Berita Harian melaporkan bahawa
Bank Negara akan mula memperketatkan syarat pembiayaan kepada orang ramai
berkuatkuasa 1 Januari 2012 di mana pembiayaan yang diberikan adalah mengambil
kira pendapatan bersih seseorang pemohon. Pendapatan bersih ini adalah dikira
selepas ditolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Potongan Cukai
Berjadual (PCB), tanggungan hutang-hutang lain dan kemampuan peminjam membayar
balik pinjaman mereka. Berlainan sebelum ini di mana pihak institusi kewangan
hanya mengambil kira pendapatan kasar sahaja.
Di samping itu, implikasi atau
kesan ke atas pemohon ke atas produk sesuatu pembiayaan akan dimaklumkan oleh
pihak institusi kewangan. Ini adalah termasuk jumlah bayaran balik yang perlu
diselesaikan oleh peminjam, kadar faedah yang dikenakan sepanjang tempoh
pembiayaan, dan kesan kadar faedah ke atas pembiayaan yang diambil. Garis
panduan ini akan dikenakan ke atas semua produk pembiayaan seperti pembiayaan
rumah, kenderaan, kad kredit, pinjaman peribadi, overdraf dan pembelian saham
tertentu.
Bagi pembiayaan kereta pula, tempoh
pembiayaan maksimum yang diperkenalkan adalah sehingga 9 tahun di mana ia
adalah setara dengan jangka hayat bagi sesebuah kenderaan.
Bank Negara memaklumkan bahawa
langkah baru ini diperkenalkan supaya pihak institusi kewangan akan menjadi
lebih berhemah, telus dan bertanggungjawab dalam memberikan pembiayaan kepada
orang ramai. Sehingga akhir tahun 2011, jumlah hutang isi rumah adalah sebanyak
RM74.4 bilion dengan majoriti pembiayaan tersebut adalah untuk membeli
kenderaan dan rumah.
Bagi saya, langkah yang
diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan langkah yang baik bagi
mengawal hutang isi rumah rakyat Malaysia. Saya dapat perhatikan bahawa ramai
orang yang suka membuat pinjaman sehingga had maksimum hanya sekadar untuk
membeli kenderaan idaman atau sekadar untuk ‘suka-suka’ sahaja. Semoga langkah
yang diperkenalkan oleh BNM boleh mengawal hutang isi rumah rakyat Malaysia.
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment