Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
Adakah cukai haram di sisi Islam? Ini adalah kerana cukai itu sendiri tiada di dalam Islam. Namun tulisan ini merungkaikan masalah hukum orang yang bekerja di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Semoga ia menjadi pembelajaran kepada kita semua. :
"MENJELANG April setiap tahun, kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) akan sesak dengan para pembayar cukai yang menjalankan tanggungjawab mereka terhadap negara.
Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967, semua yang mempunyai pendapatan di Malaysia wajib mengisytiharkan pendapatan sama ada yang diperoleh melalui sektor awam atau swasta. Ia juga tanda penghargaan mereka kepada kemakmuran yang dinikmati. Tanpa kemakmuran Malaysia, mustahil mereka boleh mencapai pendapatan yang berguna untuk kehidupan mereka. Ringkasnya hubungan antara pembayar cukai dengan kemakmuran negara umpama simpulan rantai yang saling bertimbal balik dan tidak mungkin dipisahkan.
Namun begitu, ada pihak yang mempersoalkan tanggungjawab membayar cukai dengan alasan Islam tidak mewajibkan apa-apa bayaran selain zakat.
Mereka juga berhujah melalui hadis nabi SAW: “Pengutip cukai tidak akan masuk syurga (Sunan Abu Dawud & Musnad Ahmad).”
Hadis tersebut seolah-olah menggambarkan tindakan LHDN mengutip cukai bagi pihak kerajaan sebagai haram dan zalim. Ia juga membayangkan semua kakitangan LHDN turut bersekongkol dengan pekerjaan haram yang bakal menghalang mereka ke syurga.
Sebenarnya hadis di atas perlu dianalisis secara lebih adil dan saksama bagi mengelakkan kekeliruan.
Pada asalnya Islam hanya mensyariatkan zakat untuk tujuan mewujudkan keadilan ekonomi dan sosial dalam masyarakat. Zakat berfungsi untuk mengimbangi jurang ekonomi antara orang miskin dan kaya. Namun begitu, agihan zakat adalah hak Allah yang hanya terbatas kepada lapan asnaf sahaja dan ia sama sekali tidak boleh disalurkan kepada golongan selain yang telah ditetapkan oleh al-Quran (al-Taubah: 60). Secara logiknya, pihak pemerintah perlu memiliki dana lain (selain zakat) bagi tujuan urus tadbir negara seperti pendidikan, kesihatan, kemudahan asas, keselamatan dan sebagainya.
Berbeza halnya dengan zaman awal Islam, dana untuk tadbir urus negara Islam Madinah banyak ditampung oleh sumber lain seperti jizyah – cukai kepala kepada golongan bukan Islam (al-Taubah: 29), ghanimah: harta rampasan perang (al-Anfal: 1), khumus: 1/5 daripada keseluruhan ghanimah yang diperuntukkan kepada Allah & Rasul (al-Anfal:41) dan Fi’: harta rampasan perang Islam tanpa berlakunya pertempuran (al-Hasyr: 6-7).
Rasulullah SAW pula bersikap zuhud dengan menyerahkan kembali bahagiannya daripada khumus kepada pengurusan negara Islam. Namun begitu, pergantungan kepada sumber-sumber di atas semakin mengecil dengan berkurangnya futuhat atau pembukaan wilayah baru Islam.
Saidina Umar al-Khattab semasa era pemerintahannya telah mengenakan cukai perniagaan sebanyak 10 peratus yang dipanggil usyur kepada peniaga kafir harbi (bukan Islam dari negara musuh), lima peratus kepada peniaga kafir dhimmi (bukan Islam yang bernaung di bawah negara Islam) dan 2.5 peratus kepada peniaga Muslim (Muwatta’ Malik & Sunan al-Bayhaqi).
Pengurangan cukai diberi kepada peniaga Islam kerana mereka sudah mempunyai tanggungjawab membayar zakat perniagaan pada kadar tertentu.
Mekanisme cukai yang dibuat oleh Umar itu untuk menampung perbelanjaan negara Islam yang semakin mendesak.
Berpegang kepada zahir hadis yang menyatakan “pengutip cukai tidak akan masuk syurga” tanpa analisis mendalam, seolah-olah menyifatkan Saidina Umar masih lagi jahil sunnah nabi dan tidak akan ke syurga.
Kenyataan ini ternyata bercanggah dengan sebuah hadis yang menyatakan beliau adalah salah seorang daripada 10 sahabat yang dijamin syurga (Sunan Abu dawud, al-Tirmidzi, Musnad Ahmad).
Ia juga bercanggah dengan arahan Rasulullah SAW yang menyuruh kita mengikut sunnah Khulafah al-Rashidin selepasnya (Sunan Abu Dawud, al-Tirmidzi, Ibn Majah & Musnad Ahmad)
Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya Fiqh al-Zakat, hadis yang mencela pengutipan cukai itu sebenarnya didatangkan dalam konotasi negatif (Sahib Muks).
Ringkasnya, perkataan muks merujuk kepada cukai yang dikutip dengan tujuan untuk menambah kekayaan pemerintah yang zalim dan konco-konconya serta menindas rakyat jelata. Hak rakyat pada cukai itu tidak dikembalikan sebagaimana sepatutnya.
Jurang ekonomi
Akibat daripada cukai sebegitu jurang ekonomi antara pemerintah dan rakyat jelata bertambah jauh. Sesetengah raja Arab pada zaman jahiliah biasa mengutip cukai tersebut.
Menurut majoriti ulama, pelaksanaan cukai oleh pemerintah sebenarnya berjalan atas asas Islam yang dikenali sebagai masalih al-mursalah, iaitu sesuatu peraturan baru yang terbukti mempunyai kepentingan dan faedah kepada umum walaupun tidak dinyatakan dengan jelas oleh al-Quran dan al-sunnah.
Pendek kata, cukai menjadi peringatan kepada rakyat bahawa mereka bertanggungjawab sepenuhnya menjaga setiap inci bumi yang mereka diami sama ada dengan harta atau jiwa raga.
Islam menegaskan bahawa para pemerintah wajib ditaati selagi mana mereka tidak menyuruh kepada maksiat. Sabda nabi SAW: Menjadi tanggungjawab setiap individu Muslim untuk mendengar dan mematuhi arahan pemimpin sama ada yang disukai atau dibenci (akan arahan itu) selagi mana mereka tidak menyuruh melakukan maksiat, apabila mereka menyuruh melakukan maksiat, maka tiada boleh lagi mendengar dan taat. (Sahih al-Bukhari & Muslim).
Kepatuhan kepada pemimpin dijelaskan lagi oleh al-Quran: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu (al-Nisa’: 59).
Contoh terbaik bagi menimbulkan semangat patriotisme kepada negara dalam konteks membayar cukai, adalah kisah peperangan Tabuk yang berlaku pada musim panas tahun ke 9 Hijrah.
Demi menjaga kedaulatan Negara Islam Madinah, baginda Rasulullah SAW mengerahkan penduduk Islam Madinah ke sempadan Syam (Tabuk) bagi menyekat kemaraan tentera Rom yang berhasrat menakluk Madinah.
Misi perang Tabuk bukan hanya melibatkan pengorbanan jiwa raga, bahkan lebih utama lagi melibatkan pengorbanan harta.
Surah al-Taubah yang merekodkan peristiwa perang ini mengarahkan umat Islam Madinah keluar berjihad bersama Rasulullah SAW dengan harta dan jiwa raga mereka.
Cara al-Quran yang mendahulukan sebutan jihad dengan harta sebelum jihad dengan jiwa jelas membuktikan keutamaan sumbangan harta kepada negara mengatasi perkara lain (al-Taubah: 44,81 & 88)
Teori ini disokong lagi oleh ayat-ayat lain dalam al-Quran yang juga mendahulukan jihad harta sebelum jihad jiwa (al-Nisa’: 95), (al-Anfal: 72), (al-Taubah: 20) dan (al-Hujurat: 15).
Allah mencela sikap kedekut sesetengah orang Islam yang enggan membelanjakan hartanya untuk mengisi dana perang. Firman Allah: Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)…(al-Baqarah: 195).
Pembayaran cukai kepada negara sebenarnya mengandungi manifestasi jihad harta. Sebabnya, keselamatan negara adalah agenda utama pemerintah sesebuah negara dan pastinya segala bajet melibatkan aspek keselamatan berpunca daripada sumber cukai yang dibaktikan oleh setiap rakyat.
Setiap sen yang disumbangkan kepada negara dalam bentuk cukai seumpama sedekah jariah kepada negara yang telah berjasa sekian lama memayung kita.
Apabila membayar cukai, kita mesti menanamkan rasa bangga dengan kemajuan negara seperti bangganya seorang ayah atas kejayaan anaknya. Si ayah tanpa segan silu akan berkata: “Itulah anak saya. Kejayaannya itu adalah hasil titik peluh saya yang mendidiknya semenjak kecil.”
Dalam konteks negara, dialog itu dibayangkan berbunyi: “Inilah Malaysia yang makmur hasil daripada sedekah jariah saya dalam bentuk cukai kepadanya. Saya mempunyai saham dalam setiap inci kemajuan yang dimiliki oleh bumi Malaysia.” "
Wallhua'lam.
Sumber: www.utusan.com.my
18 comments:
kami penduduk, bukan tahanan perang
cukai yg dibayar digunakn utk mereka yg berkuasa...malaysia kaya dgn sumber asli dan industri,tk perlu sebenarnya cukai yg tinggi jika hasil negara diurus ecara telus dan amanh..bukan mnghabiskn duit negara dgn berjoli pd kroni
Jgn menuduh tanpa bukti kukuh..
Mmg ade segelintir yg menyalahgunakan kuasa & mata jadi gelap bila nmpk duit yg banyak..
Tp kerajaan pimpinan Datuk Najib Tun Razak sudah byk berjasa pd rakyat..rakyat malaysia terlalu dimanjakan dgn subsidi..sampaikan nk tarik semula subsidi pun dah susah..ni lah salah kerajaan Malaysia..terlalu baik sampai rakyat naek lemak..negara laen x de pun bg subsidi sebanyak mcm kerajaan malaysia bg pd rakyatnye..bersyukurlah wahai manusia..
sumber asli & industri tu lame2 akan habis jgk..tny la pakar ekonomi,, inflasi mata wang mmg akan terjadik..bkn cume pd negara kita saje...negara laen pun alami bnd yg same..
Setuju. Hujah yang mantap.
. ape bende yg kerjaan berbakti , tuhlah macai bodoh, bile bgi BRIM trus diam ,xsmpai beberapa bulan die dapat balik modal ,GST - ini memang xpatut!! yg kaya atau miskin kena,negara xmaju tpi nk buat GST .cubelah jgn terpedaya dengan media telivsyen yg dipegang oleh kroni BN setan ,internet nih tiada siape2 pegang,tuhlah sombong xnk thu psal dunia pasal pembangkang pastu main hentam je kat internet,bukti kukuh dh bnyk ,ANAK ROSMAH BUAT FILEM berunsur LUCAH xcaye google cerite THE WOLF OF WALL STREET tuh,siapa producer die RITA AZIZ ,,anak die sendiri cakap mak die bgi modal 300 juta ++ untuk modal cerita ,xkan rosmah kumpul dari kecik kot .dhlah klau ckap ngan macai nih memang bodoh xpham chow
Inilah salah satu contoh anak didik Pakatan Rakyat. Tahniah..
Ad bukti link x yg ank dia ckp mcm tu?jom bt report jom..bru tau btl x btl..jgn dgr dr kwn aku punye kwn punye sedara ckp..da jd fitnah..klau pn btl,urusan dia dgn allah selagi dia x suruh rkyt msia islam jd pelakon lucah itu..jgn bncikn seseorg sb dosa yg dilakukn..tp,bncikn dosa trsebut..sape kte nk hina dia..subsidi nk..cukai xnk byr..hasil yg ad kt msia ni pn akn brkurngan..
x nampak2 lg ka? x wujud soal subsidi jika kerajaan telus...sebab x telus la kena ada subsidi walhal subsidi tu dihabiskan oleh mereka sendiri ! kenapa negara yg xada sumber yg sgt kaya seperti mlaysia x perlu pun bg subsidi? Otak dah tepu dgn br1m sampai xleh pikir?
alhamdulillah.. terima kasih ats perkongsian saudara.. sy cume ingin mmohon sedikit pendapat mngenai isu kutipan cukai hanya dibenarkan ketika darurat.. mohon sedikit penjelasan..tk
alhamdulillah.. terima kasih ats perkongsian saudara.. sy cume ingin mmohon sedikit pendapat mngenai isu kutipan cukai hanya dibenarkan ketika darurat.. mohon sedikit penjelasan..tk
alhamdulillah.. terima kssih atas perkongsian.. bgaimana dgn isu yg mngtakan pngutipan cukai hnya dbenarkn ktika darurat.. mohon penjelasan mngenai perkara ini,,
Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut dan ramai pejuang melayu yang menentang british kerana cukai. Dulu kita ada penjajah british, sekarang kita ada Umno.
Eh...senyap..nk tau gak apa penjelaasanya..cukai hanta dibenarkan ketika darurat.
Nampaknya Saudari Melanie dah sound saya. Ini link Ustaz Zaharuddin mengenai hukum cukai secara terperinci.
TQ
http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1030-cukai-gst-hukum-a-amanah.html
Tapi Malaysia belum tahap darurat dari segi ekonomi kan . Najib pon still main golf ngan Obama . Balik Malaysia terus nak perkenalkan GST. Macam mana dengan mangsa banjir yang dah banyak hilang harta . Islam hanya mengenakan zakat . Cukai untuk orang bukan Islam . Tapi kalau cukai + zakat = kejam
Astaghfirullah...
Kesihan kpd komentar yg gemar memandang salah. Jgnlah kita menjadi mata lalat. Sy pun sndri tertunggu2 bila kjaan kelantan nak mansuhkan cukai tanah, cukai pintu, cukai perniagaan dll. Cukai2 ini 100% dibwh kuasa kjaan kelantan.
Ikut quran dan hadis. Bukan ikut kerajaan sekular. Akhir zaman umat islam ada 73 golongan. 1 golongan masuk syurga. Yg lain bercuti ke neraka.. Ingat hidup kita bukan lama pon..
Post a Comment