Saya terpanggil untuk menulis entri
kali ini mengenai NGO Kaum Cina pada kali ini kerana saya dikhabarkan bahawa
terdapat sebuah sekolah cina di Johor yang mempunyai dana sebanyak RM3 billion
atau RM3,000 juta ringgit (Ya, dana sebanyak RM3 bilion bagi satu buah
sekolah). Sekilas pandang apabila mendengar cerita terebut, saya merasakan
bahawa fakta tersebut mungkin tersilap dan sekiranya betul sekalipun mungkin ia
hanya mungkin omong-omong kosong. Tetapi setelah berfikir dua kali cerita
tersebut mungkin benar kerana melalui pembacaan saya, pertubuhan-pertubuhan
Cina memang berpengaruh dan mempunyai kekuatannya tersendiri.
Debat Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng
adalah menurut A Kadir Jasin adalah debat antara Barisan Nasional (BN) dan
Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya antara debat antara MCA dan DAP. Ini adalah
kerana orang cina akan memilih parti mana yang boleh menganjak kaum cina ke
tahap lebih tinggi. Orang cina tetap bersatu dalam hal-hal yang menyentuh
kepentingan bangsa mereka. Mereka lebih mengutamakan strategik untuk jangka
masa panjang berbanding orang melayu seperti penguasaan ekonomi dan kedaulatan
bahasa, budaya dan pendidikan Cina. Saya berasa sinis dengan siri pertama debat
tersebut kerana ramai orang menguar-uarkan bahawa Lim Guan Eng mengatakan
bahawa mengapa DAP ingin menentang hukum hudud yang dilaksanakan oleh orang
Islam kerana itu adalah hak mereka walaupun dicabar oleh Chua Soi Lek.
Hakikatnya, Lim Guan Eng mahupun pemimpin-pemimpin DAP tetap menentang hudud.
Menurut Rizuan Rahman dalam bukunya
Berubah Untuk Malaysia Baru,
pertubuhan-pertubuhan NGO Melayu kebiasaannya ia dipelopori oleh tokoh politik
dan ia tidak akan kekal lama. Pertubuhan NGO seperti ini adalah lebih
bermatlamat untuk mendapatkan penyokong dan seterusnya mereka ini diharap
memberi sokongan kepada mereka untuk menghadapi pilihan raya. Sebenarnya, ini
bukanlah matlamat sesuatu NGO ditubuhkan iaitu bagi mendapat sokongan individu
bagi menghadapi pilihan raya. Matlamat sebenar sesebuah NGO adalah untuk
berjuang untuk memperbaiki persekitarannya. Membuat resolusi dan mendesak parti-parti
politik mengambil berat desakan tersebut.
Ini dapat dilihat melalui
Pertubuhan NGO Melayu suatu ketika dahulu iaitu Kongres Kepentingan Bangsa
(KPB) yang dipelopori oleh Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Pertubuhan ini
dtubuhkan bagi menyatukan suara bangsa melayu bagi mengadapi cabaran dari kaum-kaum
lain yang semakin kuat mendesak kepentingan politik mereka. Malangnya, Kongres
ini hanya bertahan beberapa ketika sahaja iaitu ketikan Barisan Nasional (BN)
terlalu kuat selepas menguasai 9/10 parlimen pada PRU-11 tahun 2004. Kemudian,
kongres ini terus hilang apabila selepas PRU-12 tahun 2008 apabila BN mulai
lemah. Kemudian, muncul pula NGO Perkasa ketika BN berada dalam keadaan terlalu
lemah. Pertubuhan Perkasa ini sama sahaja dengan KPB tetapi caranya agak
agresif kerana menyerang sesiapa sahaja yang mempersoalkan hak keistimewaan
orang melayu. Dapat dilihat bahawa Pertubuhan NGO Melayu hanya bersifat ad hoc atau sementara bagi meraih
sokongan politik.
Berlainan pula dengan Pertubuan NGO
Cina di mana pertubuhan ini merupakan pertubuhan NGO yang sebenar di mana
mereka berjuang membaiki persekitarannya. Dari pertubuhan pendidikan seperti
Dong Xio Zhong kepada pertubuhan yang memperjuangkan hak sivil kaum cina.
Pertubuhan-pertubuhan ini banyak kali mendesak pemerintah memperbaiki kebajikan
kaum cina. Mahu atau tidak kerana kuatnya suara pertubuhan berkenaan maka
banyak desakan mereka direalisasikan oleh kerajaan. Tambahan pula, pertubuhan mereka lebih
terorganisasi daripada kaum melayu dan india dan oleh sebab itu permintaan kaum
mereka dipenuhi dahulu oleh Kerajaan berbanding pertubuhan kaum-kaumlain.
Kita boleh melihat penempatan kaum
cina di mana kawasan persekitaran penempatan tersebut agak sempurna walaupun
terletak di daerah yang kecil. Terdapat kemudahan-kemudahan asas seperti dewan
orang ramai, padang permainan, tapak perkuburan, jalan raya, saliran dan
kemudaha air serta dan elektrik yang lengkap. Berbanding dengan kawasan
perkampungan orang melayu, sudah tentu ia mungkin jauh berbeza daripada
dilengkapi kemudahan-kemudahan asas ini. Begitu juga dengan penempatan kaum
india di mana saya pernah melihat penempatan kaum india di Ipoh dan keadaannya
amat daif sekali. Kehebatan Pertubuhan Cina dapat dilihat sewaktu Kerajaan
berkeras mewajibkan semua sekolah mengajar subjek Matematik dan Sains dalam bahasa
Inggeris di mana Sekolah Cina diberi kelonggaran.
Tun Dr. Mahathir dalam memoirnya
menceritakan bahawa sewatu beliau menjadi Menteri Pelajaran, dia hanya
menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Kerajaan lebih lengkap dan menarik.
Sekolah Cina bantuan Kerajaan pula tidak diberikan dana secukupnya untuk dinaik
taraf dengan harapan supaya ibu bapa cina menghantar anak-anak mereka ke
Sekolah Menengah Kerajaan yang lebih lengkap. Namun, sebaliknya pula berlaku di
mana orang-orang cina menyahut cabaran tersebut dengan mengumpul dana untuk
sekolah aliran cina. Akhirnya, sekolah menengah aliran cina lebih baik daripada
Sekolah Menengah Kebangsaan. Begitulah kuatnya semangat orang cina dalam
memperjuangkan nasib pendidikan sekolah aliran mereka.
Pertubuhan NGO
Melayu pula suka membuat tuntutan yang besar seperti ingin menguasai ekonomi,
menjadi Tuan dan tidak toleran dengan bangsa lain. Semua ini tidak dapat
dipenuhi dalam persekitaran masyarakat majmuk. Oleh yang demikian, Kerajaan
hanya boleh berjanji tetapi tidak menunaikan.
Tuntutan Hindraf juga melampau
walhal perkara pokoknya hanya berkisar kepada dua perkara – 150,000 anak Kaum
India yang lahir di Malaysia tidak mempunyai kad pengenalan dan penempatan Kaum
India tidak mempunyai kemudahan asas. Dua perkara ini sebenarnya boleh
dibincang dan didesak oleh parti-parti politik secara berkala dan teratur.
Akhirnya, tuntutan kaum ini dipenuhi selepas PRU 2008 di negeri-negeri pakatan
pembangkang.
Sepatutnya pertubuhan-pertubuhan
NGO perlu memperjuangkan hak asasi kaum masing-masing supaya semua kaum dapat
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Perjuangan kaum melayu dan india
sepatutnya lebih realistik dan menjauhi tuntutan pertubuhan pendesak seperti
Perkasa dan Hindraf kerana tidak berpijak kepada realiti untuk mewujudkan
keharmonian kaum di negara ini.
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment