Banyak ayat-ayat
al-Quran mahupun hadis-hadis yang menganjurkan kita supaya memperbanyakkan
sedekah. Namun begitu, tahukah anda bahawa sedekah ini juga mempunyai
tingkat-tingkatnya sendiri? Mari kita renungi hadis berikut :
Sedekah
seseorang kamu yang ikhlas itu akan menutup 70 pintu kejahatan. Sedekah
seseorang kamu itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan 4 jenis pembalasan
iaitu :
1. Satu
sedekah yang dibalas dengan 10 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada
fakir miskin.
2. Satu
sedekah yang dibalas dengan 70 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada
kaum keluarga dan sanak saudara.
3. Satu
sedekah yang dibalas dengan 700 kali ganda adalah sedekah yang diberikan kepada
sahabat handai dan teman-teman.
4. Satu
sedekah yang dibalas dengan 1,000 kali ganda adalah sedekah yang diberikan
kepada para penuntut ilmu atau orang yang berjihad di jalan Allah s.w.t.
Daripada
hadis ini, dapat kita fahami bahawa sedekah yang paling banyak balasannya ialah
sedekah kepada orang yang menuntuk ilmu atau orang yang berjihad di jalan Allah
s.w.t. iaitu sebanyak 1,000 kali ganda. Subhanallah. Alangkah mudahnya kita
membuat amal kebajikan dengan bersedekah...
Wallhua'lam.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment