Kadang-kadang ramai antara kita yang keliru dengan nilai angka SERIBU JUTA dan SATU BILION apabila membaca sesuatu nombor ataupun data. Ini adalah penting supaya kita dapat memahami isu-isu semasa dengan lebih tepat khususnya berkaitan dengan perbelanjaan sesebuah syarikat, Kerajaan, janji bulan dan bintang pihak pembangkang dan sebagainya. Sebelum kita pergi lebih lanjut, kita perlu memahami nilai angka-angka ini ini mengikut Hukum Matematik sebenar. Angka Hukum Matematik adalah sama dengan Sistem Piawaian Angka British,
Nilai Angka Hukum Matematik Sebenar dan Sistem Piawaian British
Menurut Hukum Matematik, angka SERIBU JUTA adalah seperti berikut :
1,000,000,000
Dapat diperhatikan bahawa angka SERIBU JUTA adalah angka yang mempunyai 9 angka sifar.
Manakala angka SATU BILION menurut Hukum Matematik ialah :
1,000,000,000,000
Dapat diperhatikan di sini bahawa angka SATU BILION adalah angka yang mempunyai 12 angka sifar. Dengan kata lain, SATU BILION adalah BERSAMAAN dengan SEJUTA-SEJUTA kerana mempunyai 12 angka sifar di mana angka SEJUTA ialah 1,000,000. Inilah nilai angka sebenar satu bilion sekiranya kita mengikut Hukum Matematik sebenar.
Angka Sistem Piawaian Amerika
Akan tetapi, DUNIA pada hari ini mengguna pakai angka Sistem Piawai Amerika di mana angka 1 BILION adalah seperti berikut:
1,000,000,000
Dapat diperhatikan bahawa angka SATU BILION bersamaan dengan SERIBU JUTA yang mempunyai 9 bilangan angka sifar sekiranya mengikut Hukum Matematik sebenar. Benar bukan?
Kesimpulan
Kita sebenarnya menggunakan angka Sistem Piawaian Amerika pada hari ini apabila merujuk kepada angka satu bilion apabila membaca sesuatu data dan sebagainya. Kita terkeliru dengan bilangan angka sifar ini apabila merujuk nilai satu bilion. Oleh itu, dapat kita fahami kita menggunakan angka satu bilion bernilai 1,000,000,000 (9 angka sifar) pada hari ini walhal nilainya masih jauh dari nilai sebenar satu bilion iaitu 1,000,000,000,000 (12 angka sifar ataupun sejuta-juta). Nilai satu bilion yang digunapakai pada hari ini sebenarnya masih tidak mencukupi apabila mengikut Hukum Matematik sebenar.
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
20 comments:
nice info bro..
terbaeekk bro..
Dapat idea dari demo ni time tanya hari tu..hi3..tq
Saya masih tercari nama nilai selepas sejuta sejuta dalam Bahasa Melayu .. Biliun adalah pinjaman
Mi ... Million
Bi ... Million,Million
Tri .. Million,Billion
Quad Million,Trillion ...
Orang Melayu hanya ada JUTA je ke?
Bi sama tak dengan Dwi = Dwijuta, seterusnya apa?
Sistem sekarang guna saintifik dikira setiap ribu....
Yang diguna sekarang
Million = 10 kuasa 6 (M) Mega
Billion = 10 kuasa 9 (G) Giga
Trillion= 10 kuasa 12(T) Terra
Quintillion= 10 kuasa 18 (Q atau E) Exa
1 terra = 12 kosong(0)(13 digit)
Ada perkataan selepas juta iaitu LAKSAWAN yang sama dengan nama billion...
tanya najib..dia mesti tau billion2 ni..kacang je
tanya najib..dia tau billion2 berapa banyak..pak arab kepala bana yg derma..hahahaahaha
Good info. Tq
Terima kasih.
Juta juta sepatutnya trillion kan, (mono 9,by 12,tri 15,quad 18,pent 21,heks 24,hept 27,okt 30,non 33,deck 36 angka)
ty
rakyat malaysia tk merasa wang lebih dari juta, sbb tu takde bahasa melayu selepas juta, agahaha
same je sebenar nyr beza US dgn British sebutan angka jumlah same British 1ribu juta =} us 1bilon.. britsh 1ribu bilon =} us 1Quartilion... formal nyr dunia ikot sistem us so kite pon terikot lah us punya sebutaan angka
Betul betul betul
Thanks... 4 yours knowledge
9.9 billion pak arab bagi Jokowi apa citer
Terima kasih atas maklumat ini
Ok
Sama-sama.
Post a Comment