAN DAN DIMASUKKAN TERUS KE DALAM AKAUN MAYBANK KITA?HARAP DAPAT MEMBANTU..TERIMA KASIH

AHMAD SABRI BIN ARJUNAIDY said...

ASB boleh tambah pelaburan melalui online tetapi hanya melalui MAYBANK2U atau CIMBCLICKS. Boleh register dalam account online masing2 untuk link kn dia.

Unknown said...

Assalamualaikum
Dividen AHB tu dimasukkan kedalam akaun personal kita la maksudnye ye?bkn dekat amount AHB yang kita laburkan?

Unknown said...

Assalamualaikum.

maksudnye dividen AHB tu di byr ke akaun personal kita la ye instead of akaun AHB yang kita laburkan

Anonymous said...

Bukan pasal bayar zakat ke x,kalau faedah setiap tahun ade cap,paling kurang dpt faedah berapa pelaburan tu pon jadi x patuh syariah

Anonymous said...

Saya labur dalam ahb sebab asb saya dah penuh ia alternative kepada murabahah return 3.4% ahb lebih baik about 6%. To me if you nak syariah compliant product masuk ahb & asb is an alternative & u need to pay zakat.

Anonymous said...

apa susah2... dapat dividen ahb .. labur la balik... tiap2 tahun bertambah la dia ... kalau asb pon dapat dividen dok perabik ... cukup seribu tahun pon stay 1000 je la

mrs shafinaz said...

Macamana nak apply ahb?

Fahmi said...

Macam mana nak amik dividen AHB....dan bulan berapa boleh amik dividen ...tiada statement bank pun yang dihantar ke rumah

Zawani mohammed said...

Semak dengan ust zahiruddin

Unknown said...

KALAU MELABUR DALAM AHB SEBAYAK RM100 BERAPA BNYK DIVISYEN DPT? SORRY TANYE , BARU NK START MENCUBA BIDANG PELABURAN...

Anonymous said...

Cuma nak bincang.....ini sekadar pendapat saya sj, dan bukan fatwa. Kenapa pula pelabur asb kena keluar zakat? ASB bukan lah akaunsimpanan wang tetapi lebih kpd kita membeli saham perniagaan. Jika pehak pnb sebagai rakan perniagaan kita dah keluarkan zakat perniagaan, apa kah perlu kita sebagai pemberi modal perlu bayar zakat lagi?
Kalau ikut aqad pun, kita bukan simpan wang. Tetapi membeli saham. Zakat perniagaan pnb dah bayar. Zakat wang simpanan pun kena bayar ka. Bukan double zakat ka tu? Wallahuaklam bisowab.

Unknown said...

Tak pandai saham bursa invest jer kat saham Amanah.. bursa boleh dapat 300%-1000% untung..

Unknown said...

Maaf nak bertanya adakah dividen 3.2% itu akan dimasukkan terus ke akaun peribadi pada april & oktober??

Anonymous said...

Dividen AHB dia masukkan terus dalam akaun maybank 2kali setahun..lagi bagus compare to ASB..kalau rasa tak nak usik then masukkan dividen tu dalam AHB semula..nak keluarkan pon so far takder masalah..statement dia akan pon ke alamat rumah 2kali setahun

Anonymous said...

AHB patuh syariah. Kalau nak tambah pelaburan dr keuntungan tiada masalah. Boleh ja. Sy pun join AHB lepas ASB1 dan ASB2. Seronok sbb keuntungan 2x setahun.

Anonymous said...

Guys,

Ahb kalau nak cek baki g kat m2u..g kat investment and clik portfolio..nanti dia bgtau dah ada bape dlm ahb kome..ok?

Dividen ahb trus masuk akaun maybank masing2..xyah nak tuntut sebab dri mule mmg xde buku pon kome nak bwk tuntut kat kaunter..k?

Sekian

Anonymous said...

Apa akan terjadi sekiranya anda tidak mengusik kedua-dua akaun tersebut untuk tempoh 10 tahun? Secara mudahnya, akaun pelaburan ASB anda akan menjadi RM1,838.46! Manakala akaun AHB anda tetap tinggal RM1,000 kerana dividen tidak dikreditkan sebagai pokok untuk pelaburan tahun berikutnya.

apa susah kalau dah takmau guna duit dividen tu masa dapat duit dividen pi la masukkan supaya menjadi pokok.. tak cukup menyakinkan lagi.. lagi satu dah terang2 kut tak payah bayar zakat dah.. atau penulis buat senyap aja tak bayar zakat bila dapat dividen ASB??

Anonymous said...

Tuan,..atau sesiapa saja yg ada pengalaman dengan AHB,

Kalau nak buat pelaburan tambahan dalam AHB, dapat buat transfer online tak? masuk guna maybank2u...Berminat dengan AHB ni..dapat dividen, transfer balik ke AHB untuk dapat kesan compounding...tapi kalau dapat tranfer guna online, makin ok.

hmm...tapi dapat ke tranfer secara online?

Anonymous said...

Buat masa ni belum ada lagi transfer online, hanya boleh semak baki & rekod transaksi. Akan datang insyaAllah akan ditambahbaik.

Anonymous Anonymous said...
Tuan,..atau sesiapa saja yg ada pengalaman dengan AHB,
Kalau nak buat pelaburan tambahan dalam AHB, dapat buat transfer online tak? masuk guna maybank2u...Berminat dengan AHB ni..dapat dividen, transfer balik ke AHB untuk dapat kesan compounding...tapi kalau dapat tranfer guna online, makin ok.
hmm...tapi dapat ke tranfer secara online?
September 29, 2017 at 10:42 PM

Anonymous said...

Jom masuk BitCoin atau BitConnect..lagi lumayan lebih sensasi..

Eewai said...

Saya setuju. Ini lebih cerdas. Kalau sesiapa nak compound interest pun boleh dgn cara menambah pelaburan setiap kali terima dividen. Jgn tambah cawangan hihihi

Anonymous said...

Tak nak...hihihi

Elias Yussof said...

Salam, kajilah lah lebih dalam lagi. Artikel diatas cuma menyebut dividen AHB tidak di kreditkan terus ke dlm akaun pokok oleh itu pelabur tidak menikmati compounding interest. Tapi seseorang pelabur boleh memasukkan sendiri semua dividen yg d terima sebagai pelaburan tambahan. Oleh kerana dividen di bayar 2 X setahun maka kesan compounding interest juga adalah lebih tinggi. Yg penting ialah displin diri utk tidak membelanjakan dividen yg d terima. InsyaAllah

anna said...

Ngarut je bitcoin