Wednesday, February 15, 2012

Taktik Halus Kedai Buku Popular dan McDonald's

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.

Semoga Tuan dan Puan sentiasa keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dikurniakan kelimpahan dan keberkatan Rezekinya setiap waktu. Semoga Tuan dan Puan melalui kehidupan hari ini lebih baik daripada semalam dan menjadikan sebaik-hari hari dalam kehidupan adalah hari kematian kita.Pada kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya sewaktu membeli di kedai buku Popular dan makan di Restoran McDonald's. Saya bukanlah ingin mempromosikan barangan kedai buku Popular atau mengajak diri anda untuk makan di Resoran McDonald's tetapi saya dapat 'menghidu' taktik halus yang digunakan oleh mereka dalam amalan perniagaan untuk dikongsikan bersama anda. Taktik halus ini tidak boleh dikatakan sebagai pembohongan tetapi taktik halus ini adalah adat resam bagi orang yang berniaga untuk menarik perhatian orang ramai bagi meraih keuntungan yang boleh kita jadikan panduan. Baiklah, saya ingin berkongsi cerita dengan anda:

a. Kedai Buku Popular.

Setiap perniagaan mempunyai 'caranya' tersendiri bagi menarik pelanggan...

Sekiranya anda mempunyai kad keahlian kedai buku ini anda akan menikmati diskaun 10%-20% bagi setiap buku yang dijual. Pernah satu ketika saya ingin membeli sebuah kamus yang harga asalnya adalah RM60.00 di Kedai Buku Popular di Kepong. Oleh kerana promosi dibuat untuk ahli, maka harga kamus tersebut dijual dengan harga RM38.90 dan ini bermakna seseorang itu akan menikmati diskaun sehingga 65%. Malang sekali, apabila saya hendak membayar dikaunter, juruwang memberitahu,"Maaf, promosi kamus ini sudah habis..." walhal juruwang tersebut memberitahu saya bahawa kamus tersebut masih mempunyai diskaun.Oleh yang demikian, saya hanya mendapat diskaun kamus tersebut hanya 10% iaitu diskaun biasa sahaja jika ingin memiliki kamus tersebut sebagai pemegang kad ahli.

Kemudian, hari yang lain pula saya pergi mengunjungi Kedai Buku Popular di One Utama. Mana-mana buku yang mempunyai diskaun sehingga 20% yang diletak di ruang legar pintu masuk kedai buku tersebut. Saya bertanya kepada pekerja kedai tersebut sama ada buku di ruang tersebut mempunyai diskaun sehingga 20% dan pekerja tersebut mengatakan memang buku tersebut mempunyai diskaun 20%. Apabila saya memilih sebuah buku dan membayar dikaunter, juruwang dikaunter menjawab,"Maaf, promosi buku ini telah habis..." dan saya hanya boleh menikmati diskaun 10% sahaja sebagai pemegang kad ahli.

Saya fikir, inilah taktik Kedai Buku Popular yang digunakan dalam menarik perhatian pelanggan. Pada mulanya, pelanggan akan tertarik apabila diskaun tersebut akan ditawarkan sehingga 20% atau lebih dan membeli buku tersebut. Tetapi apabila sampai di kaunter ingin membayar buku dan diberitahu bahawa promosi tersebut telah habis, mungkin bagi sesetengah orang apabila diberitahu diskaun tersebut telah habis dia mengatakan,"tidak mengapa atau takpe lah..." akan membayar sahaja buku yang telah diambil dan menganggap 'tidak jadi beli' merupakan perkara yang menyusahkan. Melalui taktik ini, kedai buku tersebut telah meraih keuntungan berkali ganda hasil 'taktik halus' tersebut bagi memancing pelanggan mereka padahal tempoh promosinya sudah habis dengan membiarkan sahaja papan tanda diskaun tersebut.

b. McDonald's

Taktik halus: Cuba anda perhatikan betul-betul. Harga mana ditulis paling besar?

Kedai makanan segera McDonald's juga saya dapat sedari bahawa menggunakan taktik halus yang licik dalam perniagaan mereka. Taktik halus mereka ini dapat saya perhatikan melalui promosi 'McValue Lunch'. Sekilas pandang, orang akan menyangka bahawa harga semua set makanan restoran tersebut adalah berharga RM5.95 dari pukul 12.00 p.m. sehingga 3.00 p.m. Tetapi apabila anda sudah berada di kaunter untuk membeli makanan tersebut, anda dapat perhatikan sebenarnya adalah 'FROM RM5.95' di mana dari jauh, kita tidak akan nampak perkataan "FROM" tersebut. Di mana harga RM5.95 hanyalah harga bagi 1 produk sahaja iaitu 'McChicken' dan bukannya kesemua set makanan restoran tersebut. Inilah taktik halus yang mereka gunakan. Sungguh bijak bukan?

Dalam kita berniaga, usahlah kita berbohong kepada orang ramai. Bukan saya ingin mengatakan contoh di atas adalah satu pembohongan tetapi jujurlah dengan pelanggan kita. Saya masih ingat lagi sebuah drama dari Seberang yang menceritakan seorang lelaki yang pada mulanya ingin berbohong bagi menjual radio yang telah rosak kepada orang lain bagi memperolehi wang. Rakannya memberitahu usahlah berbohong menjual radio tersebut dengan mengatakan bahawa radio tersebut masih elok untuk digunakan. Lelaki itu menjawab, jika tidak berbohong sudah tentu orang tidak akan membelinya lalu rakannya menjawab,"Itulah tanda keimanan kita dalam perniagaan..." Wallhua'lam.

Sekian, terima kasih.

Wan Kamarul Ariffin bin Wan Ahmad

18 comments:

ezy said...

salam,
Kalau saya terus tak mau beli kat kedai tu!. Saya akan pi kat kedai yang tak popular menipu!.
boleh juga layari web ini; http://ezybookshop.blogspot.com

siti hazreen said...

hurmm, saya pernah nak membeli pen warna, di satu pasaraya. Harga yang tertera pada pen itu ialah RM2. Bila nak bayar di kaunter, sekali harganya ialah RM4. Saya cakap, saya tak nak beli. Pekerja itu pun tak boleh nak buat apa, simpan balik pen tu :)

wankamarul701 said...

Pandai pun. Nampaknya anda seorang yang berhati-hati ;-)

Anonymous said...

biasanya akan berlaku begitu...tetapi jika kita mengadu pada kpdnkk pihak yang terlibat akan dikenakan tindakan...tetapi biasanya kita ni x mahu pjgkan cerita so kita terima je apa yg pekedai cakapkan...tapi kalu kita tidak bertindak perkara begini akan lebih berleluasa...saya selalu terkena apabila beli barag di tesco...tanda harga tidak sama dengan di scan di kaunter...biasanya saya akan buat aduan pada service kaunter utk mendapatkankan harga yang dipaparkan...biarlah kita menguntungkan diri sendiri dari menguntungkan org yg dah sememangnya untung....dan sebagai peniaga...jgn lah aniaya pengguna...fikir2kan lah...

M said...

em..biasala...lagi lagi kat pasar malam ...rambutan tulis besar2 rm2.50...kat tepi tu tulis setengahkilo..ingat sekilo..kat iklan tv lagi melampau...untuk sms contoh hanya rm.50 satu sms..tulis besar...tapi syarat2 halus bagi owg tak nampak...ada cas cas lain rupanya...dasar perompak berlesen!!

M said...

lagi satu kes..tahun 2004,kat parkson kelang parade..beli baju harga asal rm45..lepas diskaun rm20 tak silap saya...bila balik belek belek lebel harga ada tanda harga bertindih...bila kopek laa ada tanda harga pasaraya giant!!dengan harga rm20...aku x tipu ..sumpah...aku x paham apa kena mengena giant ngan parkson??hanya orang yang kerja di pasaraya jer yang taw nak jawab...semenjak dari tu kalau nak beli baju tengok2 ada lebel bertindih tk..selalunya ada..kenapa ek?x caya..p la tengok salu kat pasaraya...selalunya bila bagi diskaun ada lebel bertindih...sengal

wankamarul701 said...

Buat Saudara/i Anom 8 Februari 2013 dan Tuan Haziq Zackry.

Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan pengalaman di dalam blog ini. Wassalam.

Anonymous said...

tertarik untuk menyampuk. saya pernah juga terkena tapi ada beberapa perkara yang perlu diambil kira:
1) selagi di buku tu ada tertampal sticker diskaun 20%/25%, pelanggan memang berhak dapat diskaun tu w/pun kononnya promo dah habis. saya pernah argue dan saya 'menang'. Kalau tak ada, memang dah tak adalah. Kita kena check semulalah tarikh promo yg tertera kat 'bunting' atau banner diorang tu.
2) kalau kita beli sebab ada promo, tapi bila nak bayar, tak dapat harga promo, tak payah bayarlah. Batalkan saja pembelian. Habis cerita. Duit kita. Suka hati kitalah. Yang pergi bayar juga buat apa. Ini pun saya pernah buat, dan saya menang juga, diorang bagi harga promo... hehehe.
Gunakan hak kita sebagai pengguna.

Anonymous said...

tertarik untuk menyampuk. saya pernah juga terkena tapi ada beberapa perkara yang perlu diambil kira:
1) selagi di buku tu ada tertampal sticker diskaun 20%/25%, pelanggan memang berhak dapat diskaun tu w/pun kononnya promo dah habis. saya pernah argue dan saya 'menang'. Kalau tak ada, memang dah tak adalah. Kita kena check semulalah tarikh promo yg tertera kat 'bunting' atau banner diorang tu.
2) kalau kita beli sebab ada promo, tapi bila nak bayar, tak dapat harga promo, tak payah bayarlah. Batalkan saja pembelian. Habis cerita. Duit kita. Suka hati kitalah. Yang pergi bayar juga buat apa. Ini pun saya pernah buat, dan saya menang juga, diorang bagi harga promo... hehehe.
Gunakan hak kita sebagai pengguna.

wankamarul701 said...

Sememangnya anda seorang yang tegas. =)

Anonymous said...

Biasa lah..cha ya nun alif,,duit=pahala.2 je tujuan hidup depa...kita yang bumiputra ni kena bijak lah.

kaiserstan said...

Kalau dipamerkan promosi dan bila kita mahu membayar dinyatakan tarikh promosi sudah tamat, maka amat perlulah kita melaporkan hal demikian kepada kementerian perdegangan dalam negeri dan kepenggunaan. Kerana untuk mempamerkan promosi,pihak popular haruslah menghantar surat makluman mengenai diskaun2 yg diberikan kepada pengguna kepada kementerian jumlah diskaun dan tempoh diskaun ditawarkan. Ia boleh didakwa sebagai consumer misleading

Anonymous said...

pasal kedai popular tu, dah pernah kena.. 1st kene, tak tgok resit, dah balik baru tgok... 2nd time taknak kene benda yang sama, tanya cashier dulu, cashier kata ada 20% diskaun... then bile bayar, harga 10% diskaun je.. tanya dia balik, cashier suruh kawan dia check pastu kawan dia cakap dah habis promosi,, cuak gak kawan dia nak bgtau sebab mata saya dah pandang slack je.. saya tegur keras "please, this is the second time saya kene kat sini".. nasib baik saya memang nak guna buku tu.. kalau tak kompem return - female student

依之汉 said...

Saya tak perasan pun tentang ini. Cuma apa yang saya perasan harga buku Popular lebih mahal berbanding MPH. Ini mungkin kerana itu mereka mewar-warkan kad keahlian mendapat harga diskaun.

Tetapi bercakap pasal hal tuan, saya rasa itu sangat tidak adil. Penipuan jelas. Jika saya, saya akan membuat aduan di KDNK. Gambar ditangkap dan terus jumpa manager.

Memang kita ingat hal ini kecil, tetapi saya tak mahu orang lain tertipu. Saya ada tanggungjawab untuk bertegas dalam hal ini.

Anonymous said...

saya pun pernah kena di Popular. 2nd book dapat 50% discount. Bila nak bayar, orang kaunter cakap dah habis promosi. Padahal berlambak lagi buku yang ditampal stiker "2nd book get 50% discount" kat rak buku. Malas nak panjangkan cerita, beli juga lah..
Hampeh..
-Mas Ayu-

wankamarul701 said...

Terima kasih kepada pengunjung semua. Ramai antara kita rupanya terkena helah kedai buku ini.

Tq

TRUEMAN said...

La ni saya pi Hssani Book Store...

siti hazreen said...

saya memang dari dulu tak minat kedai buku popular