Kita
digalakkan untuk menyimpan wang yang diperolehi hasil daripada pendapatan atau
gaji kita. Namun timbul persoalan pula bagaimanakah dengan simpanan kita yang
terlalu banyak itu? Jika mengikut perspektif agama, walaupun kita memiliki duit
yang banyak sekalipun di dalam bank, ia belum tentu menjadi rezeki kita selagi
kita tidak menggunakannya. Apa yang dinamakan rezeki sebenarnya ialah apabila
kita menggunakan duit tersebut. Sekiranya ditakdirkan kita mati sekalipun,
semua duit kita akan menjadi harta pusaka kita dan ia bukan milik kita lagi. Apa
yang menjadi harta kita ialah sedekah yang dikeluarkan atau apa yang kita infakkan.
Perkara-perkara ini yang akan menjadi amalan kebajian kita yang tidak terputus
sekiranya kita meninggal kelak.
Saya
tertarik dengan kata-kata penceramah semasa Program Penghayatan Ramadhan
baru-baru ini. Beliau berkata jangan ikut cara beliau. Ini kerana beiau
menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa melainkan apa yang beliau ada
sekarang. Ramai rakan-rakan beliau yang membuat pelaburan sana-sini sehinggakan
ada seorang rakan beliau yang mempunyai rumah sebanyak 17 buah sahaja di Shah
Alam dan ini belum dicampur rumah-rumah di negeri lain walhal anaknya hanya
seorang sahaja. Saya terpaku dengan sifat kesederhanaan yang ditunjukkan oleh
beliau.
Ada
orang terlalu boros sehinggakan menggunakan semua duit pendapatan atau mendapat
durian runtuh. Mereka terpengaruh dengan pemikiran bahawa sekiranya mati
sekalipun, mereka mungkin tidak sempat ‘menjamah’ duit tersebut. Bagi saya
sekiranya menggunakan semua duit pendapatan sekalipun, ia dinamakan membazir
kerana berfikiran bahawa seolah-olah tiada hari esok. Bukankah kita ditegah
untuk membazir?
Dapat
kita tidak perhatikan di sini bahawa kita janganlah menyimpan semua duit kita
dan jangan pula membelanjakan semua duit kita. Hanya yang perlu kita lakukan
pastikan kedua-duanya seimbang. Belanja sebahagian untuk keperluan dan meyimpan
sebahagian untuk hari esok. Kita tidak tahu apa yang terjadi pada diri kita
pada hari esok. Jika kita perhatikan Surah Yusuf, secara literalnya al-Quran
menunjukkan bahawa kita bahawa kita akan mengalami 7 tahun hidup senang dan 7
tahun hidup susah. Kita perlu menyimpan untuk hidup bagi tempoh 7 tahun
menghadapi saat-saat sukar pada masa akan datang.
Memang
benar bahawa harta yang kita miliki pada hari ini akan menjadi harta pusaka
kita sekiranya kita meninggal dunia kelak. Ini juga menjadi tanggungjawab
mereka supaya mereka tidak hidup dalam kesusahan sekiranya kita meninggal kelak
sekiranya kita bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga kita. Perkara ini
yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. seperti mana yang dirriwayatkan oleh
Imam Bukhari yang berbunyi, "Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan
kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta".
Apa
yang dapat disimpulkan ialah kita perlu pandai berbelanja – bukan menggunakan
semua duit pendapatan kita atau menyimpan semua duit pendapatan kita. Sekiranya
kita ditimpa penyakit suatu hari nanti sekalipun, duit simpanan kita tidak akan
membawa apa-apa makna dalam kehidupan ini. Apa yang lebih penting kita perlu
pandai dalam menyusun duit kita. Itu sahaja yang boleh dikatakan.
Sekian, terima kasih.
2 comments:
Bagi saya x salah kalau kita nak saving banyak2 ataupun planning untuk mmpunyai banyak aset untuk tujuan meningkatkan ekonomi orang islam.......kalau kite umat islam maju dari segi ekonomi khususnya di malaysia nie....kite x lah terkandas....kite boleh tgk skarang nie betapa banyaknya orang melayu yang islam terkandas daripada segi ekonomi sbb majoriti yg power ekonomi orang cina....xkirela kite mati esok ke luse ker...asalkan niat kite untuk kumpul harta untuk kesenangan kite dan keluarga xsalah....ingat....poverty is queen of crime.....tpi dalam mase yang same kite perlu lah juga taat pada perintah ALLAH dan rasulnya....
IT IS ALL ABOUT BALANCE!!!
Post a Comment