Kadang-kadang kita sudah terbiasa
dengan perkataan ‘LUCK’ ataupun ‘NASIB’ dalam kehidupan seharian kita contohnya
dalam pelaburan ataupun perniagaan. Contohnya, adalah seperti berikut :
“Nasib baik perniagaan aku berjaya.”
“Nasib baik pelaburan aku memberi pulangan yang baik.”
Sedarkah saudara semua bahawa istilah-istilah
ini sebenarnya tiada dalam Islam. Yang ada di dalam Islam sebenarnya adalah ‘REZEKI’.
Sedarlah bahawa apa-apa yang kita perolehi di dunia ini merupakan adalah rezeki
daripada Allah s.w.t. Ia bukanlah disebabkan oleh ‘LUCK’ atau ‘NASIB’ yang
menyebelahi hidup kita ini. Diharap agar kita berhati-hati menggunakan istilah
ini dalam kehidupan kita selepas ini.
Sekian, terima kasih.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment