Sekarang kecoh apabila Perdana Menteri ke-10 atau PMX meminta supaya kakitangan kerajaan tidak menggunakan Waze untuk mengelak kebocoran data peribadi kerana Waze ini adalah berpangkalan di Israel.
Para penduduk Malaysia disarankan supaya menggunakan aplikasi Tuju iaitu sebuah aplikasi yang dibina oleh sebuah syarikat tempatan dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Malangnya, aplikasi Tuju ini banyak masalah.
Nyatalah bahawa kita sebagai umat Islam ini sebenarnya masih jauh ketinggalan dari Israel dari sudut teknologi.
Mereka merupakan minoriti tetapi boleh menguasai dunia dengan teknologi yang mereka hasilkan.
Dalam isu ini, bagaimana kita ingin memboikot barang-barang Israel? Mahu tidak mahu kita terpaksa menggunakan jenama buatan Israel. Seperti juga Facebook kita bergegar-gegar supaya memboikot McDonald's tetapi dalam masa yang sama kita menggunakan media sosial yang direkacipta oleh orang Yahudi.
Kita masih jauh ketinggalan kerana gagal menguasai ilmu teknologi di dunia ini sedangkan al-Quran sentiasa menyeru kita mencari ilmu.
Wallahua'lan.
No comments:
Post a Comment