Sunday, July 15, 2012

Pay Yourself First

Pay yourself first. Itulah ungkapan yang dinyatakan oleh Robert T. Kiyosaki dalam buku bestseller beliau iaitu Rich Dad, Poor Dad. Sebenarnya petikan ayat Pay yourself first dipetik dari karangan buku George Classen yang bertajuk The Richest Man in Babylon. Petikan ini bermakna kita perlu membayar untuk diri sendiri dahulu, kemudian baru membayar kepada orang lain.

Inilah sebenarnya tabiat orang kaya di mana mereka akan mendahulukan simpanan atau pelaburan mereka terlebih dahulu dan kemudian baru membayar untuk orang lain. Berbanding golongan miskin ataupun golongan kelas pertengahan di mana mereka akan membayar kepada orang lain terlebih dahulu dan kemudian baru membayar untuk diri sendiri. Ironinya, kita akan mempunyai lebihan yang sedikit sekiranya bersifat begini dari semasa ke semasa.

Sebenarnya, sekiranya kita mengatakan bahawa kita tidak cukup untuk menyimpan sebenarnya kita bertindak bahawa kita akan tidak akan cukup wang sehingga bila-bila masa. Apa yang hendak diperkatakan di sini ialah kita perlu mengukuhkan aset kita dari bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun. Apabila kita membayar dahulu untuk diri kita sendiri, kita mungkin tidak cukup wang untuk membayar komitmen lain seperti bil-bil, hutang-hutang, ansuran bulanan dan juga lain-lain. Dengan ini, kita akan menghadapi tekanan atau motivasi yang kuat untuk membayar hutang-hutang ini apabila ia masih belum dibayar. Tekanan ini akan menyebabkan kita bekerja keras, memaksa kita berfikir dan akhirnya menjadikan kita lebih bijak dan aktif menguruskan kewangan. Sekiranya kita terus membiarkan diri kita penerima terakhir, kita tidak akan mengalami sebarang tekanan dan seterusnya akan hidup dalam keadaan pokai saban tahun

Sikap kita ini sebenarnya terus membiarkan pembuli besar seperti pengutip hutang-hutang, bil-bil serta cukai terus menggodam duit kita dari semasa ke semasa. Kita akan semakin lemah dari semasa apabila terus berada dalam keadaan sebegini. Apabila kita memaksa diri sendiri memikirkan cara mendapatkan wang tambahan, kita seolah-olah mengunjungi gimnasium dan membuat senaman angkat berat. Semangat kita akn bertambah kuat setiap kali bekerja keras menggunakan akal untuk berfikir perihal mengenai wang.

Sekiranya kita bayar sendiri akhir sekali ataupun tidak membayar langsung, kita akan menjadi semakin lemah. Majikan, pemungut cukai, pengutip hutang, dan tuan rumah akan memberi tekanan sepanjang hidup. Ini disebabkan kita tidak mempunyai pengurusan kewangan yang baik.

Pendek kata, apabila kita membayar diri sendiri dahulu, kewangan kita akan bertambah kukuh saban tahun.

Apa yang lebih utama kita perlu mempunyai disiplin diri yang kuat. Disiplin yang memainkan peranan yang utama antara orang kaya, kelas menengah dan orang miskin. Ramai orang yang mendapat durian runtuh kembali miskin kerana tidak mempunyai disiplin diri. Disebabkan kerana tiada disiplin diri, orang yang baru mendapat kenaikan gaji tidak lama untuk menukar kereta baru atau menambah pinjaman peribadi mereka. Sekiranya terus berkeadaan sebegini, kita tidak akan dapat menambah simpanan atau pelaburan kita dari tahun ke tahun.

Intipati utama dari ayat Pay yourself first ialah kita perlu membayar untuk diri kita sendiri terlebih dahulu. Apabila kita membayar diri sendiri terlebih dahulu, kita akan merasakan bahawa kita kekurangan wang untuk membayar komitmen lain dan seterusnya memberi tekanan kepada kita untuk menguruskan wang kita atau mencari wang tambahan. Dengan cara ini, kita akan terus menambahkan pendapatan kita dari bulan ke bulan walhal orang lain masih terkejar-kejar ‘menyedekahkan’ wang mereka kepada pembuli terbesar hidup kita yang tidak lain dan tidak bukan iaitu pihak bank.

Sekian, terima kasih.

http://wankamarul701.blogspot.com


No comments: