Artikel sebelum ini saya menulis
mengenai sebab tarikh kemerdekaan Tanah Melayu adalah pada 31 Ogos 1957 (Klik di Sini) dan ada menyebut sepintas lalu mengenai Sultan-sultan Tanah Melayu
ketika itu meminta bantuan Khilafah Uthmaniah bagi menghadapi kemaraan
penjajahan British. Pada kali ini, saya ingin menulis secara terperinci tentang
Sultan-sultan Melayu ketika itu dalam usaha meminta bantuan Khilafah Uthmaniah.
Sumber penulisan ini saya petik daripada sumber penulisan Hizbul Tahrir
Malaysia (HTM). Buku teks Sejarah Peradaban Dunia yang kita pelajari sewaktu
dibangku sekolah dahulu tidak menceritakan perkara ini. Oleh itu, wajar kita
ketahui mengenai perkara ini. Berikut adalah sejarah sebenar mengenai apa yang
berlaku di Negeri-negeri Tanah Melayu ketika itu.
i.
Kerajaan Melayu Riau-Lingga
Yamtuan
Muda Kerajaan Melayu Riau-Lingga ketika itu iaitu Raja Ali Kelana ke Turki pada 1883, 1895 ,1899 dan
1913 minta bantuan Khalifah perangi Belanda dan bebaskan dunia Melayu dari
penjajah, yang telah menjatuhkan beliau dari takhtanya kerana sikapnya yang
anti-Belanda. Beliau bekerjasama dengan Sheikh Ahmad
al-Fathani untuk menyatukan Melayu dengan Khilafah Uthmaniah. Namun, misi Raja Ali itu gagal kerana Khilafah Uthmaniah
ketika itu amat lemah untuk mempertahankan negeri-negeri di bawah naungannya. Raja
Ali Kelana kemudian membawa diri ke Johor dan dilantik oleh Sultan Johor
sebagai Syeikhul Islam sehingga beliau meninggal dunia pada 1927.
ii. Negeri Sembilan
Pada tahun 1892, Syed Hamid iaitu Tunku Besar Tampin
dan Penghulu Inas, meminta bantuan panglima tentera laut Khilafah yang melawat
Singapura ketika itu agar membantu umat Islam di Tanah Melayu dan mengusir
British. Akhirnya, British mendesak Majlis Mesyuarat Negeri menyingkir beliau
sebagai Penghulu Inas tetapi Pihak British tidak berani mengambil tindakan ke
atas beliau kerana beliau merupakan tokoh yang penting.
iii. Sungai Ujong
Pembesar-pembesar Sungai Ujong ketika itu iaitu Datuk
Kelana dan Datuk Bandar bergaduh kerana ingin merebut kawasan perlombongan biji
timah. Kemudian, Datuk Kelana lawat Gabenor Singapura dan pada 21 April 1874,
menandatangani persetiaan menerima perlidungan British dan meletakkan Simpang
dan kawasan-kawasan dari Simpang ke Permatang Pasir di bawah kuasa British.
Datuk Kelana kibar bendera British dan ia disambut dengan Sekumpulan orang kibar bendera Khilafah telah
kelihatan untuk menentang bendera British yang dikibarkan oleh Dato Kelana, dan
mencerminkan gerakan Pan-Islam yang dilancarkan oleh Khilafah Uthmaniah.
Tanggal 10 Oktober 1874, Datuk Bandar lancarkan penentangan terhadap Datuk
Kelana tetapi Datuk Kelana menang dengan bantuan British. Akhirnya, Sungai
Ujong dijajah British.
iv. Pahang
Pada Julai 1892, Dato’ Menteri Pahang telah melakukan
perbincangan di Singapura dengan Sir Cecil Clementi Smith, Pesuruhjaya Tinggi
Britain. Sir Cecil mendakwa punca kekacauan di Pahang adalah kerana seorang
Sayid Arab menjelajah negeri-negeri selatan minta pemimpin-pemimpinnya menandatangani
dokumen minta bantuan Khalifah di Turki untuk mengusir Britain keluar dari
Tanah Melayu.
v.
Kelantan, Terengganu, Patani dan Kemboja
Pada 1890-an, Sheikh Wan Ahmad Fathani pergi ke
Istanbul untuk suarakan keinginan Muslim bersatu dengan Khilafah. Beliau telah
menemui dan berbincang dengan para pemimpin Khilafah di Istanbul menyebabkan
Khilafah telah menghantar 2 orang perutusan rasmi. Bangsa
Melayu menyimpan harapan yang tinggi bahawa Daulah Khilafah (Khilafah Uthmaniah)
akan mampu melindungi mereka dan menyelamatkan mereka dari penjajahan Eropah.
Sheikh Wan Ahmad ditugaskan oleh Khalifah untuk ke nusantara bagi meninjau
keadaan penjajahan Belanda di Indonesia dan Inggeris di Tanah Melayu. Seorang daripadanya pergi ke Patani dan singgah di
Bangkok merundingkan perkara ini dengan pegawai-pegawai Siam sementara seorang
lagi pergi ke Kelantan dan singgah di Singapura merundingkan perkara yang sama
dengan Inggris. Rancangan ini tidak berjaya kerana Barat terutama Inggeris
begitu kuat mempengaruhi politik orang Melayu dan cubaan itu tidak berhasil. Sheikh
Wan Ahmad akhirnya meninggal dunia pada 1908.
Di Terengganu, ketika Peperangan Dunia Pertama
meletus, ulama’ Terengganu
berkobar-kobar untuk nyatakan sokongan mereka terhadap Khilafah ketika perang. Keyakinan
Melayu bahawa Khilafah akan menang kuatkan semangat Terengganu untuk menolak
penasihat British walaupun mereka diugut oleh Pihak British.
Kesimpulan
Dapat kita fahami di sini bahawa Negeri-negeri Melayu
sebenarnya meminta bantuan daripada Khilafah Uthmaniah di Istanbul bagi
menghadapi penjajahan British. Walaupun Kerajaan Uthmaniah tidak dapat
memberikan bantuan kepada Negeri-negeri di Nusantara, hubungan yang wujud di
antara Khilafah dan Alam Melayu amat bermakna untuk kita renungi dan fahami.
Sepertimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. , “Imam (Khalifah) adalah laksana
perisai yang dibelakangnya kamu berperang dan mendapat perlindungan.”
Wallahua’lam.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment