Kita perlu memperbaiki sahaja
barang yang boleh diperbaiki. Kita tidak perlu menukar barangan yang masih
boleh dipakai sekiranya ia masih boleh diperbaiki. Kesannya, kita boleh
menjimatkan ratusan bahkan ribuan ringgit sekiranya kita tidak menukar barangan
baru. Contohnya, kita memperbaiki barangan elektronik seperti laktop, printer,
peti sejuk dan sebagainya yang telah rosak.
Saya lebih suka mengekalkan gaya
hidup lama. Kini, saya mula mendengar dendang, “Bila nak tukar kereta baru?”
Saya malas hendak melayan karenah orang orang kerana saya yang terpaksa
menanggung hutang dan bukannya orang lain. Lagipun kereta saya masih elok untuk
digunakan. Saya tertarik dengan kata-kata
Tun Daim Zainuddin iaitu, “Tambahkan pendapatan dari tahun ke tahun tetapi
kekalkan gayakan hidup lama.”
Sekiranya masih ingat isu tanah air
suatu ketika dahulu mengenai pesawat pejuang MIG-29 yang tidak dapat digunakan
oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) walhal usia pesawat pejuang ini masih
belum mencecah 20 tahun. Menurut Tun Dr. Mahathir, kita perlu membelanjakan
ratusan juta ringgit untuk membeli pesawat baru. Beliau mencadangkan bahawa
pesawat pejuang ini perlu dibaiki sahaja untuk pihak Russia ataupun India.
Apa yang lebih penting kita perlu
tahu untuk berjimat-cermat. Kita tidak perlu bergaya menghiasi diri kita. Saya
bimbang sekiranya orang melabelkan diri kita ‘biar papa, asal bergaya’.
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment