Hutang dan Simpanan memainkan
peranan utama dalam memberi kesan kepada aliran tunai kita. Kadang-kadang kita
juga dilema apabila memikirkan dua perkara ini : Adakah ingin membayar hutang
dahulu atau membuat simpanan sahaja? Kadang-kadang bergantung kepada individu
apabila dilema dua perkara ini. Sesetengah orang suka membuat hutang sehingga
tahap ‘maksimum’. Sesetengah orang masih tidak membuat hutang dan sentiasa
menambah simpanan mereka dari bulan ke bulan. Bergantung kepada gaya hidup dan
cara pemikiran individu masing-masing.
Apa yang ingin saya sebut di sini
adalah apabila kita langsung tidak membayar hutang. Apa yang kita buat ialah
menambah simpanan kita dari semasa ke semasa tanpa memikirkan bayar balik
hutang-hutang kita. Apakah akan terjadi? Sudah tentu kadar faedahnya akan bertambah
dari semasa ke semasa. Sedar tidak sedar hutang anda makin bertambah. Ini tidak
memberi makna dari segi pengurusan kewangan kepada anda kerana kadar faedah
yang semakin naik dari bulan ke bulan seolah-olah telah ‘makan’ simpanan anda.
Katakan sampai suatu tempoh anda merasakan ingin membayar hutang-hutang lama
anda, sedar tidak sedar anda mungkin terpaksa membayar dengan harga yang tinggi
untuk kadar faedah sahaja suatu masa nanti. Oleh itu, cuba buat penyelesaian
terhadap hutang-hutang anda mulai hari ini.
Cuba listkan apakah hutang-hutang anda yang ada pada hari ini. Tidak
kira sama ada hutang rumah, kereta, pendidikan, peribadi / keluarga dan
sebagainya. Selepas anda listkan semua hutang-hutang anda, buat pengiraan baki
yang tinggal setiap hutang anda. Cuba lihat secara terperinci senarai
hutang-hutang anda adakah hutang yang masih belum pernah dibayar? Ini mungkin terutamanya
bagi hutang dengan ahli keluarga atau hutang pinjaman pendidikan. Sekiranya
masih ada hutang yang belum dibayar, peruntukkan sedikit pembayaran selepas ini
sekiranya masih tidak mampu untuk membayar bulanan dengan jumlah yang besar
apatah lagi secara lump-sum.
Lama-kelamaan hutang anda semakin berkurang dengan membuat kaedah ini.
Insya-Allah.
Untuk simpanan pula, saya telah
menyebut formula untuk menyimpan sebelum ini (Klik di Sini). Gunakan prinsip
ini iaitu Prinsip Sendal Baji untuk menambah simpanan anda dari semasa ke
semasa. Lama kelamaan simpanan anda semakin meningkat. Anda harus ingat bahawa
perkara asas dalam pengurusan kewangan ialah menyimpan. Sekiranya anda langsung
tidak menyimpan, anda sebenarnya masih lemah dalam mengurus kewangan anda.
Simpanlah walaupun sedikit mulai sekarang andai kata kita tiada ruang langsung
untuk menyimpan kerana banyak komitmen untuk dibayar setiap bulan.
Ada yang mengatakan bahawa pada
hari ini terdapat dua jenis hutang iaitu hutang yang baik dan hutang yang tidak
baik. Hutang yang baik ialah hutang yang memberi pulangan dividen yang lebih
tinggi daripada kadar faedah pinjaman yang dikenakan ke atas produk kita ambil.
Hutang yang tidak baik pula ialah hutang yang akan memufliskan kita kerana
membeli perkara-perkara yang tidak sepatutnya dengan wang pinjaman yang
diperolehi. Bagi saya, hutang yang baik dan tidak baik itu sama sahaja. Ia
hanya untuk menambah beban kewangan kepada kita untuk membayar setiap bulan. Sebenarnya,
kita boleh menjadi kaya tanpa menggunakan pertolongan orang lain khususnya bank.
Tuhan memberikan akal untuk kita berfikir untuk menambah simpanan atau kekayaan
kita dari semasa. Dengan disiplin dan ketekunan kita untuk menyimpan, tidak
mustahil kita boleh menjadi kaya suatu hari nanti.
Apa yang penting ialah kita perlu
tahu mengawal cash flow tunai kita.
Kurangkan hutang dan tambahkan simpanan. Insya-Allah rezeki berkat hati akan
tenang.
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment