Tuesday, August 14, 2012

Pertanyaan : Perlukah Pembiayaan Semula Perumahan Dibuat?

Assamualaikum w.b.t. Apabila sudah membaca post ini, terasa tersilap la pula. Saya beli sebuah rumah lelong RM44,000 dengan pembiayaan RM40,000 selama 25 tahun ansuran RM250. Ada penyewa, saya kenakan RM320 bulanan. Adakah perlu dan bolehkah saya buat pembiayaan semula ke tempoh 20 tahun untuk elakkan membayar lebih? Harap boleh bantu. Terima kasih.
-Azman

Wsalam w.b.t. Terima kasih diucapkan ke atas Tuan Azman kerana meluangkan masa untuk membaca artikel di blog ini. Semoga Tuhan mengurniakan rezeki yang melimpah ke atas Tuan Azman.

Berbalik kepada pertanyaan Tuan iaitu sama ada ingin membuat pembiayaan semula pinjaman perumahan Tuan. Sekiranya diperhatikan bahawa Tuan membuat pinjaman sebanyak RM40,000 (RM4,000 telah dibayar dengan 10% pendahuluan) selama tempoh 25 tahun dengan ansuran bulanan sebanyak RM250 sebulan. Ini bermakna Tuan perlu membayar kepada Pihak Bank sebanyak RM75,000 iaitu hampir dua kali ganda dari pinjaman asal sebanyak RM40,000. Ramai yang tidak sedar mengenai perkara ini apabila mengikat pinjaman tempoh lebih 20 tahun adalah ibarat seperti menghadiahkan sebuah rumah kepada Pihak Bank.

Tetapi Tuan sekarang sedang membuat pelaburan dengan memberi sewa rumah tersebut kepada orang lain dan bukannya menduduki rumah tersebut. Rumah tersebut akan menjadi liabiliti apabila kita menggunakan duit gaji bulanan sendiri setiap bulan bagi membayar pinjaman bank. Tuan sekarang sudah mempunyai ‘pekerja’ yang akan membayar ansuran bank setiap bulan dengan untung bersih Tuan ialah RM70 sebulan (RM320-RM250) atau RM21,000 selama 25 tahun. Ini bermakna Tuan boleh memperolehi rumah percuma selepas pembiayaan bank habis dibayar. Sekiranya Tuan tidak membuat pembiayaan sekalipun, Tuan masih menikmati untung bersih ke atas rumah sewa tersebut. Pembiayaan semula adalah sesuai sekiranya Tuan menduduki rumah tersebut kerana perlu membayar setiap bulan. Sekiranya, dibuat pembiayaan semula juga, dibimbangi ansuran bank bertambah dan menjadi lebih tinggi daripada nilai sewa rumah tersebut kerana marginnya akan menjadi kecil atau mungkin tiada dan terpaksa menunggu beberapa tahun lagi sekiranya ingin memastikan nilai sewa akan naik.

Namun begitu, sekiranya Tuan ingin menjadi pelabur hartanah secara serius. Tidak salah sekiranya untuk membuat pembiayaan lebih cepat. Ini adalah kerana pelabur hartanah kebiasaannya mempercepatkan habis bayar balik pinjaman pertama untuk mendapatkan pinjaman perumahan seterusnya bagi membeli rumah yang kedua dan berikutnya. Ini bergantung kepada strategi Tuan.

Setakat ini dahulu pandangan dari saya. Sekian, terima kasih.

http://wankamarul701.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

salam tuan, saya wan , berbaloikah rumah pinjaman kerajaan direfianance dgn bank, sesetengah kata untung sb harga rumah melonjak, baki hutang saya tinggal 180k, rumah itu saya sewakan .

wankamarul701 said...

Tak pasti kadar faedah pinjaman bank dan kerajaan saudara.

Harga rumah tetap naik dan ia bergantung kepada strategi anda.

Terima kasih.