Assalamulaikum w.b.t. dan Selamat
Sejahtera.
Selepas pembukaan Kota Konstantinopel
oleh Sultan Muhammad al-Fateh, baginda ingin memilih imam untuk bagi mengetuai
solat Jumaat di Masjid Aya Sophia yang telah ditukarkan daripada gereja kepada
masjid. Sultan Muhammad al-Fateh mencadangkan agar Syeikh Syamsudin al-Wali
menjadi imam lalu gurunya berkata, “Carilah orang yang lebih bertaqwa antara
kamu untuk dijadikan imam." Sultan Muhammad al-Fateh keluar ke
kawasan lapang di depan masjid itu. Kemudian baginda menyuruh semua tenteranya
berdiri lalu berkata, “Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan
sembahyang fardhu lima waktu, sila duduk!”
Didapati bahawa tiada seorang pun
duduk menandakan bahawa semua tentera al-Fateh tidak pernah meninggalkan solat
fardhu lima waktu.
Kemudian baginda berseru lagi, “Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib, sila
duduk!”
Didapati bahawa separuh tentera
baginda telah duduk selepas itu.
Kemudian baginda bertanya lagi, “Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat tahajud, sila duduk!”
Didapati semua yang berdiri telah
duduk melainkan baginda seorang sahaja iaitu Sultan Muhammad al-Fateh sendiri.
Semenjak akil baligh, baginda tidak pernah meninggalkan solat lima waktu, solat
rawatib dan solat tahajud.
“Tuanku yang paling layak menjadi
imam,” kata Syeikh Syamsudin al-Wali.
Inilah sebaik-baik raja yang digelar oleh Nabi
Muhammad s.a.w. iaitu Sultan Muhammad al-Fateh yang
bukan sahaja tidak pernah meninggalkan solat fardhu 5 waktu tetapi juga tidak
pernah meninggalkan solat tahajud.
Sekiranya soalan pertama diajukan
kepada kalangan kita pada hari ini, saya percaya rata-rata semua orang sudah pun duduk
dan tidak layak menjadi imam di Masjid Aya Sofia ketika itu.
Persoalannya, bagaimanakah kita boleh
membentuk diri kita agar mendirikan solat 5 waktu sehari semalam setiap hari?
Solat merupakan perkara fardu bagi setiap muslim. Sekiranya solat tidak
didirikan maka amalan-amalan yang lain adalah sia-sia sahaja sekiranya
diamalkan. Contohnya, masyarakat hari ini memang ramai berpuasa akan tetapi
masih gagal untuk menunaikan solat fardu 5 waktu sehari semalam. Bahkan lebih
malang lagi ada orang yang boleh menunaikan solat terawih tetapi tidak menunaikan
solat Isyak. Dimanakah silapnya pemahaman masyarakat pada hari ini? Boleh
mengamalkan amalan-amalan sunat tetapi dalam masa yang sama meninggalkan solat
fardhu. Tepuk dada tanya diri sendiri.
Baiklah, cara mendidik diri kita agar
kita menunaikan solat fardu 5 waktu sehari semalam setiap hari ialah kita perlu memaksa diri kita supaya
menunaikan solat 5 waktu setiap hari selama 40 hari berturut-turut. Inilah
cara paling ampuh untuk kita mendidik atau mentarbiah diri kita untuk
menunaikan solat fardu 5 waktu penuh setiap hari.
Bak kata Imam al-Ghazali, “Amalan yang
dipaksa yang dilakukan secara berterusan akan menimbulkan keikhlasan di hari.”
Oleh itu, cuba paksakan diri kita supaya menunaikan solat fardu 5 waktu setiap
hari terutama sekali solat subuh. Petua untuk menunaikan solat subuh ialah satu
sahaja iaitu tidur awal dan jangan sesekali tidur lewat malam kerana sekiranya
kita tidur lewat alamatnya sukarlah kita untuk bangun menunaikan solat subuh.
Imam Hassan al-Banna juga berwasiat
iaitu dirikan solat 5 waktu pada awal waktunya dengan cara apa sekalipun. Ini
adalah kerana apabila kita mendirikan solat 5 waktu pada awal waktunya, kita
telah membentuk disiplin diri kita supaya tidak melengah-lengahkan solat.
Cara mendidik diri kita agar
menunaikan solat fardhu setiap hari ialah membiasakan
diri dengan melakukan solat-solat sunat setiap hari seperti solar dhuha,
solat rawatib dan sebagainya. Dengan ini apabila kita sudah terbiasa tidak
meninggalkan solat sunat, maka kita akan menunaikan solat fardhu dengan cara
apa sekalipun tidak kira sama ada diri kita sakit atau sesibuk keadaan mana
sekalipun diri kita.
Mudah-mudahan tip-tip ini menjadi
panduan kepada kita agar dapat menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam.
Wallahua’lam.
4 comments:
Tkasih. Tip yg amat berguna dn berkesan
Insya-Allah
Terima kasih.
Apa kata dapatkan Jam Azan sebagai salah satu kaedah untuk anda solat pada awal waktu. Ada suara azan bila masuk waktu. Mudah kita nak alert bila masuk waktu. Boleh dapatkan Jam Azan disini www.JamAzan.com
Post a Comment