Utusan Malaysia bertarikh 1 April 2011 melaporkan harga jualan minyak RON 97 mengalami kenaikan harga sebanyak 20 sen
iaitu dari RM2.50 kepada RM2.70 seliter. Walaubagaimanapun, ia tidak melibatkan
minyak RON 95. Perkara ini disebabkan oleh harga minyak mentah di pasaran dunia
naik disebabkan oleh krisis Timur Tengah.
Impaknya ialah ia memberi kesan kepada
kewangan kita khususnya kepada sesiapa yang berkenderaan mewah yang sudah
semestinya menggunakan minyak RON 97. Ini kerana kita perlu mencari atau
menambah lagi 20 sen lagi bagi setiap liter minyak RON 97 yang diisi ke dalam
kenderaan kita. Apa yang lebih jelas kadar inflasi bagi pengguna minyak ini adalah
naik sebanyak 8% bagi kenaikan 20 sen bagi setiap liter harga minyak. Anda
perlu sedar mengenai perkara ini.
Pada kali ini, saya ingin membicarakan
mengenai minyak kenderaan yang manakah yang lebih jimat iaitu sama Petronas
ataupun Shell? Ini adalah kerana penggunaan minyak petrol adalah memberi impak
kepada perbelanjaan kita pada setiap bulan untuk kegunaan harian.
Saya sejak dari dahulu lagi sering
mendengar bahawa terdapat perbezaan antara minyak-minyak petrol di pasaran seperti
Shell, Esso, Petronas, Caltex, BHP, Exxon Mobil dan sebagainya dari segi
penjimatannya. Tetapi saya pun dengar setakat dengar sahaja sehinggalah saya
merasainya sendiri. Memang diakui bahawa memang terdapat perbezaan dari segi
penjimatan bahan bakar kenderaan ini.
Pada kali ini, saya ingin bercakap
mengenai pengalaman saya menggunakan minyak petrol Petronas dan Shell. Saya
sering berulang-alik antara Terengganu dan Kuala Lumpur dan saya memang pernah menggunakan
kedua-dua minyak petrol ini. Memang terdapat perbezaan ketara antara kedua-dua
minyak petrol ini dari segi penjimatannya.
Sekiranya saya menggunakan minyak
Petronas untuk pulang ke Dungun, Terengganu dari Kuala Lumpur, saya perlu
mengisi minyak dua kali iaitu sekali semasa memulakan perjalanan dengan tangki
penuh dan sekali lagi perlu mengisi minyak kereta di Kemaman. Berlainan pula
dengan Shell, saya hanya perlu mengisi sekali sahaja minyak tangki penuh dan
kereta saya masih menunjukkan baki minyak sebanyak satu bar apabila sudah tiba
di rumah.
Begitu juga apabila saya menggunakan
minyak Petronas untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Terengganu. Apabila saya
menggunakan minyak Petronas dengan tangki penuh, saya perlu mengisinya semula
di Genting Sempah sebelum menyambung semula perjalanan ke Kuala Lumpur.
Berlainan pula dengan minyak Shell, saya hanya perlu mengisi sekali sahaja
minyak dengan tangki penuh tanpa perlu mengisi sekali lagi untuk tiba di Kuala
Lumpur.
Dari pengalaman saya sendiri ini, memang saya akui bahawa minyak Shell adalah lebih jimat daripada Petronas untuk penggunaan petrol kenderaan kita. Dan apa yang lebih penting kita dapat menjimatkan wang kita untuk perbelanjaan minyak petrol. Namun begitu, ini tidak bermakna saya tidak menyokong langsung menggunakan komoditi nasional. Apa yang lebih penting, kita perlu tahu untuk ‘bergilir-gilir’ memilih minyak petrol mana yang hendak digunakan mengikut keadaan tertentu sama ada untuk perjalanan harian ataupun untuk perjalanan jarak jauh.
Sekian, terima kasih.
Wan Kamarul Ariffin bin Wan Ahmad.
115 comments:
Tuan,kata orang minyak Petronas pun agak 'kotor'. Pengalaman kawan kpd bapa yang terpaksa mengeluarkan sjumlah wang yang besar untuk mmbaiki kretanya,dan apabila dbawa ke bengkel,mekanik mengatakan puncanya dr minyak yg dgunakan (petronas). Tapi ada juga yg mengatakan kdua2nya (shell&petronas) minyaknya sma je,jenama je bbeza.
Salam. Ini bukan disebabkan minyak petrol Shell atau Petronas. Tetapi ini disebabkan oleh lambakan minyak enjin tiruan yg berada di pasaran. Boleh baca artikel ini... http://wankamarul701.blogspot.com/2011/06/minyak-enjin-dan-oil-filter-tiruan.html
Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat ini....salam.
Ok..Sama-sama Tuan.
kalo saya menggunakan motorsikal suzuki...minyak petronas paling jimat berbanding shell.
minyak bergantung pada enjin kepada kenderaan tersebut
Yeke? tak percayalah...
Slm..sekadar berkongsi pandangan saya juga berpendapat minyak Shell lagi jimat dari petronas.. Bertahun2 saya mggunakan petronas. Disebabkan kereta saya kereta kecil, saya tk perasan minyak petronas jimat ke tidak sehinggalah pada suatu hari saya outstation ke Pahang, dalam pjalanan pulang tk sedar minyak dh kering..gara2 leka bersembang dgn rakan... saya cemas, saya off air-cond kereta dn pandu slow2
sambil mencari2 petronas. jumpalah stesyen shell,tiada pilihan lain..terpaksa isi laa.. Kerana dh bertahun2 setia dgn petronas.. Saya isi RM 20.00 jee..alasan nanti jumpa petronas baru nk isi full tank.. saya amat terperanjat isi RM 20.00 boleh cecah ke jarum tengah.. Saya x sangka betul..mcm jimat pulak.. Selama ni..isi dgn petronas..tk mcm tu pulak.. Ntah lahh..confuse pulak saya..!! Hinggalah saya baca artikel tuan ini..saya rasa minyak shell memang JIMAT..!! pah ni..Bye2 laa petronas.. Tq, tuan saya suka baca artikel tuan..
Ok..Sama2. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita. Tapi jangan lupa bahawa Petronas tetap komoditi nasional kita. Sekali-sekala apa salahnya menggunakan Petronas..;)
dulu saya pun guna Shell, bila tengok kawan-kawan guna petronas, ikut juga lah, lepas tu jatuh hati dengan Mobil pula :)
Kata orang, ikut hati mati.. ;(
Salam
saya pernah jadi regular customer petronas sejak beli kereta setahun lepas.tapi sejak tengok perbezaan minyak kt FB yg dipostkan kawan2, teringin jugak la nak try yang lain. so, sy try guna minyak caltex..mmg berbeza sangat2..pemanduan lebih smooth...sangat berpuas hati dengan caltex..minyak lebih banyak n jimat..bila2 nk try shell pulak...
Ok..Selamat mencuba.. tidak salah untuk mencuba benda2 baru..
Petronas cekik darah.. Bertahun2 aku isi minyak kat sana.. Baru ni lah aku isi kat essom mobil.. Terasa perbezaan, keta pon jadi makin ringan..jimat pulak tu..
Errmm patut la bdk2 petronas gaji beso, kerek pulak tu, bonus banyak bulan... Ermmm tukar isi la yang lain..
Bukan cekik darah tetapi kurang berkualiti. Jangan salahkan pekerja Petronas kerana itu tempat mereka mencari rezeki. Ok, semoga dapat bertukar kepada minyak petrol yang lain. =)
Merujuk kepada pendangan rakan2 di atas kebanyakannya memberi komen negetif kepada Petronas, namun bagi saya yang menggunakan Proton Exora, kalau isi minyak Petronas RM50.00 bacaan meter adalah 310KM, apabila mengisi Shell dengan jumlah yang sama bacaan meter sama juga 305KM, tapi bacaan BAR apabila isi minyak Shell akan lambat turun, berbanding Petronas, ini bukan melambangkan minyak Shell lebih jimat sebab kandungan baki minyak dalam tangki tidak dapat kita agak. Bagi saya Petronas lebih menjimatkan dan berkuasa berbanding Shell kerana ststion Petronas sentiada sibok dan penuh dengan pelanggan yang mengisi minyak. Kalaulah betul apa yang dikomenkan oleh rakan2 di atas tentu station Petronas lengang tidak berpelanggan...
Melayujati: Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita. Sememangnya anda mempunyai semangat kebangsaan yang kuat kerana menyokong komoditi nasional. Tahniah saya ucapkan.
En Kamarul, thanks for the info sharing. Petronas or Shell?, both are good. Shell operating >100 years and Petronas <30 years. Dari sini pun kita dah boleh menilai. Apa pun, I still believe "Malaysia Boleh"
Info yg menarik.. Shell telah beroperasi lebih 100 tahun manakala Petronas pun baru 30 tahun. Ye, kita masih kena sokong komoditi kita. Terima kasih.
saye rasa minyak shell lagi jimat, pada permulaan nya saya guna petronas tetapi pada suatu hari saye trai minyak sheel ternyata lebih menjimatkan.
salam. satu info yang menarik. sebenarnya yang membezakan minyak petrol ini adalah bahan chemical yang dicampur dalam minyak petrol tersebut. Based my experience, minyak shell memang menjimatkan berbanding petronas. That's why saya sampai sekarang langsung tak pernah isi minyak petronas kecuali kecemasan sahaja.
Atas Pengalaman juga, saya bersetuju dengan tuan. Shell lbh jimat berbanding Petronas bagi perjalanan jauh. Setiap kali saya balik kampung daripada Melaka ke Kuala Krai, Kelantan saya akan menggunakan minyak Shell krn dengan Shell saya cuma sekali je isi penuh. Tetapi dengan Petronas, nak tak nak mesti kena isi 2 kali baru sampai Kuala Krai..Untuk jarak dekat, Petronas pilihan saya kerana stesennya mudah didapati & yang paling dekat dengan kediaman saya.
salam,sy juga merupakan pngguna setia shell,hnya skali skala jika terdesak sy akan isi caltex. sy kerap berulang alik dr segamat ke pasir puteh,kelantan. sy hnya isi penuh skali,bia smpai di rumah bacaan meter menunjukkan ada lgi lbh kurg 100km..memg mnjimatkan.
Tuan tanah..
Ape pandangan tuan tanah berkenaan BHP pula? Saya menggunakan Kia Spectra berulang alik dari rumah ke tempat kerja di Bandar Sri Damansara. Saya dapat merasakan kelancaran enjin apabila menggunakan BHP utk kereta saya. (walaupun Petronas di sebelah office saya)
Saudara Nasalawi, & Anon 30 Nov. Terima kasih kerana berkongsi cerita. Anon 10 Dec. Saya pun tidak tahu apa yang anda cuba ceritakan (walaupun saya tahu bahawa dalam bahasa korporat kita tidak boleh menjawab 'tidak tahu')...
Tq.
salam BHP pun jimat juga.. tapi susah nk cari stesen minyak.
Wsalam buat saudara/i Anom 10 Februari 2013. Terima kasih di atas info tersebut. Wassalam.
Salam bro kamarul..cuba baca link ini..mungkin membantu..
http://kereta.info/differences-of-ron-95-petrol-properties-from-bhp-petronas-shell-caltex-esso-mobil/
Tapi Shell tetap jimat dari Petronas dari uji kaji sendiri.
Tuan-tuan yang dihormati,
Boleh rujuk di sini untuk eksperimen secara saintifik, http://christopherteh.com/blog/2012/05/fc-update/#comments
Saya bawa myvi. Selama ni saya selalu isi shell. Sejak 2 menjak ni saya try la isi petronas. Apa yg saya perasan, minyak petronas lebih jimat dari shell. Yela, mungkin bergantung dgn enjin kereta juga. Tapi kesimpulan saya, petronas lebih jimat. Ada masa nak try pulak caltex
Hmmm mungkin pglmn yg bbeza..kereta saya lebih jimat dgn petronas bbanding shell..bhp ataupun caltex..sy pun travelling jgk dr tanjong malim ke kuantan stiap minggu
Lagi satu ada pula pbezaan antara stiap stesen minyak...kena perhati juga..ada stesen shell..petrns..kita isi mileage 650km tetapi kalo g ke stesen lain shell atau petrns ..mileage ni mgkin 620km atau 680km...ia bgantung kpd tekanan udara yg dtentukan oleh tokey stesen... oleh itu perhati btol2 pd stiap isian stesen mana yg mjimatkn
pompuan bawak keta plakkk lain hal .... manyak mane yg jimatpun deroang buat malas nak ambik tahu ....alih,alih rajin merungut bila dah habis isi minyak time masuk dlm kereta mulut membebel "hai, peliknya apasal tak penuh tong kalo isi kat Petronas???? ..........
Tp apa yang dapat saya lihat skarng d 2013 ni.. Petronas makin berkualiti ..walau bagai mana pun..bg saya PETRONAS yg trbaik kerana made in Malaysia..
Terima kasih kepada pengunjung semua. Ada juga yang mengatakan bahawa minyak ini bergantung kepada jenis enjin juga. Terima kasih.
dulu mase harga belum naik kalau isi rm10 di shell dpt 5.406l kl x silap sayalh... tp kl di petronas 5.3l saje...
skrg sy x sempat nk tgk sbb asyik nk cpt je... kl ade mase u all cuba tgok ye perbezaan dia...
sbb tu sy slalu beli shell liter lbh skit...
Kata orang minyak Petronas itu banyak angin je.
Memang kata tuan tanah... saya pun alami sama... bertahun gunakan Petronas.. hingga pada suatu hari cuba guna Shell... memang besar perbezaannya...Shell memang jimat. Kalau ada orang nak kata berlawanan dari saya, itu terpulang... tapi ini kenyataan yang saya alami sendiri. Shell lagi jimat dari Petronas.
totally agree..abg sy pn suke isi mnyk kt shell..mule2 tu heran jgk sebab dye lebih snggup beratur pnjg2 kt shell semate-mate nk isi mnyk sdgkan stesen mnyk yg len cm petronas
xrmai orang..bile sy tnye, dye ckp pnggunaan shell mmg lbih jimat berbanding petronas..dr situ, bru sy phm n xpena dah persoalkan even kene tggu lame sket sbb beratur pnjg2 kt stsen mnyk shell..hehe..
totally agree..abg sy pn suke isi mnyk kt shell..mule2 tu heran jgk sebab dye lebih snggup beratur pnjg2 kt shell semate-mate nk isi mnyk sdgkan stesen mnyk yg len cm petronas
xrmai orang..bile sy tnye, dye ckp pnggunaan shell mmg lbih jimat berbanding petronas..dr situ, bru sy phm n xpena dah persoalkan even kene tggu lame sket sbb beratur pnjg2 kt stsen mnyk shell..hehe..
Yer.. Shell lebih jimat dari Petronas. Insya-Allah.
As salam. Ramai yg membincangkan tentang ron95. Mcm mana pulak dgn ron97? Ada tuan2 yg ade pnglmn untuk dikongsikan? Sy bercadang untuk bertukar ke ron97.
shell sesuai x untk keta viva?ada keta viva sesuai petronas..ye ke?
ada org kata viva sesuai petronas..ye ke?
Zaifulbahri, rata-ratanya orang sekarang memakai minyak RON95. Dari pengalaman saya, pick up kereta ron97 lebih baik dari ron95 apabila kita memandu. Memang terdapat perbezaan.
Muhammad zahid, ada mengatakan bahawa enjin perodua lebih sesuai memakai minyak PETRONAS. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran ini.
Terima kasih.
satu artikel yg sgt penting bg saya. terima kasih tuan blog. satu perkongsian yg baik.
Feyus, sama-sama.
Saya juga merasakan petronas amat jimat jika diguna pada myvi. Dari Kuala Lumpur ke Jeti Kuala Perlis saya hanya mengisi sekali sebanyak rm55 dan dipandu selaju 120kmj. Tetapi apabila pulang ke KL saya mengisi shell sebanyak rm 50 (masih ada baki) tetapi berkelip di henrian tapah. Tetapi lain pula jika saya memandu jentera Jazz saya di mana shell pula lagi nampak jimat. Camne tuu.
Shahmir, ada kenalan saya mengatakan bahawa enjin perodua sesuai dengan PETRONAS.
TQ
tuan.. saya rasa Petronas lebih menjimatkan.. sebab itu Proton dia suggest guna barang Petronas.. kuikuiii~
sebenarnya minyak ni bergantung pada penggunaan.. lagi ditekan n asyik nak mencanak je RPM.. jawabnya pakai minyak kapal terbang pon cepat habis.. heheheee~
Isi fulltank,mulakan perjalanan,sebelum itu set speedometer 0km,mulakan perjalanan sampai nak habis minyak dan set speedometer hingga 500km,buat pengisian semula,ulangi kepada jenama yg berbeza.setiap 500km speedometer yg diset buat pengisian fulltank semula,anda akan tahu yg mana lebih jimat bila anda membayarnya.
Isi fulltank,mulakan perjalanan,sebelum itu set speedometer 0km,mulakan perjalanan sampai nak habis minyak dan set speedometer hingga 500km,buat pengisian semula,ulangi kepada jenama yg berbeza.setiap 500km speedometer yg diset buat pengisian fulltank semula,anda akan tahu yg mana lebih jimat bila anda membayarnya.
Tidak juga... Saya maintain sahaja. Tetapi memang terdapat perbezaan antara Shell dan PETRONAS. Terima kasih.
Nak ukur guna speedometer? Rasanya memamadai mengukur secara kasar sahaja.
Terima kasih.
saya nak kongsi sedikit pemerhatian dan pengalaman saya menggunakan kedua-dua minyak ni. pertama, kalau guna kredit kad, stesyen shell lebih bagus kerana kita tak perlu pilih bahasa. jadi bila letak kad, tak perlu takan apa2 lagi. jimat masa berbanding stesen petronas yang memerlukan kita memilih bahasa. kalau termenung, lambatlah proses isi minyaknya. Kedua, saya dapati kalau isi dekat stesyen shel, bila isi penuh (guna kredit kad), meternya menunjukkan FULL. tapi bila isi di stesen petronas, walaupun sampai berjetat, meternya masih lagi belum FULL satu bar. saya rasa pam petronas mengesan kepenuhan tangki lebih sedikit berbanding pam di shell. 1 bar kereta saya boleh mencecah perjalanan melebihi 80km.. sebab itu kita akan rasa bila isi shell, kita boleh jalan lebih jauh.
Sekadar berkongsi pendapat...saya pkai exora bold cfe...saya dah try kebanyakan minyak...semua ron95 kebanyakannya sama dan kalau dibandingkan cuma shell dan bhp lebih jimat..walaubagaimanapun penggunaan ron 95 menjadikan enjin lebih gegaran dan bising...
saya telah mencuba membuat perbezaan antara ron95 dan ron97..amaun yang diisi adalah Rm 80 seminggu dan ron 97 lebih jimat untuk exora saya dan enjin lebih senyap/smooth+pick-up berbanding ron 95..
jarak perjalanan ke tempat kerja (lebih kurang 60km pergi balik)
**pastikan kereta diservis tepat pada waktunya...sbb kalau dah hujung2...mmg kuat makan minyak...
Minyak shell dari petronas jugak. Ini adalah fakta.
Macam auta je. Shell kan ditubuhkan terlebih dahulu daripada PETRONAS.
saya pemandu lori, hampir 10 tahun saya memandu lori tanker petrol dan juga diesel..semua minyak petrol,mahupun diesel adalah minyak yang sama..shell,petronas,caltex,esso petron,semua ambil di depoh minyak yang sama..yg bezanya adalah brand shj.
Yeke? Tapi saya tetap merasakan kelainannya.
Nak jaga enjin = pakai Petronas. Nak jimat = pakai Shell.
Macam tu pula ye..tq
20 tahun lalu... ramai rakan komen minyak Shell kotor, hitam. Minyak petronas tinggi nilai sebab kandungan gas tinggi atau mudah jadi gas. Pembakaran gas pastinya bersih. Baru-baru ni saya tukar ke Shell... betul nampak full. Tapi ini bergantung baki minima di bawah penunjuk amaran.. Kadang-kadang dah merah boleh jalan sampai 50 km... Saya sekarang masih guna petronas.. Jihadlah sikit... bantu kawan-kawan Islam kita yang keja kat situ beribu orang.. buat apa bantu syarikat asing... kata nak baikot yahudi... Minyak petronas sebab bergas janganlah buka tangki tengah panas, hilanglah minyak kita. Nak bubuh minyak pun kena time sejuk... malam ka , subuh kaaa.. baru nampak meter penuh..... satu lagi jangan tekan pam minyak laju-laju masa kat stesyen minyak biar slow-slow sampai orang marah.... baru meter minyak penuhh... Saya naik myvi pi kl dari perlis RM 50 tak habis. Tapi sekali je dapat sebab bawa kereta 80KM sejam. Hari lain bawa paling laju 150 KM sejam mana minyak tak habis... Fikir-fikr..lah....
Tengah fikir ni pun
saya bekerja dalam sektor Automotive selama 3tahun (Europe Brand) and 2tahun (japan Brand) sebagai technical R&D performance.
Dalam pengalaman bekerja dlm sektor ini, HP(horse power) dan max.torque yg memainkan peranan menentukan berape kuantiti minyak digunakan.Selain dr tu pengubahan terhadap bahagian kenderaan juga menentukan FC(fuel consumption) sesebuah kenderaan eg. Saiz rim dan tayar.
Saya pengguna motosikal berkuasa 110 cc je. Saya akui minyak petronas memang tak menjimatkan, RON 95.
Saya biasa mengisi minyak motosikal saya RM7 di Shell untuk perjalanan sejauh 45km pergi balik sebanyak 2 kali atau bersamaan 180km sebelum saya isi lagi dengan jumlah yang sama.
Satu ketika saya mengisi minyak di stesen Petronas sebanyak RM7. Malangnya ia hanya boleh pergi balik sekali dan balik sekali atau bersamaam 135km sahaja.
Sungguh menakjubkan. Bermakna dengan RM 7 ringgit saya boleh jimat sejauh 45km....atau lebih kurang RM 1.75..
Hasan Angler, terima kasih atas perkongsian cerita.
Sy adalah pengguna setia shell sejak 2006.. tp baru² petronas ada melancarkan minyak baru primax 95 extra dgn tambahan additive. kwn² sy ramai lg yg masih setia dgn shell. tp ade sorang dua dah mula tukar ke petronas. komen diorg, diorg terkejut krna enjin lebih ringan,pickup & jimat 5-10% lebih dari shell. dan diorg ckp mmg pd mula² tukar ke minyak petronas minyak kereta rasa cepat habis sbb enjin masih menyesuaikan diri dgn minyak petronas kerana sudah berzaman enjin tu mengadap shell.. sekarang sudah hampir sebulan diorg tukar ke petronas. & mcm tukar terus je.. sy pun dah mula nk try petronas. baru 2 minggu ni.. nampaknye mcm meyakinkan.. lgpun rasa tersedar sikit sbb selama ni sy support yahudi/shell.
Info menarik. Saya akan cuba minyak PETRONAS untuk long distance. Terima kasih.
Assalamualaikum, nampaknya kenaikan harga minyak sangat cekap daripada kecekapan kita menggunakannya. Hari ini Ron95 naik lagi RM0.20 seliter. Kerajaan mengurangkan lagi subsidi atas dasar ... Fikir-fikirkanlah.. Penjimatan berlaku apabila kita berusaha menggunakan dengan cara berjimat. Kemungkinan sumber minyak yang berkualiti juga adalah peratusan kecil bagi penjimatan. Selain itu adalah kelajuan, cara pemanduan,penyelenggaraan berkala kenderaan,kawalan brek,penggunaan gear semasa pendakian bukit atau semasa dilampu isyarat serta persimpangan bagi kenderaan manual adalah faktor-faktor yang sangat mempengaruhi penjimatan. Manakala Faktor persekitaran atau jalan yang dilalui juga akan memberi kesan terhadap penggunaan minyak kenderaan kita. Hak kita sebagai pengguna untuk memilih, apa yang kita pilih kita sendirilah yang bertanggungjawab kelak.
Kalau minyak diesel mcm mana?mana lebih bagus antara shell dgn petronas?sy guna 4x4..
Tak pasti. Anda boleh cuba dengan mengujinya melalui perjalanan jauh. Terima kasih.
I dah 30 tahun guna kereta. I rasa Shell memang menjimatkian berbanding minyak brand2 yg lain. Mekanikpun pernah recommend kat saya guna Shell.
Shell lebih bagus utk 4x4 berbanding Petronas
Betol saya sokong. Ni kira taktik menipu la juga. X ramai yg tahu
sebut pasal minyak petrol yang paling sesuai bagi sy ikut kesesuaian enjin...
contoh dulu sy pakai produa kancil model 1997
2011- testing running minyak 95 petronas
cecah 90km/j dah goyang lepas tu dari bota kanan ke georgetown kena isi 3x(isian terakhir tangki tinggal dalam 2 bar) untuk perjalanan pergi balik
kalau running pakai 97 petronas kalau cecah 90 dah tak goyang dah isi minyak 2x(isian kedua tangki tinggal separuh) je pergi balik
kalau pakai caltex lak sy pernah pakai 97 mmg out terus minyak cepat habis sampai je kemunting dah kena isi balik...total isi dekat 4x(isian terakhir tangki terakhir tinggal 2 bar)... kereta rasa berat... cuba pakai yang 95 dia cantik kerta smooth 2x(isian terakhir tinggal 2 bar) je isi minyak....
kalau nk di kira semuanya sy dah rasa..
bagi sy untuk kancil kalau nk save boleh pakai
97 esso ,
95 mobil,
97 shell,
97 petronas(skg ambil 95 je lagi bagus dari 97 dia)
caltex 95
bhp lak sorry lah for kancil sy langsung tak memberikan kesan...sebab bagi sy tiada kelebihan
tak de nk burukkan mn2 stesyen minyak cuma korang tgk je kereta korang sesuai mnyak mn....
hari ni 4/7/2015
sy pakai saga flx 1.3 manual...ramai cakap pakai shell save kat sarawak ni cuma popular 2minyak je shell dan petronas... sy pasang a.cond sepanjang jalan guna 95 petronas kalau isi full 6 bar dari malihah samapai smarahan sampai opis masih ada 6 bar(sebab pakai magnetic saverlah)bila balik kerja dah kelaur depan pintu opis baru dia turun jadi 5 bar...tadi sy baru je isi minyak dekat shell malihah..... dalam perjalanan nk ke opis je dah hilang 1 bar..
ini mungkin menunjukkan engin kereta sy sesuai pakai petronas di sarawak...kalu sy kat semenanjung habis semua stesen minyak tu jadi bhan uji kaji rasanya....
jadi jgn u all cakap semua kereta sama...kadnag2 u all kena tgk kesusaian enjin..cara pemanduan dan sbgnya untuk korang menentukan minyak apa yang korang perlu beri makan kat kereta korang...
Ini hnaya pendapat....bukan nk sokong barangan nasional tapi sy akan pakai mn2 yg boleh menghindarkan poket sy dari tipis...maaf sekian....
Maaf shell pun ada carigali sendiri seperti petronas so xde isu kata minyak shell dari petronas . Lain la kalo shell amel minyak kat marikh petronas amek kat pluto. Tu mmg berbeza. Heheheee
Power> petronas
Save>shell
Haa bagi saya lah.penjimatan antara petronas dgn caltex ni xlah bnyk mana.dh try dua2 tu .tp prbezaan yg sy btul2 rasa prestasi kereta tu.haa mngikut pengalaman sy lah ni.
Haa bagi saya lah.penjimatan antara petronas dgn caltex ni xlah bnyk mana.dh try dua2 tu .tp prbezaan yg sy btul2 rasa prestasi kereta tu.haa mngikut pengalaman sy lah ni.
utk cc bsr mybe pkai shell ad kelebihan sbb shell trade mark dia 'power'..utk cc kcik or compact car mmng jimat pkai ptronas..
Siapa guna saga plus flx ? Mesti perna mengalami masalah susah nak start bila awal pagi kan? Ni nak bagi tips sikit , jangan sesekali isi di petronas,isi d shell shja. Pcya la,kreta lbih ringan,jimat dan snang nak start .
kes bapa saya seperti yg Pyrol ckap... enjin jadi bermasalah ada pasir bila guna petronas... proton suruh guna minyak shell. Sya setia dgn shell sbb dr kl ke mersing lbih jimat dgn shell hanya sekali isi pergi dan sekali isi balik... lbih 4 bar blh pergi kerja pulak...
Petronas mesra selamat datang ...
terima kasih trade mark ... tandas kebykkan bersih & ada surau, yg jaga solat hanya petronas je la boleh kita hrpkan.
minggu lepas sepupu saya datang rumah dengan keluarga dia, sepupu saya dah pandu lebih 5 jam dengan kereta lama dia. saya pun pelik kereta masih tahan lagi ke, sebab jarak rumah dia jauh dengan rumah saya, sepupu saya pun bagitahu dia sekerang pakai helix high mileage, kereta dia dah jadi lebih stabil semasa memandu panjang masa. Saya pun terkejut apa yang sepupu kata tentang produk ni.
PETRONAS Syntium vs Shell Helix high mileage, sila undi mana satu yang kamu lebih suka...
Syntium dapat tahan panas, high mileage dapat meninggikan daya tahan enjin kereta.
HELIX HIGH MILEAGE tu cover 100000km? Adik saya punya perdua dapat pakai tak? dia cuma beli dua tahun sahaja...
Karimah - jadi maksud you bila ambil perjalanan panjang buat service gunakan shell high mileage ni blh stabil memandu? aku selalu pergi bengkil check dia org kata selalu kata blh2 jerr... tapi aku pun rasa x berapa stabil tapi aku dah biasa...
Nor Hatini - kalau boleh aku pilih shell high mileage sebab mininggikan daya tahan enjin lebih baik... janji ada minyak dalam mestilah boleh tahan panas kan?
biasa shell buat byk ikan aku lebih percaya dan juga shell senang dijumpai mana2... hahaha
hahaha, compare macam ni ke? tapi aku biasa pun bagi kedai sevis kereta tukar, jarang check apa brand mereka pakai, mungkin guna yang murah sikit dari shell
Nor Hartini: Macam dua2 ada kebaikkan dia, boleh campur dua2 jadi dpt sempurna menlindung kereta...
hahaha... dulu blh banding sebab harga ok lagi, skrg ekonomi siapa ada offer dia dpt...
kalau petrol aku mmg akn plih petronas la.lg pun aku jnis xsuka tukar21 jenama bnda aku pakai.kalau g kampung2 petronas kira msih senang jumpa la.dlm prncgan awl thun dpn nk beli kereta 4X4 ,sbb aku mmg niaga on9 snang nk angkut brg.perlukan pndpat kalau diesel petronas okay ke?sbb xpnh taw .
baru2 ni kereta i sedang isi petronas euro 5 yang baru. rasa macam kete lebih power dan senang hidup bila pegi kerja pagi. mungkin teknologi baru petronas lebih elok tp kena juga pantau dalam 3 bulan lg
eh sekarang petronas dah ada euro 5,, rasa kali nih petronas dah muncul semula dengan kehebatannya. dengar member rekomen untuk jimat diesel jd baru jer nih.. panas isu nih dalam kalangan member jajaja
yang i lihat petronas menang juara dalam pertandingan dakar tahun lepas. macam sudah ada perkembangan baik dari brand ini dah. 3 kebaikan dalam 1 . kalau harga x beza, mestilah petronas kan
diesel euro5 petronas/bhp lagi baik?
yg penting tu harap tempat tinggal ako ade petrol stesen yg dekat lah, macam Euro5 tak berapa minyak stesen ade jual, nak pergi pump pun kena bazir masa bazir minyak pergi minyak stesen yg jauh je..
Diesel skrg hanye bawa pencemaran udara lagi serious je.. tengok highway smua asap hitam, semua dari ketera diesel alamak.. tak tahu knp malaysia lagi nak bawa masuk diesel baru
tak semua kereta atau knderaan bole pkai petrol.bukan suma diesel mcm tu,ada jgk yg ok ckit.ko pkai petrol pon sma jugak asap.
tak semua kereta atau knderaan bole pkai petrol.bukan suma diesel mcm tu,ada jgk yg ok ckit.ko pkai petrol pon sma jugak asap.
walaupun rumah berdekatan xda petronas tp untuk enjin kereta kadang2 tu kena juga cari kat luar. terpaksa baru pam dekat rumah je. kalau tidak akan cuba juga pam otw baclik ke pegi mana2. baik sekarang dari menyesal tiada gunanya
i rasa dari pengalaman mengguna diesel, petronas euro 5 ni i baru je cuba juga
so far rasa performance dia mmg lebih baik untuk keta i
so mungkin jena continue lg tengok samada perlu service keta kerap ke x
ya! I pun pernah dengar member cakap tentang petronas euro 5 nih menang dalam pertandingan lumba keta tahun lepas. Macam hebat je malaysia dalam litar luar negara kan. Mesti akan cuba !
@survival sy isi euro5 kat petronas..petrol station lain kat tempat sy x ade jual euro5 pun..
@Zingziling tgk diesel ape lagi sesuai bagi enjin kereta u..
sy isi petronas euro5 bagi kereta hilux ku, dpt rasa semasa pick up kereta lagi power..mungkin sebab nilai CN euro5 lebih tinggi berbanding dgn petrol station lain.
Petronas Euro5 skrg dah kurangkan pencemaran udara lah.. sbb die dah kurangkan sulphur dlm diesel, jadi asap hitam tak akan buat banya lah..
Petronas skrg dah smkin banyak stesen yg jual Euro5 lah.. die kurang jial sbb baru bawa masuk je,bkn macam lain dah lama di malaysia, die kata sblm tahun ni akan naik quantity sampai 100+ stesen yg jual Euro5
petronas lg okay lah!tmbh kalau diesel..kalau aq la lg prefer petronas...kete smooth je..bpak aku sllu g dusun pkai hilux.mmg dapat rasa prbezaan dia,even jalan lekuk2 pon snang je nk panjat.
dulu mmg ye..tapi skrg ni mcm petronas diorg dah kurangkan sulphur tu,so lbih jaga dri pncemaran la..lgpun mn2 kete pon mmg akn kuar asap kan.so kita boleh plih la mn yg sesuai ..hihi mcm aku mmg akn petronas euro5 je..
Sy dh gunakan smua jnis mnyk yg ada dlm malaysia pny market n bg sy mnyk Shell plg memuaskn hati..sy travel sbulan 6-7k km n shell mmg jimatkn mnyk..
Maaf tidak memadai. Kalau saudara membuat blog cerita psl minyak shell better dr petronas atau sebaliknya. Beri la bukti bertulis. Isi penuh. Set speedometer. Habis jalan. Catat speedometer. Isi semula penuh. Baru nampak. Sbb encik buat blog ni kalau salah bleh fitnah. Kacau rezeki peniaga2 minyak kita especially yg islam
Sekali la. Diorg amik tempat sama. Isi additive ja berbeza. Sahabat sy kerja stesen minyak. Dia gitau
Akta Minyak Malaysia, sume syarikat minyak yg ingin menjual minyak petro didalam Malaysia, perlu membeli bekalan minyak dari Petronas.
So xkire la shell, Exxon mobil, Petron, Caltex sume pkai minyak kualiti yg same iaitu dari Petronas. Ape yg membezakan adalah isi additve yg ditambah apabila minyak sampai ke stesen minyak. Jadi kualiti minyak sama.
Kalau nak tahu, isi minyak di shell timing nak stop pump tu dieorg setting bagi lambat..jadi bila nak stop pump lambat anda akan dapat minyak lebih dari sepatutnya..saya dpt tahu nie dari pekerja shell sendiri
Betul sya pun mcm tu
Post a Comment