Wednesday, November 27, 2013

Istana Dolmabahce : Lambang Sultan-sultan Terakhir Uthmaniah Cintakan Dunia



Istana Dolmabache - Lambang Cintakan Dunia (Gambar Wikipedia)

Salah satu faktor yang mempercepatkan proses pereputan Khilafah Uthmaniah ialah sikap pemerintah-pemerintah dinasti akhir yang cintakan dunia dan takutkan mati. Saya pernah membaca buku yang menceritakan bahawa Sultan-sultan terakhir Uthmaniah terlalu cintakan dunia sehingga wilayah-wilayahnya yang besar bukannya untuk dijadikan medan dakwah tetapi tempat untuk mencari wanita-wanita untuk dijadikan gundik istana yang ditempatkan di suatu tempat yang bernama Harem.

Apa yang lebih teruk lagi ialah akan terdapat pengawal lelaki di mana kemaluannya adalah dipotong untuk menjaga gundik-gundik ini. Tidak cukup dengan itu pemerintah-pemerintah dinasti terakhir Turki Uthmaniah minum arak di dalam istana.


Pintu Masuk Istana Dolmabache (Gambar Utusan Malaysia)

Istana Dolmabahce yang didirikan untuk menggantikan Istana Topkapi menyebabkan ekonomi Uthmaniah terjerat dalam perangkap hutang yang sangat besar. Kos untuk membina istana ini ialah bersamaan dengan 35 juta tan emas di mana 1 tan adalah bersamaan dengan 1,000 kilogram!

Istana ini dibina oleh Sultan Abdul Majid I yang merupakan Sultan Uthmaniah ke-30 yang memerintah pada 1843 – 1856 dan seterusnya menempatkan 5 orang sultan berikutnya sehingga tahun 1922. Ia mempunyai keluasan 11.2 hektar, mempunyai 285 kamar, 44 dewan, 6 tempat mandi, dan 68 tandas.

Begitulah sikap pemerintah-pemerintah terakhir dinasti Uthmaniah yang bermewah-mewah dengan harta dunia sehinggalah Uthmaniah terus merosot dan akhirnya dihapuskan secara rasminya pada tahun 1924.

http://wankamarul701.blogspot.com

Sejarah : Mimpi Pengasas Kerajaan Turki Uthmaniah


“Imam adalah laksana perisai yang dibelakangnya kamu berperang dan mendapat perlindungan.” Riwayat Muslim.

Begitulah sanjungan Nabi Muhammad s.a.w. mengenai perlunya ada seorang Khalifah Islam untuk melindungi umat Islam dan memastikan tertegaknya syariat Islam. Namun, sistem pemerintahan berkhalifah hanya bertahan sehingga 1924 selepas pemerintahan Khilafah Uthmaniah secara rasminya dihapuskan oleh Mustafa Kamal Attaturk.

Siapakah sebenarnya yang mengasaskan Kerajaan Turki Uthmaniah?

Osman Gazi : Pengasas Khilafah Uthmaniah

Osman Gazi ialah Khalifah pertama Kerajaan Turki Uthmaniah. Beliau sering berdamping dengan ulama’ yang bernama Edebali. Beliau sangat menghormati ulama’ itu dan kerap berkunjung dirumahnya. Pada suatu malam, setelah beliau pulang dari rumah Sheikh Edebali, beliau telah bermimpi. Pada keesokan harinya, beliau menemui Syeikh Edebali dan menceritakan mimpinya itu :

“Wahai Sheikh, saya telah melihat kamu di dalam mimpi saya. Bulan timbul dari dada kamu dan menjadi bunga mawar, lalu bunga itu hinggap di dada saya. Dari saya, ia menumbuhkan sepohon pokok yang semakin lama semakin besar dan menghijau. Dahan pokok itu semakin rendang dan menjadi sangat hebat. Bayangan dari dahan pokok itu mampu menutupi sebahagian dunia. Apakah tafsiran mimpi saya itu?”

Selepas terdiam seketika, Syeikh Edebali memberitahunya :

Saya mendapat petanda yang baik, wahai Osman! Allah s.w.t. memberikan kamu pemerintahan yang stabil hingga kepada anak cucu kamu. Sebahagian dunia ini akan berada di bawah naungan generasi anda kelak. Bahkan, anak gadis saya juga bakal menjadi isteri kamu.”

Selepas beberapa ketika, Sheikh telah memberikan anak gadisnya yang bernama Bala Sultana kepada Osman untuk dikahwini. Hasilnya mereka memiliki cahaya mata yang diberi nama ‘Alaudin. Pengasas Kerajaan Uthmaniah ini memulakan penubuhan empayarnya dari Wilayah Anatolia dan tahun pemerintahannya menjangkau sehingga 3 benua selama 600 tahun.

Osman Gazi memulakan empayarnya dengan bermula keluasan seluas 4,800 km persegi. Sehingga akhir pemerintahan beliau, kawasan-kawasan yang telah dibuka ialah seluas 16,000 km persegi. Khilafah Uthmaniah mencapai zaman kegemilangannya sewaktu pemerintahan Sultan Sulaiman I (1520-1566) dan mula mengalami kemerosotan sehinggalah tahun 1924 sebelum ia digantikan dengan sistem Republik Turki.

Diadaptasi dari : Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah (1299M-1453M)

http://wankamarul701.blogspot.com

Sunday, November 10, 2013

Tips : Cara-cara menggunakan Kamus Activator Longman


Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.

Akhirnya dapat juga saya membeli kamus Activator Longman. Sudah lama tidak menggunakan kamus ini. Saya membeli kamus ini bertujuan untuk mengasah Bahasa Inggeris saya yang sudah lama tumpul setelah lama tidak diamalkan selepas ambil SPM 2002 dahulu. Maknanya sudah 11 tahun tidak belajar bahasa inggeris. Untuk pandai bahasa inggeris, kita perlu mengamalkan bahasa inggeris. Adakah anda tahu bahawa orang arab pun boleh bercakap bahasa melayu loghat Kelantan. Itupun setelah 9 tahun belajar bahasa melayu. Caranya mudah sahaja iaitu amalkan bahasa yang ingin pelajari setiap hari.

Baiklah apakah anda tahu itu kamus Activator? Saya baru sahaja pergi kedai buku Kinokuniya petang tadi di KLCC. Saya cuba mencari di Popular di The Curve tetapi tiada. Terdapat 3 jenis kamus Activator Longman ini iaitu kamus poket (RM18.50), kamus untuk beginner & intermediate learner (RM54.50), dan kamus untuk intermediate & advanced learner (RM110). Oleh kerana ingin menjimatkan wang saya, saya ambil sahaja kamus poket RM18.50. Murah pun murah kan?

Kamus ini saya gunakan sewaktu SPM 2002 dahulu. Ia memang menarik jika digunakan untuk membuat esei khususnya. Dikatakan bahawa Kolej Tunku Kursiah (TKC) di zaman saya belajar dahulu, setiap orang pelajarnya wajib membeli dan menggunakan kamus ini.

Baiklah, apakah anda tahu apa itu kamus Activator ini dan bagaimana untuk menggunakan kamus ini?


Katakan anda sedang mengarang esei bahasa inggeris dan anda menggunakan perkataan interesting (menarik). Sekiranya anda menggunakan perkataan interesting berulang-ulang kali, ini akan membuatkan karangan anda tidak menarik dan menunjukkan anda tiada vocab (ayat masa belajar dahulu). Kemudian, cuba anda gunakan kamus Activator ini dan lihat perkataan interesting. Didapati bahawa perkataan yang mempunyai makna yang sama dengan interesting ialah :

i. Interest : There’s a film about bears on the TV tonight. It my interest the children.

ii. Fascinating : Istanbul is a fascinating city.

iii. Intriguing : When I got home the was an intriguing message on my answerphone.

iv. Stimulating : I would like to thank Professor Buchner for his stimulating lecture.

Daripada di atas, kita dapati terdapat 3 perkataan lain yang sinonim dengan perkataan interesting iaitu fascinating, intriguing, dan stimulating. Ini bermakna kita boleh menggantikan 3 perkataan ini untuk perkataan interesting. Menarik bukan? Anda boleh cadangkan kepada anak atau ahli keluarga terdekat untuk memperbaiki esei bahasa inggeris agar ia menjadi lebih menarik apabila menggunakan kamus ini.

Apa pula kamus di bawah ini? Kamus ini ialah kamus yang saya gunakan yang dibeli tahun 2003 yang lalu. Ini bermakna sudah 10 tahun saya gunakan kamus ini iaitu dari saya belajar matrikulasi dahulu sehingga saya membuat ijazah lanjutan secara part-time. Moga-moga saya boleh menggunakan kamus ini sehingga bila-bila. Insya-Allah.


http://wankamarul701.blogspot.com

Jalan-jalan di KLCC









Tuesday, November 5, 2013

Bisnes : Membuka Stesen Minyak

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.

Adakah anda berminat membuka stesen minyak? Sudah tentu soalan ini kadang-kadang agak melucukan seolah-olah saya ini mempunyai wang tunai sebanyak RM1 juta di dalam bank. Pendek kata, sekiranya tiada wang jangan bercakap pasal bisnes. Akan tetapi, sekiranya bercakap mengenai ilmu bisnes apa salahnya bukan?

Stesen minyak merupakan perniagaan francais di Malaysia sama seperti makanan segera seperti KFC, McDonald’s, dan sebagainya. Orang kata margin keuntungan stesen minyak ini ialah 1 sen seliter. Betul ke? Saya baru mendapat tahu bahawa memang benar bahawa margin keuntungan stesen minyak ialah 1 sen seliter. Tetapi itu dahulu. Sekarang ini margin keuntungan stesen minyak ialah 12 sen seliter. Ini adalah kerana harga minyak dunia sekarang sudah semakin naik. Ini bermakna peratus kenaikan harga minyak ialah sudah menjadi 110%!

Secara kasarnya, keuntungan bersih bagi sesebuah stesen minyak ialah RM30,000 – RM60,000 sebulan. Hebat bukan? RM60,000 itu dikira tahap maksimum sekiranya stesen minyak terletak berdekatan dengan tol.

Stesen Minyak Idaman

Akan tetapi, berapa pula modal untuk membuka stesen minyak? Saya mendapat tahu bahawa modal untuk membuka stesen minyak ialah antara RM200,000 – RM500,000. Ini bermaknya anda sekurang-kurangnya mempunyai cash sebanyak RM200,000. Jika ingin mendapat pinjaman bank pun, tidak mengapa tetapi anda perlu mempunyai geran pinjaman daripada pihak bank.

Sekiranya di Malaysia, stesen-stesen minyak Petronas semuanya dimiliki oleh orang melayu. Sekiranya anda berminat membuka stesen minyak, anda boleh melihat iklan-iklan yang dibuka di dalam suratkhabar. Syaratnya ialah anda mempunyai modal dan lulus ujian yang ditetapkan. Mana tidaknya, syarikat-syarikat minyak sudah tentu ingin memilih kakitangan yang cekap untuk menjalankan operasi perniagaan mereka.

Cuma perniagaan stesen minyak memerlukan komitmen yang lebih. Anda perlu menjadi aliran tunai anda dan barangan lain khususnya rokok supaya ia tidak ‘diambil’ oleh kakitangan anda. Jika tidak, perniagaan anda rugi disebabkan oleh kakitangan anda yang tidak bertanggungjawab.

Saya pernah mengikuti kursus yang dijalankan oleh bekas pengurus cawangan bank. Beliau menyatakan bahawa ada seorang pelanggan beliau yang membuka stesen minyak. Namun begitu, keuntungan pelanggan beliau menyusut daripada RM80,000 sebulan kepada RM30,000 sebulan. Apabila ditanya beliau menyatakan keuntungan perniagaan menyusut kerana disebabkan ada pembahagi jalan dibuat. Oleh itu, kenderaan dari seberang jalan tidak dapat masuk ke stesen minyak beliau.

Inilah hakikat perniagaan stesen minyak. Boleh dikatakan bahawa perniagaan francais ini atau perniagaan francais yang lain tiada risiko. Cuma kita perlu mempunyai modal yang besar sahaja untuk menjalankan perniagaan ini.

Sekian, terima kasih.


http://wankamarul701.blogspot.com