Saya tertarik dengan kata-kata komposer terkenal iaitu Dr. Azmeer dalam satu temu bual podcast yang mengatakan, “AI mampu menghasilkan yang terbaik tetapi manusia mampu menghasilkan yang terhebat.”
Ini adalah kerana AI sekarang sedang “menyerang” atau seolah-olah sedang mengambil tugas hakiki seorang manusia sekarang. Dalam industri lagu sebenarnya, kita tidak nafikan bahawa lagu nyanyian yang dimainkan semula oleh AI kadang-kadang lebih enak didengar daripada penyanyi asal.
Dr. Azmeer menyatakan lagi, “Mengapa kita perlu menggunakan mesin (AI) untuk menghasilkan lagu sedangkan Allah s.w.t. memberi kita ilham untuk menghasilkan sesuatu.” Ini dilihat AI seolah-olah cuba mengambil alih tugas manusia dalam contohnya dalam membuat lirik lagu namun manusia sebenarnya boleh menghasilkan lagu-lagu yang lebih baik daripada AI kerana AI ini sebenarnya hanyalah sebuah mesin. AI sebenarny tidak mempunyai ilham, jiwa, dan rasa sepertimana manusia.
Begitu juga dengan Prof. Dr. Farish A. Noor apabila bercakap mengenai universiti yang masih terikat dengan keperluan industri. Menurut beliau ketika beliau belajar dahulu pada 20 – 30 tahun lepas, universiti-universiti di seluruh dunia akan menerima geran atau daripada kerajaan jika sesuatu kursus dapat memenuhi keperluan industri manakala kursus seperti beliau ambil iaitu falsafah tidak dipandang oleh kerajaan.
Namun begitu, apabila melihat sekarang AI boleh mengambil alih tugas-tugas perbankan dan perakaunan dan tenaga manusia tidak lagi diperlukan dalam industri ini malah ia boleh menjimatkan kos bagi mana-mana institusi kewangan ataupun syarikat apabila pekerja-pekerja untuk industri ini tidak diperlukan. Akan tetapi, AI tidak boleh mengambil tugas manusia untuk membina falsafah. Oleh itu, pihak universiti perlu menilai semula kursus-kursus sama ada ia menyediakan keperluan industri untuk graduan ataupun melahirkan ilmu untuk membina pemikiran dan peradaban.
Suka saya ingin mengatakan di sini bahawa AI ini adalah alat dan bukannya matlamat dalam usaha kita membuat sesuatu kerja.
Wallhua’lam.
https://wankamarul701.blogspot.com

No comments:
Post a Comment