Assalamualaikum
w.b.t. dan Selamat Sejahtera.
Kita perlu menjadi pakar dalam bidang kita yang ingin
kita ceburi. Apabila kita menjadi pakar dalam sesuatu bidang, maka orang
sanggup berapa sahaja harganya untuk kita walaupun seseorang itu tiada wang
kerana mereka sangat berpuas-hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Apa yang ingin saya disebut di sini ialah sikap pomen
kereta di mana saya selalu servis di kedainya. Pengalaman beliau sangat luas di
mana beliau telah berkhidmat di Syarikat Borch di Jerman selama 8 tahun banyak
memberi manfaat kepada beliau untuk menguruskan bengkelnya. Apabila saya
membuat servis di kedainya, banyak perkara yang dapat dipelajari mengenai
kereta supaya saya ditipu di bengkel-bengkel kereta yang lain. Walaupun bayaran
yang dikenakan oleh kedainya adalah agak tinggi saya amat berpuas-hati apabila
membuat servis di bengkelnya.
Apa kemahiran yang ada miliki? Setiap orang ada kemahiran
walaupun tidak mendapat pendidikan tinggi. Ambil contoh mudah iaitu Syed
Mokhtar al-Bukhary. Beliau belajar tidak sampai hingga ke menara gading tetapi
beliau amat mahir dalam perniagaan. Lihat sahaja semasa krisis kewangan berlaku
dalam tahun 1997/98 di mana banyak perniagaan khususnya orang-orang melayu yang
rata-ratany berpendidikan tinggi gagal bertahan namun perniagaan beliau masih
utuh sehingga ke hari ini.
Brian Tracy : Trainer dan Speaker Bertaraf Dunia
Siapa motivator dan penulis terkenal dalam pembangunan
sumber manusia dan organisasi di dunia pada hari ini? Tidak lain dan tidak
bukan ialah Brian Tracy di mana beliau juga merupakan jurulatih yang pakar dalam
bidang jualan. Beliau telah mengadakan seminar dan workshop di 61 negara di
seluruh dunia. Beliau juga berjaya membantu 4 juta orang mencapai tujuan hidup
mereka. Mengapa beliau berjaya dan terkenal? Kerana beliau amat pakar dalam
bidang yang diceburinya iaitu dalam bidang kejurulatihan.
Apa cita-cita anda? Apakah hala tuju hidup anda? Adakah
anda ingin sekadar pergi kerja 8.00 pagi dan balik pukul 5.00 petang dan tunggu
hujung bulan dapat gaji bayar hutang? Adakah anda ingin menjadi penulis blog atau
buku terkenal? Adakah anda ingin mahir dalam selok-belok bidang hartanah dan
seterusnya menjadi agen hartanah terkenal di Kuala Lumpur? Adakah anda ingin
menjadi cikgu kimia terkenal di Kuala Lumpur? Atau anda ingin menjadi taukeh
emas yang terkenal di pekan anda? Pakar menjual kek dan kuih? Tepuk dada tanya
selera.
Saya juga melihat kedai-kedai tayar dan motorsikal yang
besar di mana orang ramai akan datang ke kedai-kedai tersebut setiap hari. Saya
fikir tentu tentu mereka memperolehi pendapatan bersih 5 angka sehari. Mereka
boleh berjaya kerana mereka amat mahir dalam bidang servis mereka.
Sekiranya anda mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang
dan ia boleh menjadi sumber rezeki untuk anda, jangan menahan kehendak dan
keinginan anda kerana itu nilai-nilai yang serasi dengan jiwa kita untuk
mencapai kejayaan dan kepuasan dalam hidup kita. Anda boleh mempelajarinya
secara perlahan-lahan. Belajar secara perlahan-lahan itu baik daripada langsung
tidak mempelajari sesuatu bidang yang anda ingin ceburi.
Saya terfikir mengenai perkara ini ialah apabila setelah
3 tahun mengendali blog ini. Pada mulanya saya ingin membuat iklan tuisyen
matematik. Akan tetapi, menulis formula-formula matematik dengan menggunakan
komputer adalah lambat dan leceh. Sejak artikel pertama saya ‘menabunglah’
kerana malas nak menulis formula-formula matematik di blog, saya mendapat
kata-kata semangat dari rakan-rakan terdekat saya, saya terus menulis dan
menulis di blog ini sehinggalah saya menjadi blogger terkenal (kata orang)
sehinggakan boleh masuk majalah disebabkan blog ini.
Sekiranya saya terus membuat cara-cara atau tips menjawab
soalan matematik tambahan dari dahulu, sudah tentu ramai yang akan berguru
dengan saya sejak 3 tahun lepas. Oleh itu, saya membeli scanner untuk membuat blog baru saya untuk mengiklankan tuisyen matematik tambahan serta cara-cara
menyelesaikan sesuatu soalan matematik tambahan. Saya berazam untuk tidak
membiarkan sehari berlalu tanpa membuat latihan matematik tambahan. Pendek
kata, kita harus bertiqamah dan komited apabila membuat sesuatu yang sesuai
dengan jiwa kita. Jangan halang jiwa dan cita-cita kita.
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment