Assalamualaikum w.b.t. dan
Selamat Sejahtera.
1.
Mengatakan Barang Tersebut adalah Jenama Cap Ayam atau untuk Orang Tiada Wang
2.
Memberitahu Pelanggan Agar Tidak Menyentuh Barangan yang Mahal
Kebiasaannya di kedai peralatan
elektrik. Apabila penjual memberitahu kepada kita supaya jangan menyentuh
barangan elektrik yang berjenama mahal. Tetapi jaga-jaga apabila kita tercabar dengan
kata-kata tersebut kerana silap-silap haribulan kita membeli barangan yang
mahal yang di luar kemampuan kita.
3.
Tidak Memanggil Pelanggan Pak Cik, Mak Cik, Kakak, atau Abang
Apabila kita membeli di
kedai-kedai terutamanya di kedai aksesori kereta ataupun barangan elektrik,
kita akan dapati penjual-penjual menggunakan teknik dia sendiri apabila ingin
menjual barangan kepada pelanggan terutamanya apabila menggalak pelanggan
membeli barang-barang jualan mereka yang lebih berjenama dan lebih mahal.
Antara teknik-teknik yang saya dapat perhatikan adalah seperti berikut :
Apabila terdapat 3 jenama barang
yang dijual contohnya bateri jenama A, B dan C. Penjual akan mengatakan bahawa
jenama A hanyalah digunakan oleh golongan kaya-raya sahaja, jenama B digunakan
oleh golongan pertengahan dan jenama C merupakan jenama cap ayam, tidak kekal
lama dan untuk orang yang tiada wang. Sudah tentu kita tidak akan membeli
jenama C dan memilih untuk membeli jenama A atau B walaupun tuan kedai sendiri
menjual barangan jenama C.
Ini adalah untuk pelanggan
golongan kelas atasan. Sudah menjadi pantang-larang penjual untuk memanggil pelanggan
mereka dengan panggilan pak cik, mak cik, kakak atau abang. Ini biasa kita
lihat di hotel-hotel apabila kaunter pelanggan memanggil pelanggan mereka
dengan panggilan formal untuk melayan ego pelanggan-pelanggan mereka.
4.
Menggunakan Bahasa Rasmi
Bolehlah dikatakan bahawa rasmi
digunakan di kedai-kedai francais seperti kedai runci Mesra Petronas, McDonald’s,
dan sebagainya. Kita dapati cashier yang menjaga kaunter menggunakan bahasa
rasmi apabila melayan semua pelanggan mereka. Anda boleh perhatikan apabila
anda pergi ke kedai-kedai ini.
Sebenarnya, banyak taktik-taktik
yang digunakan oleh penjual untuk memastikan pelanggan membeli barangan mereka.
Kita mungkin terlayan ego kita apabila melayan karenah penjual. Sedar-sedar
tidak sedar wang dikeluarkan dari poket kita untuk membeli barangan mereka.
Kita perlu mencontohi orang kaya apabila membeli kerana orang kaya tidak akan
malu untuk mendapatkan barang yang paling murah dari penjual untuk dibeli.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment