Amanah Saham Nasional (ASN)
ditubuhkan adalah berkait rapat dengan sifat bangsa melayu itu sendiri.
Sepertimana yang saya sebutkan sebelum ini iaitu pemilikan ekuiti bumiputera
(Klik di Sini) sebanyak 30% menjadi teras untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru
(DEB). Apabila saham iaitu tawaran awam permulaan atau Initial Public Offer (IPO) dijual kepada orang ramai ketika
syarikat berpindah daripada sendirian berhad kepada berhad atau syarikat berhad
mahu menambah modal atau menyusun semula struktur pemilikan melalui saham baru,
ia akan memperuntukkan sebanyak 30 peratus saham tersebut kepada bumiputera agar
pegangan saham bumiputera meningkat mengikut peredaran masa.
Masalah
Bumiputera
Apa yang menyedihkan ialah sebaik
sahaja saham ini diperuntukkan kepada Bumiputera, sesetengah mereka akan
menjualnya. Dan yang membelinya ialah orang cina kerana mereka bersedia
membayar harga lebih tinggi daripada harga IPO. Dalam suasana pasaran saham
yang baik, harga hampir semua saham IPO melonjak naik sebaik sahaja ia
disenaraikan dan terus meningkat buat beberapa waktu.
Oleh kerana ingin mendapat untung
mudah, golongan bumiputera menjual saham tersebut kepada spekulator cina.
Tambahan pula ramai bumiputera meminjam daripada bank untuk membeli saham-saham
IPO dan tidak mahu melambat-lambatkan bayaran balik pinjaman. Jadi, mereka
menjual saham berkenaan dan membuat sedikit keuntungan selepas tolak pinjaman
bank. Sesetengah orang cina yang inginkan saham tertentu membayar komisen atau
upa kepada bumiputera untuk memohon saham IPO bagi pihak mereka. Selepas
mendapat saham tersebut, tauke cina itu akan mengambil alih saham tersebut dan
membayar upah kepada bumiputera atas khidmatnya.
Amalan jual janji saham IPO ini
menjejaskan usaha menambah pemilikan bumiputera dalam sektor korporat.
Sekiranya keadaan ini terus berlaku, matlamat DEB tidak akan tercapai. Apa yang
lebih malang ia hanya akan menambah kekayaan orang bukan melayu.
Idea
Badan Pengurusan Saham Amanah Ditubuhkan
Bagi mengatasi masalah orang melayu
yang menjual saham-saham IPO yang diperuntukkan kepada meraka, maka sebuah
badan pengurusan saham amanah perlu ditubuhkan. Badan ini boleh membeli
saham-saham yang diperuntukkan kepada bumiputera di bawah DEB dan menjual
unit-unit saham ini kepada individu bumiputera. Sekiranya mereka ingin menjual
saham-saham ini, mereka hanya boleh menjual kepada pengurus saham amanah.
Dengan cara ini, saham tidak akan dijual kepada orang bukan bumiputera.
Gabenor Bank Negara ketika itu, Tun
Ismail Mohamed Ali diminta untuk menubuhkan sebuah tabung amanah bagi membeli
saham-saham bumiputera. Syaratnya ialah tabung ini memberi pulangan lebih
tinggi daripada simpanan tetap di dalam bank.
Lahirnya
Amanah Saham Nasional (ASN)
Tun Ismail kemudian menubuhkan
badan induk yang dikenali sebagai Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB). Sebanyak
RM200 juta diperuntukkan oleh kerajaan kepada badan ini. YPB kemudian menubuhkan PNB dan membiayainya
bagi membeli saham-saham yang dikhaskan kepada bumiputera. Saham-saham ini akan
dipindahkan ke sebuah tabung pengurusan saham yang dikenali sebagai Amanah Saham
Nasional (ASN) sebelum saham ini dijual kepada bumiputera. Dengan ini, pemegang
saham hanya boleh menjual balik unit-unit mereka kepada pihak PNB sahaja.
Langkah ini sudah tentu dapat mencegah daripada saham-saham yang diperuntukkan
kepada bumiputera jatuh ke tangan orang cina.
Amanah Saham Nasional (ASN) dilancarkan
secara rasminya pada 20 April 1981 oleh Perdana Menteri Ke-3, Tun Hussein Onn.
Adakah anda sudah membuat pelaburan
Amanah Saham Nasional (ASN) pada hari ini (Klik di Sini) ? Jika belum, buka
akaun anda sekarang pada hari ini.
Sekian, terima kasih.
Sumber.
1. Tun Dr. Mahathir Mohammad, 2012. Doktor Umum : Memoir Tun Dr.
Mahathir Mohammad. Berita Publishing
Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment