“Kenapa kita tidak menjadi kaya?”
Ini adalah kerana kita tidak memperkayakan diri kita sendiri. Setiap hari kita
bekerja untuk memperkayakan orang lain. Anak isteri kita bahkan seluruh
keluarga kita tidak membantu kita menjadi kaya. Sebaliknya mereka turut juga
membantu memperkayakan orang lain. Itulah nasihat Tok Guru Chef Li yang diceritakan
oleh beliau dalam bukunya Petunjuk Jalan Kekayaan. Dalam buku tersebut beliau
menceritakan terdapat 6 kunci kekayaan yang digariskan oleh beliau dalam
bukunya tersebut. Antaranya ialah :
Kunci
Kekayaan Pertama : Mempunyai Satu Usaha yang Mendatangkan Wang
Kekayaan adalah hasil pekerjaan
kita sendiri. Hasil dari sesuatu yang praktikal. Ia bukan hasil renungan atau
imiginasi. Ia bukan jatuh dari langit. Ia bukan durian yang runtuh di hadapan
kita. Ia bukan bulan jatuh ke riba.
Kita tidak menjadi kaya kerana kita
tidak memperkayakan diri sendiri. Sebenarnya, setiap pendapatan yang kita
perolehi dimasukkan ke kantung orang lain dan terhimpun menjadi kekayaan
mereka. Siapakah mereka? Mereka adalah orang-orang yang memenuhi keperluan
kehidupan kita. Kita membayar sebagai pertukaran untuk mendapatkan keperluan
tersebut.
Kunci
Kekayaan Kedua : Kekayaan Bermula Dengan Menyimpan Sebahagian Pendapatan Secara
Berterusan
Kita tidak akan kaya sampai mati
pun sekiranya kita tidak mula menyimpan. Kita perlu menyimpan sebahagian
daripada pendapatan kita. Walaupun kita hanya mendapat RM100 sehari, kita mesti
usahakan untuk menyimpan RM10, esoknya kita perlu menyimpan RM10 lagi. Ini
bererti kita akan menjadi lebih kaya sebanyak RM10 berbanding hari ini.
Begitu juga sekiranya kita sebagai
pekerja makan gaji. Andai kata kita menyimpan RM500 pada bulan ini. Masuk bulan
hadapan kita akan menjadi lebih kaya sebanyak RM500 berbanding bulan ini.
Kita perlu teruskan menyimpan
sehingga akhirnya kita lebih kaya daripada kawan-kawan kita yang tidak
menyimpan.
Kunci
Kekayaan Ketiga : Menggandakan Wang Kita Melalui Pelaburan yang Bersih dan
Menguntungkan
Menggandakan wang adalah
melaburkannya semula ke dalam perniagaan supaya keupayaan menyimpan kita
bertambah. Banyak jenis pelaburan yang boleh didapati pada hari ini. Kita dapat
mengenal pasti peluang yang ada di depan mata kita. Contohnya Amanah Saham
Nasional Berhad (ASNB) (Klik di Sini), Koperasi, dan sebagainya.
Sudah tentu pelaburan-pelaburan ini
bersifat jangka panjang. Tiada pelaburan pendek yang menjanjikan habuan segera.
Kunci
Kekayaan Keempat : Menunaikan Hak-hak Mereka yang Berhak
1. Membayar zakat.
2. Menggembirakan orang tua.
3. Menolong kaum kerabat.
4. Bersedekah (Klik di Sini).
5. Infaq.
6. Amal Jariah.
Kunci
Kekayaan Kelima : Jangan Berhutang dan Jangan Memberi Hutang
Jika kita berhutang ibarat kita
telah menyalakan benih api yang akan makan secara perlahan simpanan. Ibarat ‘Api
Dalam Sekam’.
Apabila kita memberi hutang ibarat
kita menyemai benih persengketaan yang akan bersemarak apabila si peminjam
tidak mahu atau gagal membayar balik hutangnya. Persengketaan yang berpanjangan
dengan rakan-rakan atau saudara mara juga akan memberi kesan kepada perniagaan
kita.
Justeru itu, sekiranya ada yang
mahukan pertolongan atau bantuan daripada kita berilah dalam bentuk sedekah,
hadiah, zakat atau infaq mengikut kadar yang kita layak ataupun mampu.
Kunci
Kekayaan Keenam : Berdoa, bertaqwa dan bertawakal
Berserah dirilah kepada Allah s.w.t
dengan penuh ikhlas dan tawadu’ setelah kita berusaha dengan
bersungguh-sungguh. Sentiasa berdoa kepada Allah agar setiap usaha kita
mendapat barakah.
Semoga kita dapat mengamalkan
kesemua perkara-perkara yang dianjurkan oleh Chef Li di dalam bukunya yang
bertajuk Petunjuk Jalan Kekayaan.
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment