Wednesday, July 25, 2012

Sifat Jimat Cermat Daim Menyelamatkan Ekonomi Negara


Tabik Hormat Untuk Daim! - Utusan Malaysia

Tun Daim Zainuddin dilantik menjadi Menteri Kewangan sebanyak dua kali iaitu pada 1984-1991 dan juga pada 1999-2001. Amalan jimat cermat yang diamalkan oleh Menteri Kewangan tersebut telah menyelamatkan ekonomi Malaysia dari lembah kemelesetan. Walaupun ramai mengatakan beliau kedekut atau peloket, beliau tidak peduli dengan kata-kata tersebut asalkan matlamat beliau untuk memulihkan ekonomi negara tercapai.  Apa yang lebih teruk lagi, beliau menghadapi umpat keji parti pembangkang dalam usaha memulihkan ekonomi negara sepertimana yang diceritakan oleh Fatini Yaacob dalam bukunya Daim yang Diam. Mereka yang ragu ini kemudian memberi penghargaan yang tegas terhadap kepada wawasan, keberanian, dan keazaman telah memungkinkan tidak mungkin. Beliau telah memulihkan dan menyusun semula ekonomi ke arah pertumbuhan yang lebih semarak.

Tun Dr. Mahathir sendiri mengakui sifat Daim ini dalam memoir terbarunya yang berbunyi:

“Program jimat cermat yang diperkenalkan Tun Daim secara perlahan-lahan mula membuahkan hasil. Hutang Kerajaan berjaya dikurangkan, malah ada bayaran hutang yang dibuat lebih awal. Ekonomi yang menguncup sebanyak 1.6 peratus pada 1985 mulai pulih dengan mencatat pertumbuhan 1.2 peratus pada 1986, 1.4 peratus pada 1987, 8.9 peratus pada 1988, 9.2 peratus pada 1989, 9.7 peratus pada 1990 dan 8.7 peratus pada 1991. Hutang luar negara juga - amat tinggi sekitar tahun 1980 hingga 1984 dan memuncak kepada lebih 70.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 1981 – berjaya dikurangkan banyaknya. Pada 1985, ia susut sebanyak 14.2 peratus dan setahun kemudian menyusut 18.9 peratus. Kadar hutang luar negara naik semula antara 1987 dan 1990 apabila pinjaman baru dibuat bagi membiayai pelbagai projek pembangunan. Bagaimanapun, ia susut semula kepada 5.5 perauts pada 1991.”

Tabik hormat untuk Daim!

No comments: