Wednesday, January 5, 2011

Pertanyaan ASB

Assalamualaikum w.b.t.

Saya ingin bertanyakan Tuan mengenai Amanah Nasional Berhad (ASB). Bagaimanakah ingin melabur dalam ASB dan bolehkan Tuan memberi sedikit pandangan.

Hatmi (bukan nama sebenar)

Jawapan:

Waalaikumusalam w.b.t. Terima kasih di atas pertanyaan saudara.



1. Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan pelaburan yang disediakan oleh pihak kerajaan khas untuk golongan bumiputera . Peratus dividen dan bonus tahunan ASB ini ialah antara 7-10% setahun. Untuk tahun 2010 yang terbaru dividen dan bonus ialah 8.75%.

2. Untuk membuat pelaburan ini, anda boleh melabur sehingga RM200,000 (RM1 seunit). Terdapat sebahagian ramai orang yang membuat pinjaman peribadi atau pinjaman ASB yang disediakan oleh pihak bank bagi membuat pelaburan ini. Contohnya, apabila anda melabur dengan pinjaman RM100,000 , anda boleh mendapat pulangan RM8,750 setahun ( dividen + bonus tahunan 8.75%).

3. Anda boleh membuat pinjaman peribadi atau potongan gaji untuk membuat pelaburan ini. Sekiranya anda ingin membuat potongan gaji, sila berurusan dengan jabatan sumber manusia jabatan anda. Sekiranya anda ingin membuat pinjaman peribadi, anda boleh membuatnya sekarang. Sebaik-baik hutang adalah mempunyai tempoh 1 hari sahaja. Tetapi anda boleh membuat pinjaman dalam tempoh 4-5 tahun. Jangan terlalu lama sehingga 20 tahun kerana anda sudah tentu mempunyai komitmen lain pada masa akan datang.

4. Semoga info ini dapat menambah pengetahuan saudara dalam pelaburan untuk masa hadapan. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.


8 comments:

wan rul magic puppet said...

salam...kalau dalam akaun a.s.b sy ader rm2500...boleh tak sy ambil rm 1500???

wankamarul701 said...

Boleh.Tiada masalah. Cuma duit tidak boleh diambil semasa urus niaga ditutup pada akhir tahun untuk pengiraan dividen. Terima kasih.

Unknown said...

salam, kalau saya baru setahun simpan boleh n dalam akaun saya mempunyai rm2000 bole kew kalau saya keluar kan rm1900? dan boleh kew saya masuk kan semula rm1900 dimasa lain. sebab saya perlu menggunakan duit sekarang.. tq

Unknown said...

salam, saya masih belum cukup setahun mempunyai akaun asb. boleh kew kalau saya nak keluarkan duit dari akaun asb saya? sebab saya perlu kan duit sekarang. terima kasih

wankamarul701 said...

Saudara muhammad ikhwan zainal. Boleh sangat. Tiada masalah.

Cik Lipstik said...

saya mempunyai simpanan dalam asb sebanyak 10k.berapakah pendapatan keuntungan yang akan saya perolehi pada hujung tahun

ameddungun said...

saya hendak menyimpan kepada acaun asb isteri saya tetapi tidak menggunakan buku...hanya menggunakan nombor ahli dan kad pengenalan....boleh kee tuan

Unknown said...

Aslm adakah akan berlaku kerugian sekiranya saya ingin menjual unit saham asb yang masih belum matang..dari pinjaman bank