Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

Friday, July 3, 2026

Daim Zainuddin Dapat Menyelesaikan Hutang Kerajaan Malaysia Bukannya Disebabkan Oleh Nilai Yen Menurun pada Akhir 1980-an

 


Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sering muncul dakwaan di media sosial bahawa bekas Menteri Kewangan Malaysia, Daim Zainuddin, berjaya mengurangkan atau menyelesaikan sebahagian besar hutang kerajaan kerana Malaysia membuat pinjaman daripada Jepun ketika nilai yen sedang rendah. Malah, ada yang menyatakan kerajaan memperoleh keuntungan besar apabila hutang tersebut dibayar semula.

Persoalannya, adakah dakwaan ini benar?

Jawapannya ialah tidak sepenuhnya benar. Dakwaan tersebut terlalu memudahkan satu isu ekonomi yang sebenarnya jauh lebih kompleks.

Malaysia Memang Meminjam Daripada Jepun

Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia menerima banyak pinjaman pembangunan daripada Jepun sejak tahun 1970-an hingga 1990-an. Pinjaman yang dikenali sebagai Yen Loan atau Official Development Assistance (ODA) ini digunakan bagi membiayai pelbagai projek pembangunan seperti pembinaan loji janakuasa, sistem telekomunikasi, kemudahan pengangkutan dan pelbagai projek infrastruktur lain.

Keistimewaan pinjaman Jepun ketika itu ialah kadar faedahnya yang sangat rendah, tempoh pembayaran balik yang panjang serta syarat pembiayaan yang lebih mudah berbanding pinjaman komersial antarabangsa.

Hakikatnya Yen Bukannya Menjadi Lebih Murah

Di sinilah timbul salah faham yang sering diulang di media sosial.

Ramai beranggapan bahawa nilai yen Jepun jatuh dengan begitu rendah sehingga Malaysia dapat melangsaikan hutangnya dengan kos yang lebih murah. Hakikatnya, selepas berlakunya Plaza Accord pada tahun 1985, perkara yang berlaku adalah sebaliknya.

Nilai yen mengukuh (appreciate) dengan ketara berbanding dolar Amerika Syarikat. Sebagai contoh, kadar pertukaran berubah daripada sekitar 240 yen bagi setiap dolar Amerika kepada kira-kira 120 yen dalam tempoh beberapa tahun selepas itu. Ini bermaksud yen menjadi jauh lebih bernilai berbanding sebelumnya.

Sekiranya sesebuah negara mempunyai hutang yang didenominasikan dalam yen, pengukuhan mata wang tersebut secara teorinya akan meningkatkan kos pembayaran balik hutang apabila ditukar kepada mata wang tempatan, bukannya mengurangkannya.

Oleh itu, dakwaan bahawa Malaysia mendapat kelebihan kerana "yen jatuh" adalah tidak selaras dengan perkembangan sebenar kadar pertukaran pada ketika itu.


Mengapa Malaysia Masih Berjaya Mengurus Hutang?

Jika bukan kerana nilai yen, apakah faktor yang sebenarnya membantu Malaysia?

Jawapannya terletak pada gabungan beberapa faktor ekonomi.

Pertama, pinjaman daripada Jepun memang mempunyai kadar faedah yang sangat rendah dan tempoh pembayaran balik yang panjang. Ini mengurangkan beban kewangan kerajaan berbanding pinjaman komersial.

Kedua, ekonomi Malaysia berkembang pesat sepanjang penghujung tahun 1980-an dan awal 1990-an. Pertumbuhan sektor pembuatan, eksport elektronik, petroleum serta kemasukan pelaburan asing meningkatkan hasil kerajaan. Dengan hasil yang lebih kukuh, kerajaan mempunyai keupayaan yang lebih baik untuk mengurus komitmen hutangnya.

Ketiga, pengurusan fiskal kerajaan ketika itu juga memainkan peranan penting dalam memastikan kedudukan kewangan negara kekal stabil.

Peranan Daim Zainuddin

Tidak dinafikan bahawa Daim Zainuddin memainkan peranan penting dalam pengurusan ekonomi Malaysia.

Sepanjang tempoh beliau memegang jawatan Menteri Kewangan, beliau terkenal dengan pendekatan yang lebih berhati-hati dalam pengurusan kewangan negara. Antaranya ialah mengawal perbelanjaan kerajaan, mengurangkan pembaziran, mempercepatkan beberapa program penswastaan, mengurus hutang dengan lebih sistematik serta meningkatkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia.

Ramai penganalisis ekonomi berpendapat bahawa kejayaan pengurusan kewangan negara pada ketika itu adalah hasil gabungan dasar fiskal yang berhemat, pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan strategi pengurusan hutang yang baik, bukannya semata-mata disebabkan perubahan kadar pertukaran yen.

Kesimpulan

Kesimpulannya, dakwaan bahawa Daim Zainuddin berjaya menyelesaikan hutang kerajaan Malaysia hanya kerana nilai yen menurun adalah satu penjelasan yang terlalu ringkas dan kurang tepat.

Malaysia sememangnya mendapat manfaat daripada pinjaman Jepun, tetapi manfaat tersebut lebih banyak datang daripada kadar faedah yang rendah, tempoh pembayaran balik yang panjang dan pengurusan ekonomi yang berkesan.

Dalam masa yang sama, selepas Plaza Accord pada tahun 1985, nilai yen sebenarnya mengukuh berbanding dolar Amerika. Oleh itu, kejayaan pengurusan kewangan Malaysia pada era tersebut tidak boleh dikaitkan dengan dakwaan bahawa yen menjadi semakin murah. Sebaliknya, ia merupakan hasil gabungan dasar ekonomi yang berhati-hati, pertumbuhan ekonomi yang pesat serta disiplin fiskal yang diamalkan oleh kerajaan pada ketika itu.

Sejarah ekonomi perlu dinilai berdasarkan fakta dan data, bukannya berdasarkan naratif yang dipermudahkan. Hanya dengan memahami konteks sebenar barulah kita dapat menghargai bagaimana dasar-dasar ekonomi negara dilaksanakan dan apakah faktor yang benar-benar menyumbang kepada kejayaannya.

Wallhua’lam.


https://wankamarul701.blogspot.com

Tuesday, October 7, 2025

Kita Memarahi Orang Cina Jika Tidak Fasih Berbahasa Melayu tetapi Kita Tidak Marah Orang Melayu Tidak Fasih Berbahasa Cina

Sebagai masyarakat majmuk, kita akan memarahi sekiranya orang Cina sekiranya tidak fasih berbahasa Melayu walaupun telah tinggal di Malaysia sejak sekian lama.

Akan tetapi, kita tidak akan memarahi orang Melayu sekiranya tidak fasih berbahasa Cina.

Sebaik-baiknya orang Melayu perlu juga fasih berbahasa Cina. Orang Melayu juga perlu juga fasih berbahasa Cina kerana ekonomi Malaysia pada hari ini telah dipegang oleh orang Cina.

Walaupun keadaan telah berubah sekarang jika dibandingkan sebelum tahun 1990-an dahulu, orang Melayu kurang menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah cina. Sekarang, orang Melayu sekarang sudah ada menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah kebangsaan aliran Cina. Mungkin ada di kalangan orang-orang Melayu sudah fasih berbahasa Cina tetapi tidak ramai.

Ini bukanlah rasis. Dalam untuk mencapai keseimbangan pembahagian kek ekonomi, orang Melayu juga sepatutnya menguasai Bahasa Cina kerana bangsa ini menguasai dalam lapangan perdagangan dan perniagaan negara ini.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Tuesday, September 30, 2025

Pastikan Nutrisi Pemakanan Anak-Anak Mencukupi

Harga barang makin naik saban hari.

Kadang-kadang kenaikan gaji tahunan adalah tidak mencukupi disebabkan kadar inflasi tahunan adalah melebihi nilai gaji tahunan. Dengan kata lain, gaji bulanan adalah tidak dapat menampung kos hidup.

Gaji bulanan diperlukan untuk membayar pelbagai komitmen seperti kereta, rumah, perbelanjaan anak-anak, dan sebagainya.

Dalam pada itu, kita tidak harus memotong perbelanjaan pemakanan anak-anak kerana pemakanan adalah penting untuk tumbesaran anak-anak.

Jika pemakanan anak-anak dipotong sudah tentu mereka perlu berlapar di dalam kelas untuk belajar.

Ini adalah tidak baik untuk mencapai kecemerlangan akademik bagi anak-anak untuk jangka panjang.

Mahu tidak mahu ibu bapa perlu memastikan pemakanan atau nutrisi pemakanan anak-anak adalah mencukupi pada setiap hari.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Friday, January 24, 2025

Pembiayaan Bank Islam dan Pinjaman Bank Konvensional – Nampak Sama tetapi Sebenarnya Tidak Serupa

 


Jika kita melihat pembiayaan Bank Islam dan pinjaman yang disediakan oleh bank-bank konvensional, boleh dikatakan Bank Islam ini sebenarnya sama sahaja dengan bank konvensional kerana ianya tetap mengambil keuntungan ke atas setiap pinjaman yang dikeluarkan kepada peminjam mereka.

Sebenarnya, ianya berbeza apabila kita perhalusi perkara ini. Apa yang membezakan pembiayaan Islamik dan pinjaman konvensional ialah lafaz akad apabila pembiayaan ataupun pinjaman ini diberikan.

Saya berikan contoh mudah. Katakan Ali ingin meminjam motor Abu dan Abu mensyaratkan agar Ali perlu memulangkan motor yang dipinjamnya dalam keadaan minyak motor penuh walhal minyak asal motor ialah separuh sahaja. Di sini, wujud unsur riba kerana Ali perlu memulangkan motor tersebut dalam keadaan lebih dari nilai asal motor tersebut.

Bagi mengelak wujudnya unsur riba dalam kes pinjaman motor ini, Abu perlu menyewakan motornya itu kepada Ali dengan nilai sewaan Ali perlu mengembalikan minyak motor tersebut adalah penuh walhal minyak asal motor tersebut adalah tinggal separuh.

Inilah contoh mudah untuk membezakan antara pembiayaan Islamik dan pinjaman konvensional. Apa yang penting ialah lafaz akad tersebut antara pemberi pinjaman dan pinjaman. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai pembiayaan-pembiayaan Islamik yang banyak disediakan di luar sana. Memadailah kita memahami contoh asas apa yang berlaku dalam pembiayaan Islamik berbanding pinjaman konvensional.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Friday, January 17, 2025

Adakah Sesuai Kita Menggunakan Istilah ‘Bodoh Macam Lembu’? Apa yang al-Quran Cakap Mengenai Lembu?

 


Istilah Melayu sinonim dengan kata-kata “Bodoh macam lembu.” Akan tetapi, dalam al-Quran ada menyebut mengenai Surah al-Baqarah iaitu Surah ‘Lembu’. Mengapa kita tidak memandang lembu itu sebagai sesuatu yang mempunyai nilai ekonomi pada kita? Padahal lembu merupakan nilai industri yang mempunyai nilai multi-bilion ringgit yang boleh memberi sumbangan kepada kita ataupun negara kita.

Lihat sahaja FGV Holdings Berhad (FGV) melalui anak syarikatnya FGV Dairy Farm Sdn Bhd (FGVDF) yang meletakkan sasaran untuk mengeluarkan sebanyak 30,000 liter sehari susu lembu untuk suku pertama tahun 2021 suatu ketika dahulu. Lembu yang diperlukan ini adalah sebanyak 258 ekor. Susu lembu ini diperlukan bagi memenuhi permintaan tempatan, terutama oleh segmen pasar HORECA (Hotel, Restaurant and Cafe).

Begitu juga bisnes kulit lembu pun boleh meraih pendapatan sebanyak RM7,000 sebulan. Kulit lembu ini dijual dengan harga RM30 – RM40 bagi satu kulit lembu bagi seekor lembu. Kulit lembu ini boleh dijadikan menu masakan seperti masak lemak cili padi, taucu dan sambal goreng.

Pengusaha lembu akan memperolehi pendapatan berlipat kali ganda apabila menjelang perayaan Hari Raya Aidiladha. Harga seekor lembu adalah sekitar RM4,900 hingga RM6,020 bergantung kepada saiz lembu tersebut. Sekiranya lembu tersebut dijadikan lembu korban, purata satu bahagian lembu (1/7) adalah antara RM700 hingga RM860. Para pengusaha lembu ini akan memperolehi keuntungan RM300 – RM400 bagi setiap ekor lembu yang dapat dijual. Di Malaysia, terdapat 24,000 buah masjid dan surau. Jika secara purata 10 ekor lembu diperlukan untuk menyambut perayaan korban dengan harga seekor bernilai RM6,000, sudah tentu nilai ekonomi sebanyak RM1.4 bilion sudah berada di sini sahaja semata-mata untuk menyambut perayaan korban.

Dalam al-Quran secara umumnya terdapat 3 perkara yang boleh memberi kekayaan kepada kita iaitu binatang ternakan, pertanian, dan emas. Ketiga-tiga perkara ini sememangnya dikenakan zakat dengan mengikut jumlah tertentu apabila cukup syarat. Sebagai orang yang bekerja makan gaji, kita kadang-kadang tidak mengetahui atau perasan mengenai perkara ini. Kita harus ambil peluang ini untuk menambah nilai kekayaan kita.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Friday, November 15, 2024

Al-Fatihah: Seluruh Negara Berduka dengan Pemergian Tun Daim Zainuddin.

 


Teringat suatu ketika dahulu sewaktu menghadiri kursus tempat saya bekerja, semua peserta perlu menulis nama pada kad manila di atas meja masing-masing sebelum kursus bermula supaya mudah dipanggil oleh penceramah. 

Sebaik sahaja kursus bermula nama saya diseru, "Kamarul, siapakah idola kamu?"

Saya menjawab secara spontan, "Tun Daim Zainuddin..."

Lantas penceramah menjawab, "Berikan tepukan kepada Kamarul..."

Tidak semena-mena dapatlah rezeki pagi orang memberi tepukan gemuruh kepada saya pada pagi tersebut.

Kini, Tun Daim Zainuddin telah pergi buat selama-lamanya apabila beliau meninggal pada 13 November 2024 lepas. Beliau merupakan orang Melayu pertama yang berjaya memecah monopoli bangsa asing dalam bidang hartanah di Kuala Lumpur. Beliau merupakan bekas Menteri Kewangan yang dipilih oleh Dr. Mahathir pada pertengahan 1980-an bagi membantu memulihkan ekonomi Malaysia. Ada yang menyatakan bahawa beliau merupakan orang terkaya di Malaysia kerana pemilikan saham di Malaysia adalah hanya diukur oleh seseorang individu dalam sesebuah syarikat. 

Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai beliau. Saya dapat rasakan pemergian beliau memang dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia umpama seorang panglima negara kerana beliau memberi sumbangan yang bermakna dalam membangunkan ekonomi negara. Semoga Allah s.w.t. merahmati roh beliau.

Al-Fatihah... 

Monday, June 3, 2024

Rumah Pusaka Banyak Nama Ahli Keluarga: Antara Nilai Sentimental dan Ahli Waris yang Memerlukan Wang


Setiap yang hidup akan mati. Begitu juga dengan ibu bapa kita di mana kedua-duanya akan meninggalkan kita pada suatu masa nanti buat selama-lamanya. Dan sudah tentu apabila mereka meninggal dunia, mereka meninggal dunia mereka akan meninggalkan harta kepada ahli-ahlinya yang layak menerima harta pusaka tersebut. 

Harta pusaka pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu harta alih dan harta tidak alih. Jika harta tidak alih contohnya yang berupa wang tiada masalah untuk diselesaikan antara ahli keluarga si mati. Masalah yang timbul adalah untuk menyelesaikan masalah harta tidak alih seperti rumah ataupun tanah. 

Dalam video temu bual Mingguan Wanita bersama Datuk Haji Adnan bin Seman (Peguam) yang menyebut masalah harta pusaka iaitu masalah rumah di kalangan 8 orang adik-beradik dan emak tiri mereka apabila ayah mereka meninggal dunia. Ada adik-beradik yang mahukan rumah pusaka ayah mereka dijual kerana ada yang mahu menggunakan wang manakala si abang pula menyuruh si adik tinggal di rumah tersebut kerana nilai sentimental (sentimental value).  

Memang dalam kes ini, terdapat 2 perkara yang perlu dilihat iaitu adik-beradik yang ingin memerlukan wang dan satu lagi adik-beradik yang melihat rumah pusaka ini dari sudut nilai sentimental di mana mereka membesar dan kenangan bersama ibu bapa mereka berada di sini. Di sini, Datuk Haji Adnan bin Seman mencadangkan agar rumah pusaka ini dijual di kalangan adik-beradik sahaja dan dalam masa yang sama hak atau bahagian adik-beradik yang ingin menjual rumah tersebut tidak dapat dinafikan kerana itu harta ataupun bahagian mereka. 

Jika ada adik – beradik yang tidak mahu rumah pusaka ini dijual, maka jika salah seorang adik-beradik ini meninggal dunia, maka ini akan menjadi masalah kerana ini menjadi tuntutan kepada anak-anak ataupun cucu-cucu kepada salah seorang adik-beraidk ini. Sudah tentu perkara ini menjadi rumit untuk jangka masa yang panjang. Mahu tidak mahu dengan menjual harta pusaka di kalangan adik-beradik sahaja jalan terbaik bagi menyelesaikan tuntutan harta pusaka ini. Sekurang-kurangnya nilai sentimental tetap terjaga apabila salah seorang ahli waris membeli rumah pusaka ini. 

Jika ada ahli waris yang tidak mahu menjual bahagian mereka untuk harta tidak alih, ahli waris yang ingin menjual harta pusaka boleh membawa kes ini ke mahkamah untuk menjual harta pusaka ini. Ahli waris yang tidak mahu menjual perlu menandatangani dokumen pindah milik penjualan. Individu yang tidak bersetuju untuk menjual perlu mengikut perintah mahkamah. Jika individu tidak mengikut perintah mahkamah, individu ini boleh dikenakan komital atau tindakan oleh mahkamah kerana tidak mengikut perintah yang dikenakan. Individu ini boleh dipenjarakan atau didenda oleh mahkamah. 

Tindakan ini mungkin keras tetapi inilah kaedah yang lebih baik bagi menyelesaikan masalah harta pusaka. Apa yang berlaku sebenarnya ialah ahli keluarga terpaksa menggunakan saluran mahkamah kerana tiada lagi jalan lain bagi menyelesaikan masalah harta pusaka.

Jika masalah harta pusaka khususnya tanah ataupun rumah tidak diselesaikan dengan segera, sudah tentu lama-kelamaan harta pusaka ini menjadi terbiar begitu sahaja apatah lagi pada zaman sekarang anak-anak muda sampai satu masa akan meninggalkan kampung halaman mereka dan akhirnya rumah pusaka terbiar begitu sahaja tanpa penghuni.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Sunday, July 9, 2023

Wan Azmi Wan Hamzah - Kesetiaan Tidak Bertepian.


Tan Sri Wan Azmi, dengan usahanya sendiri, mungkin boleh muncul sebagai seorang ahli perniagaan yang dinamik di dalam mana-mana ekonomi pasaran saham – tetapi bukan di Malaysia,  bukan dengan bermodalkan dirinya sendiri. Di negara ini kebanyakan tokoh-tokoh korporat yang hebat perlu membiasakan diri dengan pelbagai permainan politik – dan sanggup mengeluarkan wang untuk kesemuanya – bagi membolehkan mereka tergolong di  antara 100 Yang Terkaya di Malaysia atau lain-lain yang bermaksud serupa. Itulah kenyataan yang terpaksa diterima untuk berhadapan dengan  suasana ekonomi yang rata-rata dikuasai oleh kumpulan kroni Mahathir.

Harga yang terpaksa dibayar pula amat mahal sekali. Sesetengahnya terpaksa menggunakan khidmat sehingga beberapa orang penaung politik yang melibatkan kos yang sangat tinggi. Yang lainnya, termasuk kebanyakan ahli-ahli perniagaan Melayu, lebih terikat kepada seorang penaung politik sahaja. Dengan bergantung sepenuhnya kepada penaung-penaung ini, ahli-ahli perniagaan Bumiputera akan berjaya mendaki tangga dunia korporat , dan biasanya mereka akan turut menerima nasib yang sama apabila penaung-penaung itu sendiri kecundang.

Wan Azmi sepatutnya cukup bersedia untuk menilai ikatan politiknya itu bagi kestabilan jangka panjang bidang korporat yang diceburinya itu. Ternyata beliau gagal di situ. Sebaliknya beliau tetap setia bergantung harap kepada penaung utamanya, Menteri Kewangan buat kali kedua Tun Daim Zainuddin. Sikap Wan Azmi ini mungkin boleh digambarkan sebagai satu watak di dalam sebuah kehidupan moden Melayu : Seorang yang bijak dan pandai mengenang budi, yang merasakan tidak menjadi kesalahan buat tuannya untuk mengaut kekayaan secara berlebihan, bahkan secara terbuka beliau pernah melahirkan rasa kagum terhadap sumbangannya kepada Malaysia. Beliau begitu amat menghargai jasa gurunya yang telah membuka jalan untuk beliau berkecimpung di dalam dunia perniagaan, dan beliau tetap setia biarpun hubungan tersebut mula menjejaskan masa depan perniagaan dan profesionalismenya.

Ini membuatkan kita terfikir apakah Wan Azmi sendiri mampu untuk pergi lebih jauh lagi dan mencapai sesuatu yang lebih tinggi lagi sekiranya beliau tidak terjebak di dalam cengkaman emas golongan kapitalis kroni di Malaysia ini. Inilah kejadian malang yang menimpa Wan Azmi serta ahli-ahli perniagaan Malaysia yang meletakkan diri mereka di dalam satu sistem yang amat tidak adil itu.

Sebenarnya agak sukar untuk mencari kesilapan Wan Azmi berdasarkan kedudukannya yang amat kukuh di dalam sistem korporat kroni itu. Banyak pengalaman pahit manis yang terpaksa diharunginya sebelum berjaya mencapai tahap seperti sekarang. Beliau telah bekerja keras, belajar dengan sepenuh hati dan di dalam proses itu mendapat beberapa  pengajaran yang amat berguna untuk kepentingan peribadi mahupun kerjayanya. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pengalamannya itu tidak dapat ditandingi oleh kebanyakan dari anak didik Daim yang lain.

Namun begitu Wan Azmi tidak boleh mendabik dada mengatakan kejayaannya itu adalah hasil usahanya sendiri. Malah sejarah pengkorporatan di Malaysia juga tidak akan dapat membuktikan perkara yang sebaliknya.

Menurut teman-teman Wan Azmi, beliau adalah seorang yang cerdik, pandai bergaul dan menyeronokkan ketika berbual. Rakan-rakan niaganya menegaskan bahawa beliau ternyata seorang yang tahu tentang urus niaganya dan biasanya berurusan dengan agak baik. Di kalangan kaki tangannya pula beliau dikenali sebagai seorang yang bergaya, tetapi cerewet dan berjiwa besar. Ada beberapa teman lain yang menyebut tentang sifat ego yang ada pada dirinya, dan sesetengah pula berpendapat keegoannya itu amat tinggi sekali. Sebilangan kecil yang lain memberitahu akan tabiat beliau yang suka mempersendakan dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang kurang menyenangkan tentang hubung kait politik yang sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan buat dirinya sendiri. Tidak kurang juga yang menyelar sifat terlalu jujur beliau yang tidak kena pada tempatnya. Namun tiada seorang pun yang berkata bahawa Wan Azmi akan mengecapi kejayaan seperti itu tanpa bantuan dari Daim.

Wan Azmi sendiri tidak pernah dan tidak akan menyangkal pernyataan yang terakhir itu. Satu ketika dahulu beliau pernah membandingkan Daim dan dirinya seumpama Batman dengan Robin, yang menyusuri kegelapan malam di daerah segi tiga emas Kuala Lumpur dan membolot urusniaga-urusniaga yang paling lumayan di Malaysia. Untuk seketika, perkara ini ada kebenarannya.

Wan Azmi yang merupakan seorang Akauntan, seperti kebanyakan anak didik Daim yang lain, telah meninggalkan jawatan sebagai pegawai kewangan  di Kumpulan New Straits Times secara mendadak pada tahun 1978 apabila terlibat di dalam persengketaan dengan Dato’ Junus Sudin, yang merupakan pengerusi empayar korporat UMNO di bawah Fleet Holdings. Keputusannya untuk beralih kerjaya itu agak kurang bijak. Junus, yang pada masa itu bernaung di bawah Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah, telah pun mempunyai kedudukan yang kukuh sebagaimana Daim sekarang.

Kemudian Desa Pachi, yang merupakan proksi kumpulan korporat Daim untuk sekian lamanya,  tampil membantu Wan Azmi mengorak langkah ke alam korporat dengan mengaturkan satu pertemuan di antara Wan Azmi dan Daim, yang sebelum itu tidak pernah ditemuinya  malah kurang pengetahuan tentang dirinya. Tanpa diduga oleh Wan Azmi sendiri, beliau telah diambil bekerja dengan segera –  pada masa itu temuramah yang berlangsung belum pun berakhir – sebagai Pengurus Besar Peremba Bhd., yang merupakan cabang pengurusan Rancangan Pembangunan Bandar kerajaan yang baru dikorporatkan.

Peremba menjadi pusat Daim mengumpulkan anak-anak didik korporatnya yang akan sedia berkhidmat kepadanya sehingga ke hari ini. Di antaranya termasuklah nama-nama seperti Halim Saad, Samsudin Abu Hassan, Razali Rahman dan Hassan Abbas. Tujuannya adalah untuk mewujudkan barisan bumiputera yang setia, pasukan korporat Daim yang bakal membuat kejutan, bagi mengorak langkah mengumpan kontrak- kontrak penswastaan kerajaan yang akan dianugerahkan secara senyap-senyap oleh regim Dr. M di dalam sedikit masa lagi. Salah satu darinya adalah projek pembinaan UBN/ hotel Shangri La dan kompleks pejabat di tengah-tengah segi tiga emas yang merupakan projek yang terbesar di Kuala Lumpur pada masa itu.

Namun untuk sekian lamanya Perdana Menteri telah menjadi batu penghalang kepada peningkatan kerjaya Wan Azmi. Tidak dapat dipastikan mengapa Dr. M tidak menyenangi dirinya sebagaimana Daim terhadapnya. Lebih menimbulkan tanda tanya apabila  Daim terpaksa berulangkali campur tangan di dalam hal anak didiknya itu  dengan Mahathir, yang seperti mempunyai sebab-sebab tertentu untuk tidak menyenangi atau mempercayai Wan Azmi. Dari itu Wan Azmi terus kekal sebagai salah seorang anak didik Daim yang tidak mendapat tempat di hati Dr. M.

Hairan? Ya, memang benar. Apakah tiada sebarang petunjuk langsung? Bukan begitu. Terdapat cebisan-cebisan maklumat dari teman-teman dan kenalan-kenalan rapat Wan Azmi, juga dari sumber-sumber lama di KL, yang dapat menjelaskan sebab di sebalik hubungan yang bermasalah itu :-

· Yang pertama sekali, mungkin tidak kurang pentingnya, Wan Azmi merupakan seorang yang licik dan berdarah Kelantan. Tidak perlu ulasan lanjut tentang perkara ini.

· Wan Azmi telah merungut kepada hampir semua masyarakat peniaga di KL bahawa beliau tidak langsung menerima sebarang anugerah penswastaan yang lumayan yang selayaknya berbanding dengan kroni dan proksi Dr. M dan Daim yang lain.

· Pernah di satu ketika beliau bekerjasama dengan pelabur-pelabur dari Tabung Kewangan George Soros. Walau bagaimanapun hubungan yang terjalin itu ditamatkan sebelum munculnya Krisis Kewangan Asia. Bayangkan apabila hal ini sampai kepada Mahathir. Biarpun pada hakikatnya Daim sendiri pernah cuba berurusan dengan Soros di masa lalu,  perkara itu tidak pernah diambil pusing.

· Wan Azmi pernah mengkritik Dr. M secara terbuka , bahkan ini berlaku di dalam satu majlis keramaian anjuran Dewan Perniagaan Melayu. Yang lebih ketara lagi adalah semasa beliau menyandang jawatan Presiden Dewan tersebut pada tahun 90an di mana beliau telah mengkritik keras Dr. M yang turut hadir di majlis yang berkenaan.

· Wan Azmi tidak menepati ciri-ciri seorang diplomat korporat pengampu yang disenangi Dr. M untuk diserap menjadi anggota rombongan yang mengiringinya ke luar negeri. Ada laporan yang mengatakan bahawa semasa beliau memegang jawatan Presiden Dewan Perniagaan Melayu, beliau telah menyelar tindakan manipulasi pentadbiran Mahathir terhadap Dasar Ekonomi Baru di hadapan satu perjumpaan di antara ahli-ahli perniagaan Turki dengan pemimpin-pemimpin politik yang berlangsung di Istanbul.

Semua perkara yang dibangkitkan tadi sudah mencukupi buat Dr. M yang sering berperasangka buruk itu untuk terus-terusan membenci Wan Azmi. Tuhan Maha Mengetahui bagaimana Mahathir pernah menyisihkan beberapa individu untuk alasan yang lebih kecil. Namun begitu penulis berpendapat terdapat  alasan yang lebih kuat di sebalik tindak tanduk Mahathir yang keberatan untuk membantu perkembangan kerjaya Wan Azmi – bapa Wan Azmi, bekas Hakim Mahkamah Agong Wan Hamzah Wan Mohamed Salleh.

Para pembaca dari generasi muda tentu tidak biasa mendengar nama bapa Wan Azmi itu. Sudah pasti pembelajaran di sekolah tidak pernah menyentuh tentang peranan yang dimainkan oleh Tan Sri Wan Hamzah pada tahun 1998 di dalam usahanya menghalang Dr. M dari terus memusnahkan saki-baki kebebasan dan kesucian badan kehakiman. Tan Sri Wan Hamzah serta beberapa teman sejawatnya telah tewas di dalam pertarungan itu, yang memang tiada peluang untuk menang, dan bertolak dari situ, Badan Kehakiman di Malaysia telah disimpulkan dengan meluas sebagai salah satu yang paling korup dan tidak berkesan di rantau ini.

Mengimbas kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun 1988 – kemuncak dari kegiatan kempen Dr. M selama 3 tahun untuk menghancurkan musuh-musuh politik dan segala kritikan yang dilemparkan terhadapnya – dan catatan kisah Tan Sri Wan Hamzah yang gagal di dalam usahanya untuk menghalang kerja-kerja halus Mahathir, semua ini akan dibentangkan secara ringkas.

Bapa Wan Azmi dan 4 rakan sejawatnya dari Mahkamah Agong telah digantung perkhidmatan, didakwa dengan tuduhan ‘berkelakuan amat tidak wajar’ seterusnya dihadapkan secara paksa kepada satu tribunal kanggaru yang ditubuhkan oleh kerajaan, terdiri dari beberapa ahli panel yang akan membuat pertimbangan berkenaan dengan pemecatan mereka. Apa yang telah berlaku sebelum itu adalah ke lima-lima hakim tersebut, yang bertindak dengan berani serta mengikut lunas undang-undang , telah menghalang buat sementara satu tribunal yang terdahulu dan satu lagi yang berasingan, daripada menyampaikan pemerhatian yang telah dibuat berkaitan dengan tindakan-tindakan kehakiman dan kenyataan-kenyataan bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Salleh Abas kepada Yang di Pertuan Agong Malaysia. Namun tidak lama selepas itu Tun Salleh telah dipecat oleh YDP Agong, yang menerima segala pertuduhan yang telah dibuat dan bertindak mengikut nasihat Dr. M, sekalipun hakim yang tertinggi di Malaysia telah menolak untuk terlibat ataupun bekerjasama dengan juri-juri yang berkenaan. Tindakan rakan-rakan sejawatnya yang melaksanakan sekatan sementara itu hanya berupaya untuk melengahkan keputusan pemecatan yang tidak dapat dielakkan lagi itu.

Tan Sri Abd. Hamid Omar, yang mengambilalih jawatan yang disandang oleh Tun Salleh Abas sebelum itu, adalah orang yang bertanggung jawab memfailkan pendakwaan ke atas ke lima-lima hakim Mahkamah Agong di atas tindakan mereka mengeluarkan perintah sekatan sementara itu (perlu diingat bahawa Tan Sri Hamid juga adalah pengerusi tribunal yang telah menentukan nasib Tun Salleh). Keputusannya, 2 dari hakim-hakim tersebut telah dipecat manakala Tan Sri Wan Hamzah dan 2 orang hakim lagi telah dibebaskan dari semua pertuduhan dan dibenarkan bertugas seperti sediakala.

Walaupun telah didapati tidak bersalah, Tan Sri Wan Hamzah merasa amat kesal dengan kempen Dr. M yang keterlaluan terhadap kebebasan badan kehakiman dan kesan dari campur tangan Dr. M yang telah menjadikan mahkamah-mahkamah di Malaysia tercemar dan dengan keadaan amat menyedihkan sekali. Sebaik sahaja bersara, bapa Wan Azmi itu telah menjadi penyokong kuat PAS dan turut berkempen menyuarakan bantahan terhadap amalan rasuah dan ketidakadilan sistem pemerintahan Mahathir dan Barisan Nasional.

Melihat kepada semua ini, dan mungkin banyak lagi, maka niat Wan Azmi untuk berubah angin daripada seorang ahli perniagaan kepada pemimpin politik tidak mungkin tercapai. Satu masa dahulu beliau pernah menaruh harapan untuk dilantik sebagai Gabenor Bank Negara. Beliau telah berjaya menjadi ketua perbankan pada usia yang paling muda di dalam sejarah Malaysia, di mana pada usia 35 tahun beliau telah dilantik sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Malayan Banking Bhd, yang merupakan bank yang terbesar di negara ini. Penghargaan sepatutnya diberikan kepada Menteri Kewangan buat kali pertama Daim yang bertanggung jawab di atas perlantikan yang dibuat pada tahun 1985 itu. Namun disebabkan bebanan kerja yang terlalu tinggi sehingga menelan sebahagian besar dari masanya dan tekanan dari keluarga yang memerlukan perhatiannya, beliau meletakkan jawatan biarpun baru 19 bulan menyandangnya dan melupakan terus cita-citanya untuk menerajui Bank Negara.

Sekitar pertengahan tahun 90an, terdapat banyak desas-desus mengenai Wan Azmi, yang telahpun mencapai beberapa pengiktirafan politik sebagai Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu yang dipilih, yang akan diketengahkan untuk bertanding satu kerusi yang selamat di bawah UMNO Dr. M. Kemudian gosip terus bertiup kencang tentang kemungkinan beliau akan dilantik pula sebagai Menteri Kewangan.

Bekas Menteri Kewangan (kini musuh Dr. M yang terpenjara) Anwar Ibrahim dikatakan telah bersetuju untuk menerima Wan Azmi sebagai penggantinya, asalkan beliau sendiri diperuntukkan satu portfolio baru dan bersesuaian seperti Hal Ehwal Dalam Negeri. Sudah tentu Daim tidak akan membantah. Tiada yang lebih menggembirakan selain dari melihat anak didiknya menduduki tempat yang paling penting di negara ini, lebih-lebih lagi buat seseorang yang terlibat secara aktif di pasaran saham sepertinya. Malangnya Dr. M tidak akan membenarkan perkara itu terjadi; tiada tempat buat Wan Azmi di dalam regimnya. Dan itulah hakikatnya.

Bagi pihak Wan Azmi pula, menurut teman-teman rapatnya, tidak semudah itu untuk menerima sebarang penolakan. Lantas kritikan-kritikan yang dilontarkan olehnya terhadap Dr. M menjadi semakin lantang. Begitu pun kesetiaannya kepada Daim tetap utuh. Rangkaian ahli-ahli korporat di Malaysia menyedari akan ikatan kukuh di antara mereka, yang tidak akan menjadi lemah hanya kerana sikap Dr. M yang menolak Wan Azmi itu.

Ternyata pada tahun 90an, Wan Azmi semakin dikenali dengan peranannya sebagai penentu di dalam urusniaga-urusniaga korporat. Beberapa peniaga di negara ini mengajukan soalan kepada Daim. Adakah Daim akan membuat bising tentang hal ini? Apakah beliau akan menolaknya? Adakah beliau akan bertegas untuk mendapatkan bahagiannya? Dan selepas itu, bagaimana dengan Anwar? Adakah beliau akan meluluskan perkara itu? Bolehkah Anwar meyakinkan Suruhanjaya Sekuriti untuk menerimanya? Kedudukan yang sentiasa menjadi perhatian ramai itu telah mendorong Wan Azmi untuk bertindak sendiri, dengan bantuan Daim. Dan perbuatan tersebut telah menjangkau lebih jauh dari itu.

Wan Azmi juga sedia menyelesaikan segala perbalahan di dalam sindiket Daim yang sentiasa berkembang itu. Penyelesaian yang dibuat terbukti membawa lebih banyak keuntungan, seperti yang berlaku pada tahun 1990 apabila Syarikat Land & General milik Wan Azmi tampil menyelesaikan pertelingkahan  di antara  Pengerusi Berjaya Bhd. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dan Ketua Multi-Purpose Holdings Bhd. Lim Thian Kiat. Kata sepakat akhirnya dicapai dan Syarikat Land & General mendapat habuan yang merupakan salah satu dari projek perumahan yang amat memberangsangkan, Sri Damansara MPHB, d pinggiran ibu kota.

Krisis Kewangan Asia telah menjejaskan prestasi Wan Azmi buat seketika, seperti yang menimpa kebanyakan ahli-ahli perniagaan Malaysia baik dari kumpulan kroni mahupun bukan kroni. Beban yang ditanggungnya amat berat kerana Syarikat Land & General lebih banyak bergantung kepada pergerakan pasaran saham, yang merupakan sektor yang paling teruk terjejas oleh krisis itu dan mungkin yang paling lambat untuk pulih semula.

Seperti yang lazim dibuat oleh Wan Azmi, sewaktu membentangkan satu kertas kerja di acara tahunan Persidangan Perumahan dan Hartanah Kebangsaan Malaysia,  beliau telah menyalahkan semua pihak, termasuk dirinya dan regim Dr. M, di atas kemuraman pasaran saham. Katanya kesilapan-kesilapan telah dibuat oleh :-

“Pihak bank yang telah mengeluarkan pinjaman dengan berlebihan; pihak kerajaan yang telah membenarkan tanah-tanah dibangun secara keterlaluan dan meluluskan terlalu banyak projek; pihak pembeli yang membuat janji-janji kosong; dan para pemimpin yang memberi jaminan bahawa bunyi muzik itu tidak akan berhenti. Kesalahan kami sebagai pemaju adalah satu kesalahan yang tidak disengajakan dan kesilapan kami adalah satu kesilapan yang tidak boleh disalahkan!”

Walau bagaimanapun para penganalisis menjangkakan bahawa Syarikat Land & General akan berjaya mengumpulkan kekuatan kembali selaras dengan arahan kerajaan bagi penetapan kadar faedah pinjaman yang rendah serta tanah seluas10,000 ekar milik kumpulan itu. Yang membimbangkan sebenarnya adalah kerakusan Wan Azmi di dalam urusan perniagaannya seperti kursus-kursus golf dan banglo-banglo di Portugal; kegiatan perlombongan di Australia dan beberapa tempat lain; pusat peranginan di Melaka; sebuah bank di Mauritius, beberapa syarikat kecil di negeri kelahirannya di Kelantan dan lain-lain lagi.

Penulis merasa yakin akan keupayaan Wan Azmi untuk melepasi semua halangan untuk bangkit semula. Kebijaksanaannya di dalam selok-belok perniagaan akan banyak membantu ke arah itu. Tambahan pula, Daim tidak mungkin membelakangkan anak didik terbaiknya itu. Tergamakkah Batman meninggalkan Robin?

Sumber: Minda Rakyat.

Saturday, June 24, 2023

30 Isi Penting Berkenaan Hukum Bitcoin Yang Dihuraikan Oleh Pakar Kewangan Islam Antarabangsa Dr. Mohd Daud Bakar.

Bismillah.

Dr. Mohd Daud Bakar ialah seorang pakar kewangan Islam antarabangsa yang disegani. Beliau ialah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Amanie Group, iaitu sebuah kumpulan syarikat yang terdiri daripada pelbagai subsidiari seperti Amanie Advisors, Amanie Nexus, Amanie Academy, Amanie Global Tech, AbleAce Raakin Amanie dan sebagainya. Selain itu, beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta penasihat syariah bagi pelbagai institusi kewangan di peringkat antarabangsa.

Pada 29 November 2017, Dr. Mohd Daud Bakar telah berkongsi berkenaan dengan Bitcoin dan cyrptocurrency dari sudut Syariah dihadapan para pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Dr. Mohd Daud Bakar telah memulakan perkongsian dengan satu kenyataan yang mengejutkan iaitu "Bitcoin adalah patuh Syariah". Ini telah menyebabkan para hadirin terkejut dan tidak sabar untuk menantikan apakah hujah yang akan dibawa oleh Dr. Mohd Daud Bakar.

Beliau telah cuba untuk menjelaskan pemikiran dan hujah beliau namun oleh kerana kekangan masa, beliau hanya mampu berhujah dalam masa sekitar 20 minit. Ini kerana beliau terpaksa bersedia untuk satu Presentation kepada Board of Director Kuwait Finance House (KFH), satu meeting penting berkenaan pengambil alihan sebuah universiti swasta dan bersiap ke KLIA untuk pulang ke Dubai pada jam 5.00 petang. Video penjelasan tersebut boleh ditonton di FB Dr. Mohd Daud Bakar.

Beliau telah mendapat banyak banyak permintaan daripada netizen agar membuat perkongsian kedua dalam Bahasa Melayu memandangkan perkongsian beliau pada hari tersebut dalam English. Berdasarkan permintaan tersebut, maka beliau telah mengadakan satu lagi ringkasan eksekutif secara LIVE di Facebook beliau pada 30 November 2017, iaitu sejurus sahaja beliau tiba di Dubai.

Berikut merupakan 30 isi penting daripada video yang dikongsi oleh beliau:

#1. Matawang bukanlah suatu instrumen pelaburan. Ia adalah alat pertukaran / medium of exchange / thamaniah yang mendapat kepercayaan / trust / thiqah daripada masyarakat.

#2. Nabi Muhammad SAW tidak membatalkan matawang yang telah digunakan oleh masyarakat sebelum kedatangan Islam iaitu emas dan perak. Namun begitu Baginda SAW telah meletakkan garis panduan tertentu seperti hukum hakam as-saraf dan riba.

#3. Hadis Ubadah bin Somit adalah hadis yang paling tekenal dalam isu tukaran matangwang iaitu emas hanya boleh ditukar dengan emas, perak dengan perak. Sekiranya berbeza jenis maka ia boleh ditukar dengan kehendak dan persetujuan bersama dengan syarat ianya dilakukan secara lani / spot basis.

#4. Matawang juga terdedah kepada risiko naik dan turun termasuk emas.

#5. Sebarang perkara yang diterima oleh masyarakat sebagai alat pertukaran maka ianya dianggap wang. Ia juga akan tertakluk kepada hukum hakam riba berdasarkan hadis Ubadah bin Somit.

#6. Hadis Ubadah bin Somit hanya merujuk kepada hukum hakam riba dan bukan merujuk kepada hanya emas dan perak boleh dijadikan matawang.

Adakah matawang digital merupakan suatu matawang?

#7. Para sarjana masih menjalankan kajian terhadap matawang digital seperti Bitcoin dan lain-lain.

#8. Menurut pakar, matawang ini disokong oleh teknologi Blockchain yang sangat hebat dan mampan. Data dalam Blockchain tidak boleh diubah sehingga kiamat kerana kehebatan teknologinya. Maksud chain itu sendiri sama seperti sanad / rantaian dan ianya benar / real.

#9. Amanie telah menjalankan kajian intensif dan mengeluarkan fatwa pertama di dunia yang membenarkan pelabur untuk melabur dalam saham syarikat yang menerbitkan Bitcoin. Namun begitu, fatwa ini bersifat persendirian dan bukannya untuk kegunaan umum.

Bitcoin : Adakah ianya mempunyai ketidaktentuan yang jelas?

#10. Ramai orang menyatakan bahawa Bitcoin terdedah kepada ketidaktentuan / gharar kerana ianya mungkin akan lenyap, pemilik tidak jelas dan sebagainya. Sebenarnya terdapat perbezaan di antara risiko / khatar dan ketidaktentuan / gharar.

#11. Sebenarnya, semua perkara di atas dunia tidak akan terlepas dari risiko / khatar termasuk emas dan matawang-matang fiat.

#12. Risiko adalah fitrah tidak mempengaruhi hukum sesuatu perkara. Sebagai contoh, harga emas hari ini mungkin lebih rendah dari bulan lepas.

#13. Manakala ketidaktentuan / gharar pula adalah berkait dengan barang itu sendiri. Seperti ketidakjelasan pada bentuknya dan sebagainya. Ianya mempengaruhi hukum.

#14. Gharar membatalkan konteks syariah manakala khatar tidak.

Valuation / Nilai

#15. Ramai orang berkata matawang perlu kukuh dan kemas. Namun begitu, kita perlu mengetahui bahawa tiada barang yang tetap di dalam dunia.

#16. Pada zaman sekarang, saya juga tidak beriman dengan saranan orang ramai bahawa matawang perlu disandarkan kepada emas. Hal ini akan diulas dalam perbincangan yang lain.

#17. Sebenarnya, volatility tidak memberikan kesan kepada hukum matawang.

Adakah kerana matawang diperniagakan menyebabkan ianya sudah tidak boleh dianggap matawang?

#18. Tidak. Sebenarnya hukum membeli matawang untuk tujuan pelaburan atau membeli ketika nilai rendah dan menjual ketika nilainya tinggi adalah harus. Namun begitu ianya tertakluk kepada hukum hakam riba dan AAIOFI telah mengeluarkan piawaian berkenaan dengannya.

#19. Namun begitu, jual beli matawang secara margin dan ketiadaan pemilikan penuh seperti urusniaga forex dalam talian yang ada pada hari ini adalah haram dan berdosa besar.

#20. Kita tidak boleh menghalang mana-mana individu untuk berjual beli matawang tidak kira ianya digital ataupun fiat.

Hukum Bitcoin dan matawang krito

#21. Bitcoin atau matawang kripto secara konklusinya adalah HARUS dan SAH DI SISI SYARAK. Namun begitu ianya adalah TERTAKLUK KEPADA HUKUM HAKAM RIBA.

#22. Bitcoin perlu ditukar dengan matawang yang lain secara lani / spot basis atau T+2 iaitu dalam masa dua hari (dua hari adalah waktu kebiasaan untuk prosedur due diligence, pengesahan sumber matawang dan proses-proses pengesahan yang lain).

#23. HARAM menukar Bitcoin dengan matawang yang lain secara tertangguh.

Kesimpulan

#24. Concern Syariah pada Bitcoin / matawang adalah riba manakala concern negara pada Bitcoin adalah dari sudut kestabilan, bagaimana boleh diserap dalam ekonomi , kesan fiskal dan sebagainya.

#25. Bitcoin patuh dari sudut syariah namun ianya mungkin memberi kesan negatif seperti Money laundering, ketirisan dan aktiviti tidak sihat kepada negara. Ianya mungkin memberi kesan besar jika tidak dikawalselia dengan baik.

#26. Namun begitu, konteks perbincangan kita pada sesi ini adalah dari sudut hukum syariah berkait dengan Bitcoin itu sendiri sahaja.

#27. Bitcoin / matawang digital juga akan memberi impak positif kepada individu yang tidak mempunyai akses dalam sistem perbankan.

Nasihat Dr. Mohd Daud Bakar

#28. Jangan terpengaruh dengan aspek luaran yang tidak menjejaskan hukum matawang seperti turun naik nilai matawang, digunakan untuk pelaburan dna sebagainya.

#29. Apa yang paling penting dalam Islam bukanlah ilmu tetapi hikmah / wisdom iaitu cara kita menyampaikan ilmu tersebut.

#30. Janganlah kita melancarkan skim-skim pelaburan yang scam untuk memerangkap orang ramai melabur dalam Bitcoin padahal kita tidak mempunyai akses kepada matawang ini.

Source Article: http://www.kewangan.org

Thursday, May 11, 2023

Tujuan OPR Dinaikkan dari Masa ke Semasa

Bismillah.

OPR atau kaedah faedah pembiayaan sentiasa dinaikkan dari masa ke semasa buat masa sekarang. Sebagai rakyat marhaen, kita sudah tentu memarahi kerajaan kerana gagal mengawal tindakan yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Sebenarnya, ini adalah satu strategi untuk mengawal kenaikan harga barang di pasaran. Apabila OPR naik, maka ini akan menyusahkan para peminjam bank kerana komitmen kewangan akan bertambah. Secara tidak langsung, mereka akan kurang membeli barang di pasaran. Mahu tidak mahu harga barang di pasaran tidak akan naik kerana permintaan akan kurang kerana rakyat tidak akan ghairah untuk membeli-belah.

Apabila OPR naik juga, orang juga tidak akan membeli rumah kerana kadar faedah terus naik. Mahu tidak mahu pemaju tidak akan menaikkan harga hartanah kerana akan kurang pembeli. Ini akan mengekang harga rumah dari terus naik saban tahun.

Sudah tentu cara ini bagus untuk mengawal kenaikan harga barang. Tetapi, dari satu segi ini akan menyusahkan para peminjam bank yang mempunyai hutang yang banyak.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

 

Sunday, December 18, 2022

Kontrak Sosial - Orang Bukan Melayu Memungkiri Janji

Dalam kalangan generasi ahli politik dan pemimpin Melayu Cina dan India ketika itu juga difahami umum bahawa menjadi sebahagian kontrak sosial bahawa bukan Melayu akan membantu dan mengajar orang Melayu bagaimana memasuki perniagaan dan perdagangan. Ringkasnya, bukan Melayu hendaklah memberi bantuan kepada orang Melayu yang lembap dan membimbing mereka bersama untuk mencapai kejayaan negara. Inilah sebahagian daripada perjanjian ikhlas yang dipercayai umum wujud antara mereka. 

Walau bagaimanapun, berdasarkan rekod-rekod sejarah dan perangkaan – dan walau apa pun usaha dan kemurahan hati individu yang harus dipuji – bukan Melayu secara kumpulan tidak tampil ke muka  dengan bantuan yang sebenarnya kepada orang Melayu di sektor swasta. Parti Tindakan Demokratik (DAP), Persatuan Cina Malaysia (MCA), Gerakan dan Persatuan serta Pertubuhan Cina yang lain, mahupun Kongres India Malaysia (MIC), tidak tampil dengan inisiatif atau rancangan usaha sama kenegarawan, program dan projek untuk membantu orang Melayu, supaya terbentuk satu identiti di kalangan kumpulan ras, meskipun inisiatif sedemikian adalah untuk kepentingan mereka sendiri, yang memberi keselamatan dan jaminan untuk masa depan. 

Sebenarnya, perkara sebaliknya berlaku. Bukan Melayu mendiskriminasi orang Melayu dalam perniagaan dari segi kontrak, dalam pekerjaan dan lain-lain, memihak kepada kaum mereka sendiri. Melayu dianggap rendah dan malas serta hanya mampu melakukan kerja-kerja yang kurang memerlukan daya fikiran dan daya fizikal. Mereka juga dianggap tidak responsif kepada motif keuntungan dan kurang berinisiatif, serta apabila diberi sesuatu kerja, orang Melayu dianggap tidak berkeupayaan melaksanakannya dengan serius dalam jangka panjang, berbanding dengan ras-ras lain. Orang Melayu hanya diberi jawatan hiasan untuk tujuan kosmetik dan perhubungan awam, khususnya jika syarikat berkenaan mempunyai urusan dengan jabatan-jabatan kerajaan yang majoritinya ditadbir oleh pegawai Melayu. Secara praktik, orang Melayu telah memberi bukan Melayu hak-hak tak terpisah di bawah Perlembagaan sebagai ganti untuk apa yang akhirnya hanya berupa tidak lebih daripada janji-janji samar dan kosong oleh bukan Melayu. Janji-janji ini pun kini dinafikan oleh sesetengah bahagian komuniti bukan Melayu. 

Sumber:

Just Faaland, Jack Parkinson, dan Rais Saniman, Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2005, hlm. 22-23.

 


Sunday, December 11, 2022

Orang Melayu yang Ditindas oleh Orang Bukan Melayu dalam Lapangan Ekonomi

Diskriminasi sosial dan ekonomi terhadap orang Melayu oleh pihak komersial dan industri yang dikuasai oleh bukan Melayu meliputi pelbagai bentuk. Dalam perniagaan, bank-bank British dan Cina enggan melakukan apa-apa untuk orang Melayu kerana mereka dianggap tidak mempunyai pengalaman yang sesuai. Dalam perniagaan borong, runcit, eksport, dan import, mereka disisihkan oleh persatuan dan pertubuhan perniagaan. Meskipun orang Melayu mencari kerja dalam sektor swasta, namun mereka disisihkan oleh suku, bahasa, keutamaan budaya dan sekatan. Banyak kedai Cina dan India enggan memberi pekerjaan kepada orang Melayu. Hingga akhir-akhir ini, kedai-kedai India mengimport buruh dari India apabila mereka kekurangan kakitangan. Bagi pekerjaan bandar di luar kerajaan, hanya buruh kasar jenis terendah dibuka kepada orang Melayu: pekerjaan seperti penarik beca, pemandu, dan jaga. 

Sumber: 

Just Faaland, Jack Parkinson, dan Rais Saniman, Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2005, hlm. 7.


Sunday, October 2, 2022

Peranan FELDA dan FELCRA

Federal Land Development Authority (FELDA) dan Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA) adalah tidak lagi asing dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam usaha untuk menyusun semula penempatan masyarakat. 

Matlamat kedua-dua projek ini adalah untuk membantu keluarga miskin di kawasan luar bandar mempunyai kerja yang menghasilkan pendapatan yang mencukupi dan melepasi garis kemiskinan. Melalui pendekatan ini, keluarga yang dipilih akan dipindahkan ke kawasan penempatan baru. Rumah dan tanah seluas suku ekar akan diberikan kepada setiap keluarga. 

Sebagai tambahan, setiap keluarga akan diberikan sepuluh ekar tanah untuk aktiviti pertanian. Selepas satu jangka masa tertentu (kebiasaannya selepas 20 tahun) keluarga tersebut akan mendapat hak milik bagi tanah tersebut. Akan tetapi, tanah yang diberikan tidak boleh atau dijual tanpa kebenaran daripada kerajaan persekutuan atau agensi yang terlibat.

Rancangan Penempatan Semula FELDA ditubuhkan mengikut Akta Kemajuan Tanah 1956 dan telah terlibat sepenuhnya dalam aktiviti pembangunan komuniti dalam aktiviti pembangunan komuniti bermula tahun 1966. Masyarakat yang dipilih untuk ditempatkan di kawasan pembangunan tanah yang dilaksanakan oleh FELDA membentuk organisasi komuniti mereka sendiri.

Melalui organisasi komuniti yang terbentuk ini, mereka semua dikenali sebagai peneroka FELDA. Pembentukan organisasi komuniti ini telah berjaya membentuk komuniti yang bersatu-padu. Secara umumnya, rancangan penempatan semula yang dilaksanakan oleh FELDA telah berjaya meningkatkan pendapatan penghuninya.

Sehingga tahun 2004, FELDA telah membuka 275 buah rancangan penempatan melalui penerokaan kira-kira 447,578 hektar tanah di seluruh negara. Sehingga tahun 2004 juga terdapat seramai kira-kira 103,156 orang peneroka di seluruh negara yang menyertai FELDA. Kira-kira 71.01 peratus atau 319,684 hektar tanah yang diterokai oleh peneroka FELDA mengusahakan tanaman kelapa sawit. Tanaman getah pula melibatkan kira-kira 27.54 peratus atau 123,997 hektar tanah FELDA. Manakala tanaman tebu melibatkan kira-kira 1.04 peratus atau 4,663 hektar dan tanaman-tanaman lain meliputi sebanyak 0.41 peratus atau 1,846 hektar daripada keseluruhan tanah rancangan FELDA.

Bagi menambah lagi kegiatan ekonomi peneroka, FELDA telah menubuhkan sebanyak 287 buah koperasi di seluruh tanah Rancangan FELDA. Sehingga tahun 2004, Koperasi FELDA ini disertai oleh kira-kira 99,904 orang peneroka FELDA di seluruh negara dan memiliki modal kira-kira RM40,981,872.00. 

Rancangan Penempatan Semula FELCRA pula memulakan rancangan tanah untuk pembangunan komuniti pada tahun 1966 di bawah Akta Parlimen No. 22. Penubuhan FELCRA ini bertujuan untuk mengatasi masalah pembangunan tanah khususnya untuk proses pemulihan tanah. Objektif utama FELCRA adalah untuk memulih dan membangunkan tanah dengan persetujuan atau permintaan kerajaan negeri atau atas usaha FELCRA sendiri atau atas permintaan pemilik tanah itu sendiri. 

Di bawah program pemulihan, usaha yang dilakukan oleh FELCRA ditumpukan kepada pembangunan tanah terbiar yang terdapat di kampung-kampung tradisional. 

Sejak tahun 1966, FELCRA telah membuka lebih kurang 163 buah rancangan tanah di seluruh negara. Terdapat empat jenis rancangan tanah FELCRA iaitu rancangan pemulihan tanah terbiar, rancangan tanah pinggir, rancangan tanah belia, dan rancangan pembangunan tanah in-situ. 

Di bawah sistem pengurusan FELCRA, setiap rancangan tanah dianggap sebagai estet dengan kesemua peneroka dianggap sebagai teman sekerja yang sama-sama berkongsi faedah estet tersebut dan bertanggungjawab untuk membayar balik kos-kos pembangunan estet berkenaan. Peserta FELCRA akan dibayar upah daripada kerja-kerja yang dilakukan di rancangan tanah mereka. 

Di samping itu, peserta juga berhak menerima dividen daripada rancangan tanah mereka. Tanaman utama yang diusahakan di estet FELCRA ialah kelapa sawit, getah, dan padi. Pada tahun 2003 keluasan tanah yang ditanam dengan kelapa sawit ialah 154,483.50 hektar, getah seluas 42,279.30 hektar, dan tanaman padi seluas 6,095.72 hektar.

Peserta FELCRA juga mengambil inisiatif untuk menubuhkan koperasi bagi menggerakkan sumber yang ada dalam komuniti mereka. Koperasi peneroka FELCRA bertindak untuk menawarkan kredit, input pertanian, penyimpanan, dan pemasaran hasil pertanian. Sehingga tahun 2006 terdapat sebanyak 160 buah koperasi dengan keahlian kira-kira 43,696 orang di seluruh rancangan FELCRA.

Sumber: Haris Abd. Wahab dan Siti Hajar Abu Bakar, Perkembangan Pendekatan Pembangunan Komuniti Luar Bandar di Malaysia, 2007.

https://wankamarul701.blogspot.com

Saturday, September 10, 2022

Dakwaan Bukan Bumiputera Perosak Ekonomi Negara – Dakwaan Haji Hadi adalah Berfakta

Baru-baru ini Haji Hadi dipanggil oleh polis kerana dakwaannya yang menyatakan bahawa golongan bukan Bumiputera merupakan perosak ekonomi negara ini. Haji Hadi disiasat di bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum. Selain itu, beliau disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Ini adalah berikutan sebanyak 28 laporan polis dibuat berhubung dengan kenyataan yang dibuat terhadap beliau kerana didakwa berbaur perkauman. Mujurlah bukan satu Malaysia yang membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau.

Baiklah, jika ditelusuri dengan kenyataan Haji Hadi adakah benar golongan bukan Bumiputera ini merupakan perosak ekonomi negara ini? Adakah Haji Hadi yang juga merupakan Presiden sebuah Parti Islam berniat untuk bermain sentimen agama atau kaum dalam isu ini? Saya yakin sebagai pemimpin yang mengemudi sebuah Parti Islam kata-kata beliau itu adalah berdasarkan kepada fakta.

Sebenarnya, kajian berhubung rasuah di negara ini telah dibuat oleh sebuah kajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di sebuah universiti tempatan yang menunjukkan 88 peratus yang didapati bersalah kerana memberi rasuah antara tahun 2010 sehingga 2014 adalah bukan Melayu. Daripada kajian ini didapati bahawa 57.46 peratus yang memberi rasuah yang didapati bersalah adalah daripada kaum Cina, diikuti dengan kaum India sebanyak 30.51 peratus dan kaum Melayu sebanyak 12.03 peratus.

Jelas daripada angka ini yang didapati bersalah memberi rasuah bagi kaum bukan Melayu adalah sebanyak 88 peratus yang merupakan pecahan terbesar berbanding kaum Melayu iaitu sebanyak 12.03 peratus sahaja. Kertas kajian ini telah diterbitkan oleh jurnal antarabangsa yang berwibawa di sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat.

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya rasuah ini adalah disebabkan ingin melepaskan diri daripada hukuman sama ada denda ataupun penjara. Selain itu, faktor lain yang menyumbang kepada rasuah ialah kerana ingin mendapat tender perolehan dan sebagainya.

Pihak-pihak yang membuat laporan polis ini sepatutnya menyiasat dan menyelidiki dulu fakta atau hujah dikemukakan oleh Haji Hadi ini. Bukannya terasa hati kerana didakwa sebagai kaum pemberi rasuah terbesar lalu membuat laporan polis. Hakikatnya ini adalah sebuah kajian berfakta lagi berwibawa.

Lagipun, sekiranya Haji Hadi didapati bersalah, adakah kajian tesis PhD tersebut adalah tidak perlu diperakukan kerana memainkan sentimen perkauman? Atau adakah jurnal kajian ini yang telah diterbitkan oleh sebuah universiti termuka Amerika Syarikat ini perlu ditarik balik?

Atau adakah kajian ini setakat kajian sahaja dan tidak boleh didedahkan kepada umum kerana dibimbangi akan memainkan sentimen perkauman?

Fakta adalah fakta dan kita perlu berpegang kepada kebenaran.

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Sunday, July 17, 2022

Bank Grameen dan Peranannya Mengurangkan Kemiskinan di Bangladesh


Penubuhan Bank Grameen adalah berkait rapat dengan usaha Profesor Muhammad Yunus, pemenang hadiah Nobel kerana ketokohannya yang merupakan profesor ekonomi di Universiti Chittagong. Pada asalnya, beliau (Prof Yunus) melancarkan program penyelidikan bagi membantu golongan miskin di Bangladesh yang mendiami kawasan luar bandar dan tidak bertanah. Sememangnya, golongan miskin ini adalah tidak layak untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka melalui aktiviti-aktiviti ekonomi. 

Projek penyelidikan pertama ini dilancarkan pada tahun 1976. Program ini mempunyai lima objektif utama iaitu meluaskan kemudahan bank kepada orang miskin, membasmi penindasan oleh pemberi pinjaman kewangan, mewujudkan peluang bekerja sendiri, mengorganisasikan mereka yang tidak bernasib baik dalam kerangka untuk mempertingkatkan tahap ekonomi dan sosial mereka melalui sokongan sesama sendiri, dan mengeluarkan golongan miskin ini daripada putaran ganas kemiskinan. 

Projek rintis ini dijalankan di sebuah kampung bernama Jobra yang berhampiran dengan Universiti Chittagong termasuk kampung-kampung berdekatan. Alhamdulillah, projek rintis ini yang dijalankan selama tiga tahun antara tahun 1976 sehingga 1979 membuahkan hasilnya. Setelah kejayaan ini, projek ini diperluaskan ke daerah Tangail (berdekatan Dhaka). Projek ini dijalankan dengan bantuan Bank Pusat Bangladesh. Kejayaan di daerah Tangail ini pula menyebabkan projek ini diperluaskan ke beberapa buah daerah lain di Bangladesh. Pada Oktober 1983, Projek Bank Grameen diubah menjadi bank formal di bawah undang-undang khusus yang dikenali sebagai Bank Grameen. 

Struktur pengurusan Bank Grameen adalah mengikut penyeliaan berperingkat iaitu daripada tertinggi kepada terendah. Pejabat Pusat (1 unit), Pejabat Zon (39 unit), pejabat kawasan (247 unit), pejabat cawangan (2,422 unit), pusat (126,000 unit), kumpulan (1,128,000 unit) dan ahli adalah seramai 7.12 juta orang di mana 97 peratus daripada mereka ini adalah wanita. 

Perlu anda ketahui bahawa kredit mikro ini adalah pinjaman secara kecil-kecilan yang diberikan kepada golongan miskin untuk membiayai aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan mereka. Perkara ini disebabkan mereka tidak dapat memenuhi syarat-syarat untuk mendapatkan pinjaman bank. Pinjaman ini adalah diberikan secara berkelompok di mana para peminjam ini akan berkumpul secara mingguan. Para peminjam perlu menubuhkan kumpulan (1 kumpulan seramai 5 orang) dan seterusnya membentuk Pusat. Kebiasaannya, pinjaman secara kredit mikro ini diberikan kepada kaum wanita.

Bank Grameen yang beroperasi di Bangladesh secara umumnya memberi pinjaman kepada kaum wanita bagi mengeluarkan mereka daripada putaran ganas kemiskinan. Secara politik, sosial dan ekonominya wanita ditindas dalam masyarakat Bangladesh. Dengan kata lain, peluang untuk keluar daripada kemiskinan adalah sukar. 

Dari sudut budaya di Bangladesh pula, golongan wanita secara umumnya adalah tidak selamat. Mereka juga boleh ditendang oleh suami mereka untuk keluar dari rumah pada bila-bila masa sahaja. Mereka juga tidak selamat berada bersama ibu bapa mereka kerana dianggap sebagai beban keluarga. Mereka mesti berkahwin dengan apa cara sekalipun. Jika bercerai dengan suami mereka setelah berkahwin, mereka dianggap memalukan ibu bapa mereka. Atas alasan ini, Bank Grameen ingin membantu golongan wanita yang malang ini di negara mereka.

Wanita yang telah berkahwin di Bangladesh juga tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada suami mereka. Mereka bila-bila masa sahaja boleh ditinggalkan oleh suami mereka apabila menghadapi kebuluran ataupun bencana alam dan terpaksa membesarkan anak-anak mereka sendirian. Suami yang tidak bertanggungjawab ini barangkali meninggalkan keluarga mereka dan menetap di tempat baru sambil mencari bini baru.

Kejayaan Bank Grameen menunjukkan 50 peratus peminjam wanita bank ini berjaya menambah pendapatan isi rumah mereka berbanding dengan kaum lelaki. Pendapatan yang diperoleh oleh kaum wanita ini digunakan untuk meningkatkan tahap kesejahteraan hidup isi rumah mereka berbanding kaum lelaki pendapatan yang diperoleh adalah digunakan untuk tujuan lain (mungkin untuk berfoya-foya) di Bangladesh. 

Antara ciri utama Bank Grameen ialah pinjaman dibayar balik setiap minggu, jadual pembayaran ditetapkan oleh melalui ahli-ahli yang terlibat, jadual bayaran balik adalah luwes bagi projek yang bermusim iaitu peminjam boleh membayar kurang sekiranya hasil belum dapat dituai dan boleh membayar lebih sekiranya hasil telah dapat dituai, tempoh pinjaman diberikan antara tempoh 3 bulan, 6 bulan, atau sehingga 1 tahun, pinjaman yang bertunggak dihapuskan untuk menjimatkan kos operasi, dan pembayaran bayar balik pinjaman dibuat di hadapan orang ramai.

Petunjuk Bank Grameen yang digunakan bagi menentukan seseorang itu telah berjaya keluar daripada kemiskinan ialah sebuah keluarga mendiami rumah bernilai Tk. 25,000 atau rumah beratapkan zin, dan setiap ahli keluarga tidur di atas katil dan tidak di atas lantai, ahli keluarga minum air bersih, semua anak dalam keluarga yang berumur lebih enam tahun bersekolah atau tamat sekolah, ansuran pinjaman mingguan sekurang-kurangnya Tk. 200, keluarga menggunakan tandas, baki simpanan peminjam adalah sekurang-kurangnya Tk. 5,000, keluarga dapat menyediakan makanan sebanyak 3 kali sehari dan tiada ahli keluarga yang lapar dalam tempoh setahun, dan keluarga boleh menjaga kesihatan.

Wallhua’alam.

Sumber: 

Laily Paim dan Sharifah Azizah Haron (editor), Kemiskinan di Malaysia: Isu Fundamental & Paparan Realiti, 2010, Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang.

https://wankamarul701.blogspot.com