Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts

Sunday, August 9, 2020

Mutiara Kata



"Saya menulis setiap hari, berasa puas melihatnya disiarkan esoknya, kerana itulah cara menjadi penulis yang baik dan produktif. Anda tidak lahir sebagai penulis yang baik atau dengan sekadar bercita-cita untuk menjadi propagandis yang baik, tetapi dengan menulis setiap hari anda boleh menjadi penulis yang baik. Dengan sedemikian barulah semua dapat maju sama laju di meja tulis dengan Munsyi Abdullah, Syed Syeikh al-Hadi dan Abdul Rahim Kajai dan melayakkan diri sebagai propagandis zaman." 
Subky Abdul Latif, Propagandis Zaman.

Friday, September 27, 2019

Mutiara Kata



"Dulu ada seseorang yang tidak aku ketahui seorang pun yang paling jauh rumahnya dari masjid melainkan dia. Namun dia tidak pernah tinggal dari solat berjemaah. Kemudian, ada yang berkata padanya atau aku sendiri yang berkata padanya. Bagaimana kalau engkau membeli keldai untuk ditunggang ketika gelap mahupun ketika tanah dalam keadaan panas. Orang tadi lantas menjawab, “Aku tidak gembira jika rumahku di samping masjid. Aku ingin dicatat bagiku setiap langkahku ketika pulang kembali kepada keluargaku.” Rasullullah s.a.w. bersabda, “Sungguh Allah telah mencatat bagimu seluruhnya.”” 
Hadis riwayat Muslim.

Sunday, July 21, 2019

Mutiara Kata



Setiap pagi, si rusa akan bangun segera lalu terus berlari dan berlari. Dia harus terus berlari kerana dia tahu alpanya dia akan mengundang bencana. Dia akan dibaham singa jika lengah dan tidak peduli kepada datangnya pagi.
Setiap pagi juga, si singa akan bangun segera lalu terus berlari dan berlari. Dia harus terus berlari kerana dia tahu alpanya dia akan mengundang bencana. Dia akan kehilangan rusa dan mati kelaparan, jika lengah dan tidak pedulu kepada datangnya pagi.
Sama ada kamu rusa atau singa, itu tidak penting. Apa yang utama ialah kamu harus segera berlari dan terus berlari lebih pantas daripada singamu ... untuk mencipta kejayaan. Itulah falsafah saya, dalam membangunkan Dubai...
Sheikh Mohammad bin Rashid al-Maktoum

Sunday, May 5, 2019

Mutiara Kata



Saya juga tidak dapat mengikis ingatan kepada suasana gerun yang menyelubungi pekan Mazar, tatkala petang itu kami didatangi gerhana matahari yang penuh. Rumah-rumah ditutup dengan kotak dan papan. Jalan raya kosong dan sunyi sepi. Namun seluruh masjid mendirikan solat sunat gerhana matahari. Satu rakaat diisi dengan surah sepanjang al-Baqarah, seluruh ruang udara penuh dengan ayat-ayat suci memuji kebesaran Allah dalam hening sepi manusia bertafakur. Ia sungguh mendebarkan dan mendatangkan perasaan gementar melihat kejadian yang maha luar biasa itu. Gerhana matahari petang itu menjadikan seluruh jiwa saya terpaku antara angkasa yang tepu dengan bacaan imam di masjid-masjid, dengan sinar merah dari langit yang menyala hingga lewat senja.

Hasrizal Abdul Jamil, Rindu Bau Pohon Tin.

Thursday, July 6, 2017

Mutiara Kata


"Jika ingin melihat orang Islam, datanglah ke masjid pada hari raya Aidilfitri. Tetapi, Jika ingin melihat orang beriman, datanglah ke masjid pada waktu subuh." Hamka

Wednesday, May 17, 2017

Mutiara Kata




“Ketika saya di Inggeris, saya berjudi secara besar-besaran dan kalah. Itulah sebabnya saya gagal dalam ujian ketika saya dibiarkan sendiri ke London untuk melanjutkan studi saya. Pada saat saya seharusnya menghadiri ceramah undang-undang, saya mendatangi lumba kuda itu dan ketika saya kembali ke Malaya saya menyambungnya dengan perlumbaan kuda dengan sedikit perbezaan. Saya hanya mengikuti untuk bersantai dan menghibur diri dan bukan mudah untuk berjudi secara besar-besaran atau ingin kaya secara mudah.”

Tunku Abdul Rahman

Thursday, March 16, 2017

Pelajarilah Ilmu Matematik


"Pelajarilah ilmu matematik, kerana ia akan memanjangkan akal kamu."Imam as-Shafie

Thursday, November 10, 2016

Mutiara Kara

 
"Sekiranya orang-orang cina dihantar balik ke China, adakah orang-orang melayu mampu mengambil alih rangkaian perniagaan orang cina yang kompleks dan sofistikated?"
 
Dr. Mahathir ketika ditanya pendapat apabila orang-orang cina dihantar balik ke China. 

Friday, May 20, 2016

Mutiara Kata


"Dr. Mahathir tetap menjaga kepentingan golongan peniaga walaupun iklim politik sentiasa bergelora pada zamannya."
 
Shahbudin Hussin

Tuesday, May 17, 2016

Mutiara Kata

 
 
"Dr. Mahathir merupakan ketua oligarki yang mempunyai kekuatan yang luar biasa."
Zaid Ibrahim