Wednesday, October 30, 2013

Demam Cool Blog


Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.

Pada masa sekarang orang sibuk bercakap tentang Cool Blog. Alih tak alih saya pun terkena dengan tempias Cool Blog. Apa tidaknya rakan-rakan pejabat saya sendiri pun terkena demam Cool Blog apabila lot kedai pejabat saya telah disewa untuk membuka kedai ini. Saya bukanlah biasa minum-minum ais blended ini. Setakat minum Milo Ais ataupun Tea Ais bolehlah. Saya pun pernah minum air Cool Blog ini. Itupun disebabkan kenalan saya yang belanjakan. Airnya murah sahaja iaitu hanya RM2.50 satu. Terima kasih kepada kenalan yang membelanja saya.

Cool Blog di Bangunan Pejabat Saya di Bandar Sri Damansara

Dalam banyak-banyak perniagaan berniaga air merupakan perniagaan yang menghasilkan keuntungan margin keuntungan terbesar. Apatah lagi sekiranya dijual berhampiran dengan sekolah-sekolah kerana pelajar-pelajar dikatakan gemar minum air ini. Oleh itu, saya cuba risik-risik di dalam Google untuk melihat berapakah keuntungan yang boleh dijana daripada membuka perniagaan francais ini. Sebenarnya, Cool Blog ini bermula di Singapura sejak tahun 2005 lagi dan beroperasi di Malaysia pada tahun 2009 selepas mendapat status halal. Apabila saya membuka laman rasmi Cool Blog, kos modal yang diperlukan untuk membuka kedai ini adalah berjumlah RM118,000 iaitu :

Yuran Lesen : RM20,000 (Nama pun francais kan)

Deposit pembelian : RM10,000 (Dipulangkan selepas tamat perjanjian)

Khidmat konsultan : RM1,280 sebulan

Ubah suai kedai : RM35,000

Peralatan : RM30,000

Bunting, flyers, etc. : RM8,000

Deposit sewa : RM15,000 (bergantung kepada sewa)

Jumlah Keseluruhan : RM118,000

Saya dapati dalam blog-blog menceritakan bahawa keuntungan hasil daripada berniaga ais blended Cool Blog ini boleh mencapai RM5,000 sehari pada hujung minggu dan purata jualan adalah RM2,500 sehari (1,000 gelas sehari). Maknanya dalam sebulan, sesebuah kedai boleh menjana pendapatan RM75,000 sebulan. Kebiasaannya dalam perniagaan 80% adalah kos overhead (perbelanjaan) dan 20% adalah keuntungan. Sekiranya demikian, maka untung bersih adalah dalam RM15,000 sebulan. Ini bermakna dalam masa 10 bulan modal akan diperolehi semula. Alangkah hebatnya berniaga perniagaan francais ais blended ini!

http://wankamarul701.blogspot.com

20 comments:

Anonymous said...

salam en..sy berminat dgan perniagaan ni..tapi sy tak tahu nk bermula dari mana.saya memang kosong dalam bidang perniagaan..

Unknown said...

hi..
saya berminat dengan perniagaan ini tapi saya tak de pengalaman langsung. boleh beri panduan atau tips-tips ..

thanks

Unknown said...

hi,
saya berminat dengan perniagaan ini tapi saya tiada pengalaman dan pengetahuan berkaitan denagn perniagaan ini.
boleh beri panduan dan tips2 untuk memulakannya.

thanks

Wanjb said...

nak mulakan perniagaan vending mechine X?incone pasif dan modal yang agak rendah
try www.duitmesinair.blogspot.com

Anonymous said...

jika berminat berniaga dgn modal permulaan yg kecil serta income pasif tiap2 minggu,boleh cuba tengok di blog
www.duitmesinair.blogspot.com

Anonymous said...

Berapa modal sendiri utk mohon biz coolblog?

Anonymous said...

Email sy khilfy.aniq@gmail.com utk tawaran beli bisnes coolblog

woman in black said...

saya berminat tapi tak ada model dan pengalaman.

Unknown said...

Salam en sy minat nk buat kedai sy dah beli
boleh sms sy 0139003434

Unknown said...

Salam en sy berminat..kedai sy dah beli..boleh sms saya 0139003434

Mohd Fauzi Bin Seman said...

Assalamualaikum wbt...saya amat berminat dengan perniagaan cool blog ni...saya memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan daripada encik.....blh sms atau whatsup sy di talian 0132505889

Unknown said...

0139755227...sy btul2 brmnat ngn cool blog...mcm nk dpt untk cool blog...skrg ni st prnjual ice blend

Unknown said...

kalau berminat untuk berniaga coolblog atau memiliki kiosk coolblog. sy boleh bantu I.allah hubungi sy.. 0134140591

Unknown said...

Assalamualaikum wbt...
Kepada sesiapa yg sedang mencari tapak tanah yg sesuai serta strategik utk Pembinaan Stesen Minyak..Ada 2 Lot Tanah yg benar2 sesuai yg ingin dijual dgn kadar segera...Tanah Tepi Highway P.Puteh-Machang,Kelantan...1) Tanah 2.129 Ekar = RM 650k , 2) Tanah 3.348 Ekar = RM 950k....
* Jadi,kepada sesiapa yg benar2 b'minat utk memiliki @ m'dapatkn maklumat lanjut mengenai tanah ini sila lah hubungi sy dgn seberapa segera di talian 01117932937 @ 0142935797 (En.Fakhrul).......
* Sekian,terima kasih...

Kapten Matematik said...

Saya masih berminat... Adakah tawaran ini masih ada

Anonymous said...

Sy pun

Anonymous said...

Sesiapa yg ingin deco rumah dari a to z dengan harga yg sgt murasah atau ingin membina rumah blh hubungi saya linda 01110635654/0199796296

Lys said...

Saya berminat tetapi dgn perlukan modal byk tu.. cmne nk wt loan ea..

franora said...

cuba cari partner loan
cntoh 4 org. sorh loan 50k. tpi tmpt kne strategic. 01136728792 boleh calling2

Unknown said...

Saya berminat utk bisnes ini... Berapa kos utk buka satu kiosk?