Sudah semestinya sebagai insan biasa
kita sudah tentu ingin membina pertahanan kewangan yang kukuh. Membina
pertahanan kewangan yang kukuh yang saya maksudkan ialah mencapai kebebasan
atau keberdikarian kewangan. Ketika ini, hanya pendapatan pasif sahaja yang
bekerja untuk kita dan kita tidak perlu bekerja untuk mendapatkan wang lagi
untuk hidup. Pendapatan pasif ini boleh diperolehi melalui pelaburan-pelaburan
tertentu sama ada hartanah, saham-saham, royalti penulisan dan sebagainya.
Untuk mencapai tahap ini, anda perlu menyimpan lebih supaya dapat melabur
lebih. Dividen dari pelaburan ini akan menjadi sumber pendapatan pasif anda.
Petua asas konsep ini ialah :
1. Perolehi
sebanyak mana yang anda boleh, secepat yang mungkin.
Sebanyak
yang boleh dalam konsep ini ialah anda bekerja atau menceburi bidang yang
pendapatan kepada anda tanpa had. Contohnya ialah bidang pemasaran (insurans,
hartanah, dll) dan bidang perdagangan (matawang, komoditi, dll) ataupun
menjalankan perniagaan sendiri (MLM, dll).
2. Simpan
Sebanyak yang Boleh.
Saya
telah menyebut perkara ini melalui konsep Pay Yourself First (Klik di Sini). Untuk
menjadi kaya dengan cepat, kita perlu menanam benih modal simpanan. Kita perlu
menyimpan lebih untuk melabur lebih. Oleh itu, tangguh kepuasan anda buat
sementara waktu.
Nasihat
saya adalah kita tidak memerlukan pinjaman bank untuk menambahkan aset kita.
Sudah menjadi lumrah manusia, sekiranya mudah mendapat sesuatu, maka semakin
cepat hilang sesuatu. Apatah lagi bank itu adalah salah satu lubang-lubang riba’
yang perlu kita jauhi. Sedarlah saudara, sekiranya kita membeli rumah dengan
riba’, ibaratnya kita telah membina benteng pertahanan untuk berperang dengan
Allah dan RasulNya seperti yang diceritakan oleh Hisham Ahmad dalam bukunya ‘Riba
: Perangkap Dosa Besar Dalam Urusan Kewangan’. Apa yang lebih buruk lagi kita mengajak orang ramai mengikut jejak langkah kita. Insaflah sebelum terlambat.
Banyak lagi jalan yang boleh kita perolehi untuk memiliki rumah. Allah itu
tetap mengasihi hambaNya.
4. Melabur
Dengan Bijak
Melabur
di sini ialah anda perlu mengenal pasti instrumen-instrumen pelaburan yang
boleh memberi pulangan yang lumayan kepada anda. Setiap sesuatu pelaburan ada
baik dan buruknya. Sekiranya anda membuat pelaburan Amanah Saham Bumiputera
(ASB) dengan wang 8% setahun, anda akan mendapat pulangan bersih pada tahun
tersebut. Berlainan, pula dengan hartanah, anda perlu menjaga baik hartanah
setiap masa dan tidak semestinya anda memperolehi pendapatan bersih bagi
sesuatu tempoh kerana banyak perkara lain yang perlu dibelanjakan bagi maintenance dan sebagainya. Ia
bergantung kepada kebijaksanaan anda. Kedua-duanya boleh memberi manfaat
sekiranya anda pandai bertindak dan membuat keputusan.
Kesimpulannya, untuk membina
pertahanan kewangan kita yang kukuh, kita perlu berkorban untuk diri kita
sendiri. Kita perlu tingkatkan disiplin diri kita untuk mengawal aliran tunai
kita. Kita perlu membayar pada hari ini untuk mendapatkan apa yang ada pada
esok hari.
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment