Pada kali ini, saya ingin berkongsi cerita mengenai perangkap hutang oleh pengunjung blog saya yang bernama Ali (Bukan nama sebenar). Semoga ia dapat memberi pengajaran kepada kita semua.
Saya
ingin menceritakan bagaimana saya boleh terjebak dengan hutang ini.
Saya didatangi agen kad kredit yg
menyatakan kalau kita tidak menggunakan kad tersebut kita tidak perlu bayar.
Saya hanya menyimpan sahaja kad tersebut. Sekiranya saya sesak ketika suatu
tempoh nanti, saya boleh menggunakannya kelak. Akhirnya, saya mempunyai satu
kad kredit yang saya tidak gunakan selama beberapa bulan. Walaupun saya tidak
menggunakan kad kredit tersebut, saya juga berasa teruja untuk menggunakan kad
tersebut. Melalui katalog yang dipromosikan yang dihantar bersama penyata
kewangan kad kredit, saya membeli al-Quran digital sebanyak 4 set dan sebuah
laktop kerana laktop lama sudah rosak. Saya juga terpedaya dengan peraduan
Reader’s Digest dan membeli barangan melalui kad kredit.
ii. Berjinak
Pula dengan Hutang Maybank
Saya langsung tidak memohon kad
kredit Maybank tetapi mendapat tawaran tersebut bersama prepaid tol zing. Saya
langsung tidak menggunakan kad kredit tersebut selama setahun. Pada suatu
ketika, saya diarahkan menghadiri KIK Peringkat Kebangsaan dan duit poket saya
hanyalah RM5. Saya juga tidak dapat kupon makanan untuk menikmati hidangan di
program tersebut. Saya cuba ke Maybank berhampiran dan cuba keluarkan wang
tunai tetapi gagal dan perlu mengambil kata laluan kad tersebut dari Maybank
tempat saya bekerja. Sejak hari itu,saya gunakan kad kredit Maybank untuk
membeli tepung, gula, beras dan keperluan asas yang lain di pusat membeli
belah. Saya cuba keluarkan wang tunai tetapi gagal. Kemudian, saya menghubungi
Maybank untuk mengetahui cara mendapatkan tunai. Rupa-rupanya baru saya tahu
bahawa digit tersebut perlu ditekan sebiji-sebiji dan tidak boleh memilih
butang pilihan RM200/RM300/RM500 dan sebagainya. Saya berasa semakin ghairah
apabila dapat membeli-belah di tempat yang tidak menawarkan perkhidmatan kad kredit
untuk membeli.
iii.
Terperangkap Pula dengan Hutang Citibank
Saya masih tidak mendapat kad
kredit Citibank dan tidak mahu menambah hutang walhal saya pernah memohon kad
tersebut suatu ketika dahulu di pusat membeli-belah Parkson. Tidak semena-mena
pihak bank menghantar bil kad kredit. Kemudian, saya menghubungi pihak bank dan
akhirnya mereka menarik balik bil tersebut.
Walhal saya sudah bertekad tidak
mahu menambah hutang lagi iaitu dengan menambah hutang dengan pihak Citibank,
namun saya akhirnya terperangkap juga dengan hutang ini. Hendak dijadikan
cerita, saya membuka akaun sosial Facebook
dan dapat bertemu semula dengan rakan-rakan sejak belasan tahun dahulu secara
‘maya’. Bekas rakas sekelas saya menghadapi kewangan kritikal. Kena halau dari
rumah sewa, menyorok kereta untuk mengelak daripada ditarik, kena buang kerja,
isteri minta cerai dan tiada sumber untuk memberi anak-anak makan. Dia bukanlah
sahaat baik saya tetapi hanya kenalan biasa sahaja.
Saya bersimpati dengannnya dan
memberi pertolongan seboleh mungkin sehingga sampai satu peringkat saya
terpaksa menjual suratkhabar untuk mengisi minyak. Saya bawa bekal ke pejabat
dan tidur di surau sahaja apabila menjelang tengah hari. Kedua-dua kad kredit
iaitu Bank Islam dan Maybank telah mencapai had maksimum. Apa yang lebih
memeningkan kepala saya ialah apabila terpaksa ke luar kawasan sebagai wakil
jabatan untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat tertentu. Itu belum ditambah lagi
dengan belanja makan pemandu saya apabila ke luar kawasan.
Akhirnya saya terpaksa ‘mengalah’
kepada diri saya sendiri untuk membuat hutang lagi dengan menghubungi pihak
Citibank supaya menghantar kad kredit dengan SEGERA. Sekarang kad kredit
Citibank saya sudah mencapai tahap maksimum. Sekarang, diri saya masih dibelenggu
dengan hutang kad kredit. Apabila saya menulis mengenai masalah kewangan di
laman sosial Facebook mengenai
panggilan daripada pihak pembekal kad kredit iaitu bank yang menuntut hutang
tertunggak, tiada seorang pun yang membeli maklum balas terhadap status
tersebut walhal mereka pernah melayan dengan baik terhadap saya suatu ketika
dahulu di laman sosial tersebut. Saya ibarat keseorangan sekarang.
Urutan
Bagaimana Ali Boleh Terjebak dengan Hutang
Kata-kata Nabi Muhammad SAW riwayat
at-Tabrani iaitu, “Berhati-hatilah kamu dalam berhutang kerana hutang itu
menimbulkan kerisauan di malam hari dan kehinaan di waktu siang.” Jika kita
membaca hadis ini, ia memang tetap relevan dengan kehidupan kita dunia moden
pada hari ini walhal ia telah disebut 1,400 tahun lalu oleh Nabi junjungan
kita. Ada yang mengatakan hutang itu ibarat kencing manis, jika terluka sedikit
habis terus merebak.
Contoh cerita di atas adalah realiti
yang berlaku pada hari ini seperti yang diceritakan oleh pengunjung blog saya.
Bermula dengan hutang kad kredit Bank Islam, Maybank dan akhirnya dengan
Citibank. Di sini, terdapat tiga hutang yang perlu diselesaikan. Secara
mudahnya, kadar faedah kad kredit merupakan kadar faedah yang paling tinggi
bagi pihak bank kerana kadar faedahnya ialah 1.5% sebulan atau 18% setahun ke
atas baki kini semasa. Pihak bank mengaut keuntungan laba yang besar melalui
pinjaman kad kredit dan ia merupakan killer
product meraih keuntungan yang besar saban tahun.
Jika kita melihat pada awalnya,
beliau tidak berniat langsung untuk membuat hutang kad kredit dengan Bank Islam
dan sekadar sebagai kecemasan jika keadaan terdesak. Akan tetapi, beliau
akhirnya terperangkap dengan promosi yang ditawarkan. Perlukah kita membuat kad
kredit sebagai langkah kecemasan? Jawapannya adalah tidak perlu. Apa yang boleh
kita lakukan ialah memperuntukkan sebahagian kecil pendapatan kita untuk tujuan
kontigensi atau kecemasan. Peruntukkan RM100 – RM300 sebulan dari pendapatan
kita untuk kecemasan. Sekiranya kita tidak menggunakan bulan tersebut, kita
perlu menyimpannya sekiranya ada waktu lain berlaku kecemasan. Simpanan ini
akan bertambah dari semasa ke semasa selagi kita tidak menggunakan duit
tersebut. Ingat, duit kecemasan tidak boleh diusik dan ia bukanlah duit
simpanan atau duit pelaburan.
Ramai orang sebenarnya yang saya
pernah berjumpa bahawa pada mulanya mereka berhajat untuk menggunakan kad
kredit untuk waktu kecemasan sahaja atau untuk membeli minyak petrol sahaja.
Akan tetapi, lain cerita pula yang terjadi kerana mereka menggunakan kad kredit
tersebut sehingga tahap maksimum dengan membeli perkara-perkara yang tidak
sepatutnya.
Keadaan menjadi bertambah buruk
lagi apabila beliau menggunakan kad kredit Maybank untuk membeli keperluan
asas. Apa yang lebih buruk lagi ialah beliau menggunakan wang tunai dari kad
kredit untuk membeli-belah. Anda harus ingat bahawa kadar caj yang tinggi
dikenakan sekali kita mengeluarkan wang tunai menggunakan kad kredit.
Contohnya, kita dikenakan caj RM50 apabila mengeluarkan wang tunai sebanyak
RM1,000 atau 5 peratus bagi setiap pengeluaran dibuat.
Usahlah kita menolong diri orang
jika diri sendiri masih belum ditolong. Jika kita memberi hutang kepada orang
orang lain, kita ibarat telah menyalakan api permusuhan kerana kita mengambil
risiko sendiri sekiranya hutang yang diberikan kepada orang lain tidak
berbayar. Anda seharusnya tidak memberi pertolongan kepada orang lain
sehinggakan ia mencekik tekuk diri anda di mana anda terpaksa menjual surat
khabar untuk mengisi minyak petrol. Saya fikir anda ini memang seorang rakan
yang sejati tetapi menolong janganlah sehingga menggugat kebahagiaan diri kita
sendiri.
Akhirnya, beliau terperangkap
dengan tiga hutang kad kredit – Bank Islam, Maybank dan Citibank – di mana
ketiga-tiga kad kredit ini telah mencapai tahap maksimum. Kita tidak perlu
bimbang. Sekiranya rumah yang besar telah runtuh sekalipun, kita boleh
membinanya semula walaupun tidak seperti dahulu kerana itulah kelebihan yang
diberikan oleh Tuhan kepada hambaNya iaitu berfikir untuk menyelesaikan masalah
yang timbul di sekeliling kita.
Selesaikan
Hutang Kad Kredit Sekarang
Hutang tetap hutang. Kita tidak
boleh mengelak daripada masalah. Sekiranya kita cuba mengelak jua, masalah akan
datang juga. Ini dapat diperhatikan apabila pihak Bank Islam sering menghubungi
beliau bagi menuntut hutang kad kredit. Oleh itu, cuba selesaikan masalah
hutang kad kredit tersebut. Sekiranya kita terus membiarkan hutang kad kredit
tersebut, cajnya akan terus naik dari bulan ke bulan. Antara langkah-langkah
yang boleh
dibuat ialah :
i.
Membuat Hutang Peribadi atau Personal
Loan
Membuat Hutang Peribadi atau Personal Loan adalah langkah paling mudah dan cepat bagi menyelesaikan masalah kad kredit. Mungkin kadar faedah pinjaman peribadi adalah sebanyak 4.99 peratus setahun berbanding hutang kad kredit iaitu sebanyak 18 peratus setahun ke atas baki kini. Cara ini paling mudah dan cepat. Buat sahaja pinjaman peribadi kemudian selesaikan semua hutang-hutang lama. Tetapi keburukan kaedah ini ialah adakah kita betul-betul menggunakan wang pinjaman peribadi setelah memperolehi wang tunai tersebut contohnya mendapat RM40,000 dalam sesuatu masa? Saya bimbang sekiranya kita menggunakan wang tersebut untuk membeli perkara-perkara yang sepatutnya. Akibatnya, lubang hutang kita semakin bertambah dan membuatkan kita semakin tertekan. Kaedah juga tidak melatih diri kita untuk mengawal hutang kita seolah minda kita menjadi ‘Hutang Sahaja yang Dapat Selesaikan Hutang.’ Sebenarnya, ilmu sahaja yang dapat selesaikan masalah hutang dan bukannya hutang yang boleh menyelesaikan hutang. Sekiranya kita masih menggali lubang, berhentilah menggali lubang sekarang.
Tawaran ini sebenarnya bersyarat di
mana kita perlu membayar ansuran tetap selama 12 bulan berturut-turut tanpa
gagal. Sekiranya gagal dalam tempoh tersebut maka kadar faedah sebanyak 18
peratus setahun seperti biasa akan dikenakan dan tawaran yang diberikan ditarik
balik sekiranya gagal. Tawaran ini adalah menarik dan memerlukan disiplin yang
tinggi. Apa yang boleh buat ialah kita ambil sahaja gunting dan potong semua
kad kredit kita miliki supaya kita tidak menggunakannya lagi. Ini dibimbangi
kita menggunakan kad kredit lama di mana baki lamanya sudah dipindahkan ke
akaun kad kredit bank lain.
Akan tetapi, pihak bank sudah tentu
sentiasa mencari peluang untuk membuat keuntungan daripada pelanggan-pelanggan
mereka. Terdapat tipu muslihat daripada pihak bank sebenarnya apabila membuat
pindahan baki kad kredit. Ini adalah dengan kad kredit baru, kita akan
dibekalkan dengan had kredit yang lebih tinggi. Dibimbangi kita akan
menggunakan semula had kredit baru yang diberikan untuk membeli-belah. Pendek
kata, bakar sahaja atau buang sahaja dengan kad kredit yang ada dalam dompet
kita. Kita perlu bersifat ‘kasar’ atau ‘keras’ ke atas kewangan kita supaya ia
memberi pulangan yang baik kepada kita.
Ini adalah pendekatan secara rohani
ataupun keagamaan. Apa yang boleh buat ialah kita sentiasa menunaikan solat
hajat supaya Dia dapat memberi petunjuk bagi menyelesaikan hutang-hutang kita.
Sekiranya kita berniat baik untuk membuat sesuatu, Insya-Allah Dia akan
mempermudahkan urusan kita.
Saya juga mempunyai rakan yang
dikelilingi hutang sekeliling pinggang. Beliau menceritakan bahawa beliau
menunaikan solat hajat secara bersungguh-sungguh ketika itu. Akhirnya,
isterinya memperolehi pekerjaan yang mempunyai pendapatan yang lebih baik dan
beliau berasa lega kerana sedikit-sebanyak dapat menyelesaikan
hutang-hutangnya.
Kita juga jangan meninggalkan Solat
Dhuha kerana solat ini adalah solat kunci rezeki. Saya mempunyai seorang rakan
yang beliau menceritakan emak saudaranya tidak pernah putus rezeki walaupun
sudah lama bersara. Ini adalah kerana berkat mengamalkan Solat Dhuha setiap
hari. Mudah-mudahan kita dikurniakan dengan kemurahan rezeki dengan mengamalkan
solat ini setiap hari untuk menyelesaikan masalah hutang-hutang kita.
Kesimpulan
Kita jangan pula ingin lari dari
masalah hutang kad kredit. Pihak-pihak bank akan mencari kita hatta sehingga
lubang cacing sekalipun. Ada orang yang ingin melarikan diri daripada ‘diburu’
pihak bank apabila tidak membayar kad kredit. Akan tetapi, dia tidak dapat
berbuat apa-apa apabila pihak bank datang ke pejabatnya dan akhirnya pinjaman
kad kredit tersebut dijadikan pinjaman long
term dan perlu dibayar secara ansuran setiap bulan. Oleh itu, cuba
selesaikan masalah hutang kad kredit hari ini.
Hutang-hutang ini sebenarnya
memerlukan disiplin tinggi untuk diselesaikan. Mungkin 2 – 3 tahun ataupun
lebih bergantung kepada diri kita sendiri. Apa yang lebih penting ialah
kurangkan hutang kita dari semasa ke semasa. Jangan biarkan diri kita ini hamba
kepada hutang selagi kita tidak melawan atau mencegahnya. Insya-Allah jiwa akan
tenang sepanjang masa.
22 comments:
Kad kredit sbnrnye adalah kemudahan yg diberikan oleh bank kepada pengguna.Namun penyalahgunaan k.kredit menyebabkan pengguna tersebut terjebak dlm perangkap hutang.K.kredit mengajar kite berdisiplin dlm membelanjakan duit.So sblm memohon sebarang k.kredit pastikan anda sudah bersedia dari mental 100%.itu pndgn sy.
dari segi penceritaan, saya boleh bayangkan pengguna kad kredit ini adalah seorang yang tidak berilmu dan tidak bertanggungjawab. Point paling penting bila berhutang adalah
1) dah pinjam kene bayar balik, bayar minimum pn jadilah, kalau ada duit lebih bayar banyak atau buat full payment - ini namanya tanggungjawab
2) sebelum buat sesuatu, bukan setakat perlu berfikir, ilmu pn kene ada jugak, study kaji tanya, bunyi mungkin kasar, tp terus terang sy kata, kalau ada bodoh tu jgn tunjuk semua sekali, simpan sikit, ilmu kene cari, x tau x faham, tanya, jgn menyombong bajet tau semua - ini adalah kepentingan mencari ilmu
3) kad kredit adalah kad yang mewakili jumlah duit dlm akaun dan juga kemampuan anda untuk bayar balik, dari segi nafsu, ye ia akan menyebabkan anda berhutang bawak ke mati, jadi jgn bodoh, fikir sebelum swipe, tapi dari segi security, kad kredit adalah lebih bagus sbb ada pihak ke 3 iaitu credit card provider yg akan monitor, jadi kalau ada masalah fraud atau pun unauthorized usage, ada org yg boleh bantu utk reject transaction, tp kalau anda guna debit card atau cash, paling koman pn boleh buat report polis je, duit? err toksah tanye, ada rezeki dpt balik, xde kalu, anggapla sedekah
Terima kasih atas nasihat tuan.
Saya baru sahaja potong kreadit kad untuk elakkan penggunaan seterusnya.kini dlm mode membayar hutang.
Good post.Really helps.
Hello,
Saya Encik Maurice yang disahkan, yang berwibawa, yang sah & pemberi pinjaman wang yang diiktiraf. Saya pinjaman wang kepada orang yang memerlukan bantuan kewangan. Adakah anda mempunyai kredit yang tidak baik atau anda memerlukan wang untuk membayar bil? Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan waris dipercayai seperti yang kita akan gembira untuk menawarkan anda pinjaman pada kadar faedah 2%.
HUBUNGI EMAIL: mauricefinance@hotmail.com
Alhamdulillah....lepas baca post ni terus potong kad kredit.
saya pun pernah terjebak dgn kad kredit ni ..tapi Alhamdulillah..skrg ni saya dh tak guna kad kredit..blanjer sume dlm tunai jer skrg ni..itu lagi mendisiplinkan diri saya..kerana saya lebih beringat dlm berbelanja..
Pokok pangkal ialah displin..sebab tu org dpt pinjaman ptptn ramai tak bayar sbb anggap tu pemberian percuma..sy pengguna kad kredit beberapa tahun tp alhamdulillah bebas hutang kad kredit..sy jarang bwk cash banyak sejak duit dlm wallet sy pernah dicuri, jd slalu isi petrol atau beli belah dgn kad kredit atau debit tetapi dalam kemampuan utk membayar dlm masa terdekat..dlm masa seminggu sy akan buat pembayaran..sy juga kerap outstation dan memerlukan sy book hotel dgn kad kredit..kalau dapati wallet anda hilang, segera kol bank utk sekat kad anda..bg sy kad kredit bkn jalan mudah utk membelanjakan wang..berbelanja la ikut kemampuan anda..dan displin kn diri utk bayar secepat mungkin..kad kredit bkn alasan utk berhutang sesuka hati,tp sebagai medium pembayaran sementara..
Solusi masalah ekonomi. Insha Allah. alhikmah7@yahoo.com
sama juga saya, walu sikit sgt saya guna, tetapi ianya mengganggu pikiran saya. akibat customer lewat bayar, terpaksa mendahulukan diri sendiri.lama-kelamaan sendiri rasa terbeban. sedangkan saya x de masalah kewangan
kadar interest sangat membebankan ....tempoh bayaran balik juga terlalu singkat...memang cukup membebankan
Saya kad kredit bukan utk hal peribadai..tp guna utk modal peniagaan untung bayar balik.. Cuma kalo org yg beli saje2 bayar lewat tu la masalahnya
Saya akan mengikut jejak membatalkan kad kredit bank islam kerana service peringatan supaya kita membayar hutang agak melampau. Dulu sekadar call mengingatkan yang kita ada hutang tertunggak. skrg siap suruh janji utk bayar, berulang2 telefon menyebabkan kita rimas. Hakikatnya setiap kelewatan akan menyebabkan bank beroleh keuntungan kerana ada interest yang dicaj. tapi mereka asyik menelefon masa mesyuarat, masa memandu malah selepas waktu pejabat. Hakikatnya saya tidak pernah gagal membayar hutang tapi tak dinafikan ada kelewatan. walaubagaimana pun jika bayaran minimun adalah RM96.00 saya akan membayar RM1000.00 malah saya merupakan pemegang kad sejak tahin 2000. dah 17 tahun!
Kad kredit tidak salah malah sebenarnya agak bagus sebagai 'jaminan kewangan' di kala kecemasan atau pun tidak. Yang salah adalah pengguna itu sendiri sama ada dia menyedari akibat daripada keculasan membayar dan berbelanja mengikut nafsu. Sebagai salah seorang pengguna, (pernah juga boros tapi mampu selesaikan jumlah baki dengan buat pekerjaan kedua dan ketiga. Haha). Sebaiknya gunakan kad kredit utk berbelanja runcit atau apa saja asalkan tidak melebihi dari pendapatan bersih dalam akaun simpanan (gaji). Contohnya dalam simpanan ada rm1000 je, so sbb nak standby cash (in case) guna kad kredit sama ada 1000 atau kurang lebih selamat walau had kredit anda rm20k sekalipun. Ini menunjukkan pengguna itu berbelanja mengikut kemampuan dan pendapatan bersih semasa. Paling penting bayar dalam tempoh faedah bebas (kebykkan 20 hari) dari tempoh anda swipe. Jadikan kemudahan kad kredit memudahkan urusan seharian bukannya menyusahkan kehidupan akan datang.
Saya baru saja memiliki 2 kad kredit tahun ini. Satu dipohon dan satu lagi ditawarkan. Saya hanya menggunakan 1 kad. Baru 2 kali penggunaan dan keduanya saya bayar penuh apabila penyata bil sampai. Saya beranggapan kalau byr penuh, saya takkan terbeban dngn caj interest bank. Tambahan pula saya gunakan kad kredit hanya byran hotel apabila diluar kawasan dengan niat tak mahu bawa cash terlalu byk. Saya harap saya tidak cpt tergoda utk gunakan kad kredit saya bg tujuan yg tak sepatutnya.
Saya akui masa muda-muda dulu agak jahil tentang kewangan. Guna kad kredit semahunya sehingga hidup jadi tak menentu. Kesedaran tu ada, cuma tak nampak jalan. Ada satu ketika saya memiliki sehingga 4 kad kredit.
Pengalaman mendewasakan kita. Kini kewangan saya terkawal. Saya dalam proses mengumpul asset, nak cover balik kesilapan dulu. Kini hanya memiliki 2 kad kredit platinum. Tapi sejak 2 tahun ni, kad kredit platinum Citibank hanya boleh waive 50 % untuk Annual Fee, saya akan batalkan kad kredi ini dan gantikan dengan kad kredit platinum dari Maybank yang memberikan free Annual Fee.
Kad kredit sangat membantu dalam urusan kewangan kalau kita tahu menggunakannya dengan bijak.
Jika Kita tidak pernah guna Dan hanya siman..Ada bayaran tersembunyi Tak...
setelah 3 tahun menggunakan kad kredit, akhirnya kad saya mencecah kredit limit rm5500.. saya berusaha membayar setiap bulan tetapi masih tetap menggunakannya dan baki kad masih dalam lingkungan rm5k.
pada tahun ke4, saya mengambil keputusan nekad utk patahkan kad kredit saya.
kini, setelah hampir 10 bulan mematahkan kad, baki hutang kad kredit saya hanya tinggal rm1k ++ dan saya akan cuba melangsaikan hutang ini pada tahun ini... yang penting kena disiplin utk kawal perbelanjaan bulanan dan fokus utk bayar kad kredit
bila dapat gaji, saya terus transfer untuk membuat pembayaran kad kredit.
harap saya dapat melangsaikan hutang ini dengan segera
ada...service charges ...tahunan
Sy tidak pernah mggunakan kdua2 kad kredit bank Islam ttp mereka mengenakan kad itu fee Dan sy trpaksa mmbyr rm250 utk kdua2 kad
Boleh ke baki kad kredit maybank guna balance transfer maybank juga?
lebih 20 tahun saya guna kad credit 2 bank terkenal. YG penting Kita pandai mengurus kewangan.
Sudah Batalkan Ke Masih Guna Lagi?
Post a Comment