Thursday, July 12, 2012

Robert T. Kiyosaki Juga Percaya Kepada Kuasa Sedekah

Sebagai orang Islam, kita dianjurkan supaya bersedekah kerana sedekah itu dapat menyuburkan harta. Kita mungkin tidak sedar bentuk balasan sedekah yang Allah s.w.t. anugerahkan kepada kita. Akan tetapi, kita tidak pernah lagi mendengar orang jatuh miskin kerana banyak bersedekah. Pada akhir tahun 2010, organisasi saya mendapat durian runtuh apabila Kementerian Pembangunan Wanita (KPW) memberikan geran atau wang sebanyak RM236 juta secara percuma kepada organisasi saya untuk terus beroperasi. Apabila berbincang dengan orang-orang lama di pejabat saya, ini mungkin disebabkan anugerah Tuhan yang berikan kerana telah banyak membantu keluarga miskin selama ini. Tidak kurang juga ada yang mengatakan kerana berkat sembahyang dhuha segelintir kakitangan yang laksanakannya setiap hari.

Baru-baru ini saya menghadiri khusus. Salah satu slot khusus tersebut diisi oleh kakitangan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Beliau menceritakan bahawa adik kepada Allyarham SM Nasimuddin SM Amin iaitu bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Naza Group of Malaysia telah mewakafkan hartanya sebanyak RM25 juta kepada PWS di mana RM20 juta untuk mendirikan 1,000 maahad tahfiz dan RM5 juta adalah untuk wakaf tanah. Hebat bukan?

Kita tidak pernah lagi mendengar orang kaya jatuh miskin kerana banyak bersedekah. Tetapi kita mungkin biasa mendengar orang kaya jatuh miskin kerana mabuk berbelanja. Apapun, kita harus yakin tentang janjiNya di dalam Surah al-Baqarah ayat 261 yang berbunyi :

 "Perumpamaan (nafkah) orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah ibarat sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". al-Baqarah: 261

Konsep sedekah ini juga disebut oleh Robert T. Kiyosaki dalam bukunya Rich Dad Poor Dad. Beliau menceritakan dua orang bapanya iaitu Rich Dad dan Poor Dad. Rich Dad merupakan seorang yang tidak kedekut dalam bersedekah. wang. Beliau memberi sumbangan kepada pusat-pusat kebajikan, yayasan dan rumah ibadat. Beliau tahu yang apabila kita berharap mendapat lebih banyak wang, kita perlu memberi lebih banyak wang. Memberi sumbangan dalam bentuk wang adalah rahsia kebanyakan keluarga kaya. Sebab itu kita dapat lihat ada banyak yayasan kebajikan yang ditubuhkan oleh syarikat-syarikat besar seperti Yayasan Rockefeller, dan Yayasan Ford. Penubuhan organisasi kebajikan seperti ini adalah tempat untuk orang kaya menyalurkan kekayaan mereka bagi mendapat pulangan berganda, selain sebagai amal dan khidmat masyarakat.

Berlainan pula dengan Poor Dad di mana beliau akan bersedekah sekiranya mempunyai lebihan wang. Masalahnya, beliau (Poor Dad) tidak pernah mempunyai wang yang lebih. Oleh itu, beliau bekerja kuat untuk mendapat lebih banyak wang dan bukannya fokus kepada cara untuk menarik wang iaitu , “Beri dan kamu akan dapat semula.” Beliau hanya percaya , “Terima dahulu, selepas itu barulah kamu memberi.”

Namun kita harus ingat bahawa Allah bersifat ar-Rahman dan juga ar-Rahim. ar-Rahman bermaksud Allah maha pemurah kepada semua hambaNya di dunia sama ada yang mukmin mahupun yang kafir, sama ada yang menyembahnya ataupun yang syirik kepadanya dan sama ada yang patuh kepada ajarannya ataupun yang ingkar kepadanya. Ar-Rahim pula bermaksud Allah bersifat Maha Mengasihani hanya kepada hambaNya yang mukmin sahaja diakhirat nanti tidak kepada yang kafirin yaitulah Allah berikan kepada orang Mukmin yang beriman kepada Allah berbagai-bagai nikmat di akhirat dan Allah masukkan kedalam syurgaNya. Dan nikmat ini tiada dirasai oleh orang kafir walau sedikit pun bahkan Allah campakkan orang-orang kafir ini ke dalam neraka.

Sekian, terima kasih.

http://wankamarul701.blogspot.com

1 comment: