Assalamualaikum w.b.t. dan Salam
Sejahtera.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan batin diucapkan kepada pembaca-pembaca blog saya sekalian. Tibanya bulan Shawal merupakan tanda kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa di Ramadhan. Tibanya bulan ini, muslim bersama muslim yang lain akan bermaaf-maafan antara satu sama lain terhadap kesilapan yang lalu dan ‘memperbaharui’ semula ukhwah mereka. Begitulah yang berlaku saban tahun.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan batin diucapkan kepada pembaca-pembaca blog saya sekalian. Tibanya bulan Shawal merupakan tanda kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa di Ramadhan. Tibanya bulan ini, muslim bersama muslim yang lain akan bermaaf-maafan antara satu sama lain terhadap kesilapan yang lalu dan ‘memperbaharui’ semula ukhwah mereka. Begitulah yang berlaku saban tahun.
Islam terdiri daripada 5 rukun
utama dan salah satunya ialah berpuasa di bulan Ramadhan. Sekiranya ada
hari-hari puasa yang ditinggalkan sama ada secara ada secara sengaja ataupun
tidak kita perlulah menqada’kannya atau mengantikannya pada hari lain.
Sekiranya kita tidak sempat menggantikan sebelum kedatangan bulan Ramadhan
berikutnya, maka fidyah akan dikenakan berserta dengan puasa yang digantikan.
Nilai fidyah ini akan berganda sekiranya kita masih belum menggantikan puasa
tersebut tahun demi tahun.
Apakah maksud fidyah sebenarnya? Fidyah
merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat
mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya
bulan Ramadhan tahun berikutnya. (www.e-zakat.com.my)
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB
. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan
puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari
yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau
tahun, maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan. (www.e-zakat.com.my)
Kadar fidyah dikira berdasarkan
kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar
tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat.
Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan
berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya. Ada pendapat yang mengatakan
bahawa ia boleh dibayar secara wang tunai. (www.e-zakat.com.my)
Bak kata Saidina Umar al-Khattab - Hitunglah
amalan kamu sebelum dihitungkan pada akhirat kelak. Saya bimbang sekiranya jika
seseorang meninggal dunia dia masih belum menqada’ segala puasa-puasanya yang
masih belum ditunaikan apatah lagi dengan fidyah yang masih belum dibayar. Saya
pernah diceritakan oleh seorang kenalan yang mengatakan bahawa ahli keluarganya
meninggal dunia dan masih belum menggantikan puasa-puasanya yang lalu. Apa yang
menjadi masalah ialah ahli keluarganya tidak mengetahui berapakah jumlah puasa sebenar
yang ditinggalkannya. Semoga ia menjadi pengajaran kepada kita semua.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment