Monday, April 21, 2014

Ramai Orang yang Ingin Membina Negara Islam tetapi Masih Ramai Orang Tidak Solat Subuh Berjemaah

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.
 
Pada hari ini ramai orang yang ingin membina Negara Islam ataupun sistem pemerintahan berkhalifah tetapi ramai orang masih meninggalkan solat subuh berjemaah. Ideologi PAS dengan pemerintahan Negara Islamnya dan ideologi Hizbul Tahrir dengan ideologi sistem khilafahnya. Malangnya, apabila kita pergi solat Subuh berjemaah, didapati Solat Subuh berjemaah hanya 2 saf sahaja di masjid-masjid. Di manakah silap kita sebenarnya?
 
Bak kata bidalan peribahasa melayu, kuman di seberang sungai kita nampak tetapi gajah di depan mata kita tidak nampak. Ingin mendirikan Negara Islam tetapi jati diri kita masih rendah.
 
Hidup ini adalah untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. terdapat 5 perkara yang perlu dicapai sepertimana yang telah digariskan oleh Fathi Yakan dalam bukunya Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam. 5 perkara tersebut ialah :
 
1. Menjadi individu muslim
2. Membina keluarga muslim.
3. Membina masyarakat muslim.
4. Membina Negara Islam.
5. Membina Sistem Khilafah.
 
Dapat dilihat bahawa perkara yang tertinggi sekali ialah membina pemerintahan sistem berkhalifah. Akan tetapi, asas terpenting sekali atau nukelus yang paling penting ialah membina individu muslim yakni membina jati diri kita yang teguh berpegang kepada ajaran Islam. Sekiranya jati diri kita masih belum teguh, bagaimana kita ingin membina 4 peringkat seterusnya yakni membina keluarga muslim, masyarakat muslim, Negara Islam, dan pemerintahan berkhalifah?
 
Sesungguhnya kita hari ini memang kuat berangan-angan untuk membina sebuah Negara Islam tetapi gagal membina Negara Islam dalam diri kita terlebih dahulu. Kononnya diri ini pejuang hudud apabila menjadi penyokong parti pembangkang tetapi batang hidung pun susah nak nampak untuk menunaikan solat subuh berjemaah pada setiap hari.
 
Bagaimana kita ingin menentang pedang musuh-musuh Islam sedangkan kita sendiri kalah dengan selimut untuk terus tidur untuk bangkit daripada menunaikan solat subuh berjemaah di masjid? Lihat sahaja Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah apabila menerima kecaman antarabangsa apabila melaksanakan hukum hudud di negara baginda. Namun, baginda tetap konsisten untuk melaksanakan sistem perundangan Islam di negaranya walau menerima pelbagai tohmahan dan kecaman antarabangsa. Mampukah iman yang kalah dengan kain selimut mampu untuk menangkis kecaman antarabangsa apabila kita ingin betul-betul melaksanakan sistem perundangan Islam sepenuhnya?
 
Diceritakan bahawa bahawa orang-orang Yahudi amat takut kepada orang Islam sekiranya umat Islam dapat menunaikan solat fardhu berjemaah 5 waktu sehari semalam seperti solat Jumaat. Ini adalah kerana dalam kitab Taurat yang menjadi rujukan orang-orang Yahudi menceritakan bahawa orang-orang Yahudi akan kalah kepada orang Islam sekiranya umat Islam menunaikan solat Jemaah beramai-ramai.
 
Realiti pada hari ini ialah orang-orang Islam akan memenuhi saf-saf masjid apabila tiba 3 waktu solat yakni solat Jumaat, solat sunat hari raya, dan solat terawih pada awal Ramadhan sahaja. Namun begitu, solat-solat fardhu yang lain khususnya solat Subuh masih sedikit. Malangnya buat diri kita semua.
 
Ayuh semua, marilah kita membina jati  iman dan taqwa kita seperti Saidina Umar al-Khattab dengan menunaikan solat Subuh berjemaah terlebih dahulu sebelum kita menggegarkan Amerika Syarikat dan Russia sepertimana Saidina Umar al-Khattab menggegarkan Kerajaan Rom dan Parsi suatu ketika dahulu jika kita betul-betul ingin membina sistem pemerintahan berkhalifah di dunia ini.
 
Wallahua'lam.
 
 
 

Wednesday, April 16, 2014

Apabila Isu Hudud Bergema Lagi...

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.
 
Sultan Hassanal Bolkiah yang melaksanakan hudud berkuatkuasa bulan ini dikritik keras oleh jurucakap Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (OHCHR) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Rupert Colvile kerana ia bertentangan dengan hak asasi manusia. Sebenarnya, hukum hudud yang sudah terlaksana di Brunei ini telah mengambil masa bertahun-tahun untuk dilaksanakan. Apa yang lebih menarik ialah pakar perundangan dari Malaysia turut terlibat sama dalam menjayakan hukum hudud di Brunei.
 
Isu hudud bergema lagi sekali lagi di Malaysia. Ini adalah kerana Kerajaan PAS Kelantan akan melaksanakan hukum hudud di Kelantan pada tahun 2015 di mana ia perlu dibentangkan terlebih dahulu di Dewan Rakyat. Apa yang menjadi isu utama untuk melaksanakan hudud ialah ia ditentang oleh rakan sekutunya sendiri iaitu tidak lain dan tidak bukan ialah Parti DAP dan PKR.
 
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata PAS terikat dengan janji yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) yang antara lain tidak akan melaksanakan hukum hudud. Manakala menurut penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor beberapa kali membuat penegasan bahawa hudud tidak ada tempat dalam dasar pakatan pembangkang. Ini menyebabkan Pas keseorangan dalam melaksanakan hudud dalam Pakatan Rakyat.
 
Pun begitu sekiranya sokongan undi Umno dan Pas di Dewan Rakyat juga tidak cukup untuk mendapat majoriti 2/3 parlimen kerana bilangan ahli Pas dan Umno ialah seramai 109 orang (Pas-30 dan Umno-79) di mana undi 2/3 majoriti memerlukan sebanyak 148 undi parlimen.
 
Apa yang membuatkan penulis berasa pelik ialah mengapa Pas tetap bekerjasama dengan Dap walaupun Parti Dap mempunyai fahaman dan ideologi yang bertentangan dengan Pas sendiri? Ibarat sudah tahu di bontot itu sudah ada tahi, Pas pergi cium juga. Adakah Pas semata-mata mahu undi orang bukan Islam sewaktu menjelangnya pilihanraya? Ini adalah kerana pada tahun 1970-an Pas mengatakan bahawa kerjasama dengan orang bukan Islam adalah haram malah Pas melakukan tindakan serupa pada tahun 1999 apabila bekerjsama dengan Dap apabila menghadapi PRU pada tahun 1999.
 
Apa yang melucukan ialah kerjasama Dap dibuat adalah dibuat untuk memperkenalkan Islam kepada Dap. Adakah Pas tidak boleh memperkenalkan Islam kepada bukan Islam tanpa kerjasama politik. Dalam PRU tahun 1969, Tunku dalam bukunya "Sebelum dan Selepas 13 Mei" sempat bertanyakan orang cina bukan Islam yang berkumpul di markas Pas mengapa mereka memilih untuk mengundi Parti Pas walaupun Pas merupakan anti-cina. Dia menyatakan bahawa walapun Pas anti-cina tetapi Pas tidak pernah menindas orang cina dan perniagaan mereka terjamin tanpa diganggu oleh Pas.
 
Ini menunjukkan bahawa Pas diterima oleh masyarakat bukan Islam tanpa bersekutu dengan Dap. Kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat hanya melemahkan kedudukan Pas dalam usaha untuk mengembangkan syiar Islam khususnya hukum hudud. Ibarat bekerjasama dengan musuh Islam bagi mengembangkan Islam.
 
Bagi penulis, hudud tidak dapat dilaksanakan di Malaysia walaupun Umno atau Pas yang berkuasa. Ini adalah kerana selagi mana demokrasi diamalkan di Malaysia, selagi itu hudud tidak dapat dilaksanakan. Berlainan dengan Brunei, di mana sistem beraja diamalkan di mana hudud dapat dilaksanakan tanpa mendapat tentangan rakyatnya sendiri. Walaupun Malaysia pada hari ini terdiri daripada masyarakat majmuk namun ia bukan alasan untuk mengatakan hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Negara Islam Madinah terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama bahkan orang bukan Islam lebih ramai daripada orang Islam itu sendiri.
 
Wallhua'lam.
 
 

Friday, April 11, 2014

Mengapa Orang Terengganu Sinonim dengan Orang yang Beragama?

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.
 
Mengapa orang Terengganu sinonim dengan orang yang beragama? Adakah ia berlaku secara kebetulan atau memang ditakdirkan kuat beragama? Seringkali apabila orang Terengganu pergi ke luar atau orang luar pergi Terengganu, mereka mengatakan bahawa orang-orang Terengganu ini memang kuat berpegang teguh kepada agamanya apatah lagi negeri Terengganu melahirkan ulama'-ulama' tersohor Tanah air pada abad ke-19 seperti Tok Ku Paloh, Sheikh Abdul Malek, dan sebagainya.
 
Saya tidak pun mengetahui perkara ini sehinggalah saya terbaca buku mengenai buku Ulama'-ulama' Silam Negeri Terengganu terbitan Yayasan Terengganu. Menurut buku ini, rakyat Terengganu berpegang teguh kepada agamanya kerana Sultan Terengganu pada abad ke-19 iaitu Sultan Zainal Abidin III telah menerapkan Undang-undang Islam yakni hudud, qisas, dan takzir semasa pemerintahan baginda apatah lagi baginda sendiri sering berdamping dengan ulama'-ulama' dalam menjalankan pentadbiran baginda. Oleh itu, kesan pentadbiran Islam secara syumul ini memberi pengaruh yang besar kepada rakyat Terengganu.
 
Pengaruh Sultan Zainal Abidin III masih dapat dilihat sehingga pada hari ini kerana rakyat Terengganu masih tetap berpegang teguh kepada agamanya. Teringat saya kepada kisah 'Baiklah kepala baiklah jasadnya' yang mengingatkan kita kepada pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz di mana serigala takut memakan kambing kerana roh keadilannya meresap ke dalam jiwa setiap makhluk di dalam kawasan pemerintahannya. Begitulah hebatnya pemerintahan Sultan Zainal Abidin III ini di mana pengaruhnya masih berkekalan sehingga ke hari ini walaupun 100 tahun sudah pun berlalu.
 
Wallhua'lam.
 

Friday, April 4, 2014

Pada Hari Ini, RM10 is Nothing


Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.

Teringat saya apabila membaca tulisan Ridhuan Tee Abdullah bahawa pada hari ini, apabila kita tiada RM10 kita tidak dapat makan tengah hari. Saya fikir ada benarnya kata-kata beliau. RM10 pada hari ini adalah 'nothing'. Ketika makan di McCafe di McDonald's, rakan saya yang hanya order air mocha sahaja sudah berharga RM7.50. Seolah-olah wang tiada nilainya lagi pada hari ini.
 
Jika sebagai orang bujang pun RM100 hanya boleh bertahan hanya untuk beberapa hari. Jika sekeluarga hanya pergi ke pasar malam membeli makanan RM100 pun boleh habis sekali pergi. Apakah harga barang terus naik dan terus naik dan sehinggakan wang Ringgit Malaysia kita tiada lagi nilai pada masa hadapan? Wallahua'lam.
 
 

Thursday, April 3, 2014

Pertanyaan Pinjaman ASB



Assalamualaikum Tuan.

Saya kurang pasti sama ada pelaburan ASB itu menguntungkan atau tidak. Boleh tak Tuan terangkan mana yg lebih bagus. RM10,000 untuk 5 tahun dengan ansuran bulanan RM200 atau RM10,000 untuk 25 tahun dengan ansuran bulanan RM70?
 
 Shah (Bukan nama sebenar)
 
Jawapan :
 
Wassalam w.b.t.
 
Saya secara individunya tidak suka membuat pinjaman bank untuk melabur. Akan tetapi, dari sudut positif dalam membuat pinjaman bank ialah ia akan mendisplinkan diri kita untuk menyimpan - tidak kira kita ada duit ataupun tidak mahu tidak mahu kita perlu membayar ansuran bank setiap bulan.
 
Saya akan menyebut dari sudut marginnya jika kita ingin membuat pelaburan.
 
 
Kes 1 : Pinjaman RM10,000 dengan ansuran RM200 sebulan selama 5 tahun.
 
Katakan dividen ASB ialah 8% setahun.
 
Keuntungan diperolehi : 8% x RM10,000 = RM800
 
Jumlah ansuran dibayar dalam setahun = RM2,400
 
Margin keuntungan ASB = RM800/RM2,400 x 100% = 33.33%
 
Jumlah bayaran kepada pihak bank = RM200 x 12 bulan x 5 tahun = RM12,000
 
Keuntungan pihak bank = RM2,000
 
Selepas tempoh 5 tahun, pinjaman RM10,000 akan menjadi sepenuhnya milik anda.
 
 

Kes 2 : Pinjaman RM10,000 dengan ansuran RM70 sebulan selama 25 tahun.

 

Katakan dividen ASB ialah 8% setahun.
 
Keuntungan diperolehi : 8% x RM10,000 = RM800
 
Jumlah ansuran dibayar dalam setahun = RM840
 
Margin keuntungan ASB = RM800/RM840 x 100% = 95.23%
 
Jumlah bayaran kepada pihak bank = RM70 x 12 bulan x 25 tahun = RM21,000
 
Keuntungan pihak bank = RM11,000
 
Selepas tempoh 25 tahun, pinjaman RM10,000 akan menjadi sepenuhnya milik anda.
 
Kesimpulan
 
Ini analisis yang saya dapat buat. Setiap tempoh pinjaman ada pro dan cons nya sendiri. Bergantung kepada strategi anda untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).
 
 
Sekian, terima kasih.
 
 
 

Tuesday, April 1, 2014

Maxis dan Celcom : Yang Mana Lebih Jimat?



 Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.
 
Maxis dan Celcom - Apa pilihan anda sebenarnya dalam menggunakan perkhidmatan telekomunikasi? Memang tidak dinafikan bahawa setiap Telco mempunyai kelebihannya sendiri malah masing-masing bersaing untuk mencatat keuntungan tertinggi saban tahun. Saya dimaklumkan bahawa jualan Celcom tidak pernah melebihi jualan Maxis setiap tahun. Mungkin Maxis mempunyai caranya sendiri dalam memberikan perkhidmatan telekomunikasi yang terbaik untuk pelanggan mereka.
 
Maxis dan Celcom : Yang mana lebih jimat sebenarnya? Jika dilihat gambar di atas, dapat dilihat bahawa Celcom lebih jimat daripada Maxis. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa orang mengatakan bahawa Celcom adalah untuk 'budak-budak sekolah' kerana ia amat menjimatkan.
 
Saya sendiri pakai 2 nombor - Maxis dan Celcom. Maxis secara bil dan celcom secara top up sahaja. Dari pengalaman saya, isi top up Celcom tidak pernah habis dan jika saya isi semula top up sekalipun, itu disebabkan tempoh sah top telah tamat. Ini menyebabkan isi top up Celcom saya menjadi 'bertimbun'. Dengan memakai dua nombor syarikat Telco yang berlainan ia sebenarnya boleh menjimatkan wang kita. Anda bagaimana?
 
Terima kasih.