Thursday, July 19, 2012

Dye Rambut : Ibadat Tidak Diterima

Hari ini trend ‘dye rambut’ menjadi sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat pada hari ini. Sekiranya dahulu pada tahun 1990-an, orang yang ‘dye rambut’ mereka sudah dianggap serong ataupun tidak mempunyai akhlak yang baik. Tetapi, pada hari ini ia sudah dianggap sebagai trend atau kebiasaan bagi seseorang. Nampaknya, dunia sudah terbalik pada hari ini.

Saya dapat melihat ramai orang yang ‘dye rambut’ mereka menggunakan dye yang bersifat kekal apabila berada di luar dengan masyarakat. Dye itu sendiri ada yang bermacam-macam jenis warna sehinggakan saya bertanyakan housemate saya suatu ketika dahulu yang dye rambutnya, “Ada tahi burung ke di atas kepala?” Persoalannya, apakah hukum ‘dye rambut’ itu sendiri?

Saya bukanlah nak sebut hukum ‘dye rambut’ itu sendiri walaupun terdapat cap halal pada bekas dye tersebut. Tetapi apa yang saya ingin sebutkan ialah bagaimana apabila kita mengangkat hadas besar ataupun hadas kecil sedangkan rambut kita masih ber ‘dye’. Kita harus ingat bahawa rambut juga merupakan salah satu anggota untuk menunaikan hadas sama ada kecil ataupun besar.

Sekiranya dye tersebut masih ada dirambut dan ia bersifat menghalang air. Ini sudah tentu hadas besar ataupun hadas kecil yang kita angkat tidak sempurna. Ini menyebabkan ibadat-ibadat yang lain khususnya ibadat wajib yang kita tunaikan adalah tidak sah. Sudah tentu ini akan membimbangkan kita kerana kewajipan yang kita tunaikan adalah tidak sah.

Bagaimanakah kita akan menghadap Allah s.w.t. sekiranya terus berkeadaan sebegini di Padang Mahsyar nanti? Wallhua’lam.

Sekian, terima kasih.

http://wankamarul701.blogpsot.com

No comments: