Friday, December 22, 2023

Menara Ilham Disita – Apakah Tindakbalas Tun Daim Selepas Ini?



Menara Ilham Milik Tun Daim - Sekurang-kurangnya ada juga simbol Melayu di tengah-tengah
bandar raya Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Menara Ilham bernilai berjuta-juta dolar, sebuah bangunan komersial milik keluarga mantan menteri kewangan Malaysia, Daim Zainuddin, telah disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menurut sumber, dalam peningkatan mendadak terhadap siasatan berterusan ke atas kontroversi urus niaga oleh entiti korporat yang sebelum ini ditadbir oleh UMNO.

Eksekutif kewangan yang rapat dengan Encik Daim, yang memegang kuasa besar semasa Dr Mahathir Mohamad menyandang jawatan perdana menteri sebanyak dua kali, memberitahu Mediacorp bahawa rampasan itu dijalankan pada Khamis (21 Dis), berikutan keengganan mantan ahli politik itu untuk mematuhi petisyen daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengisytiharkan pegangan kewangan beliau dan keluarganya.

Tindakan SPRM terhadap Encik Daim adalah sebahagian daripada siasatan antipengubahan wang haram yang bermula pada akhir Mei ke atas transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 melibatkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang merupakan bekas tunggak perniagaan yang terikat dengan UMNO ketika ia mentadbir Malaysia.

Pegawai SPRM tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan segera dan Encik Daim, yang berkhidmat sebagai bendahari UMNO antara 1984 dan 2001, juga tidak mahu mengulas.

Eksekutif kewangan yang rapat dengan Encik Daim berkata bahawa mantan ahli politik itu menerima arahan daripada SPRM pada akhir Mei untuk mengisytiharkan pegangan kewangannya dan aset lain milik ahli keluarganya.

Tetapi Encik Daim menolak permintaan tersebut dan sebaliknya menegaskan semasa disoal oleh pegawai SPRM bahawa beliau tidak ada kena-mengena dengan perjanjian Renong-UEM.

Encik Daim menegaskan bahawa perjanjian korporat, yang melibatkan UEM memperoleh 33 peratus kepentingan dalam Renong, adalah semata-mata transaksi korporat antara syarikat yang ditadbir oleh pengurusan, lembaga pengarah dan pemegang saham masing-masing, kata eksekutif kewangan yang rapat dengan mantan ahli politik itu.

Encik Daim juga meminta lanjutan untuk memberikan butiran mengenai pegangan kewangannya dan meminta SPRM mendedahkan sebab di sebalik petisyen pengisytiharan aset, termasuk dakwaan beliau disiasat kerana melakukan kesalahan.

Sumber-sumber memberitahu Mediacorp bahawa pada awal Disember, Encik Daim telah menerima pemberitahuan daripada SPRM bahawa beliau tidak lagi akan menerima sebarang tempoh lanjutan, yang membawa kepada rampasan Menara Ilham pada Khamis (21 Dis).

Di bawah perintah sita itu, SPRM akan mengambil alih hartanah tersebut.

Sumber : CNA/AE/ae

Kredit: https://berita.mediacorp.sg/

Ulasan:

Sudah tentu penyitaan aset bangunan iaitu Menara Ilham milik bekas Menteri Kewangan, Tun Daim memberi tamparan hebat kepada maruah individu yang pernah menjadi individu ketiga paling berkuasa di negara ini (Menteri Kewangan). Berita ini sudah tentu menggemparkan negara malam semalam (10.00 malam, 21 Disember 2023) apabila berita di atas talian kecoh melaporkan sebuah bangunan milik bekas Menteri Kewangan ini telah disita. 

Anwar Ibrahim semasa menjadi pembangkang berulang-kali menyebut bahawa Tun Daim merupakan tokoh paling korup dalam Malaysia. Apabila telah memegang kuasa eksekutif dengan menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh untuk mendakwa Tun Daim pada kali ini. 

Sudah tentu langit tidak selamanya cerah. Sewaktu menjadi Menteri Kewangan, sudah tentu Tun Daim memperhitungkan segala risiko sekiranya beliau ingin membolot harga negara masuk ke dalam poketnya andai kata Barisan Nasional sudah lagi tidak berkuasa selepas itu. 

Seperti biasa, Tun Daim apabila dilempar dengan pelbagai tuduhan terutamanya rasuah akan terus diam dan meminta pihak yang melemparkan tuduhan kepada beliau supaya mengemukakan bukti. Ini yang terjadi apabila beliau dilemparkan tuduhan rasuah apabila mempunyai kepentingan peribadi apabila penswastaan giat dilaksanakan pada era 1980 – 1990-an sebelum krisis ekonomi Asia 1997/ 98 meletus. 

Sudah tentu Tun Dr. Mahathir yang merupakan sahabat baik Tun Daim tidak akan membiarkan sahabat baiknya keseorangan untuk menghadapi segala kemungkinan jika tindakan undang-undang diambil ke atas Daim. 

Apakah yang akan terjadi selepas ini? Mungkinkah kerajaan campuran pimpinan Anwar Ibrahim akan goyah dan runtuh jika Tun Daim bertindak balas? Bak kata pepatah, “Jangan baling batu kepada orang lain jika anda tinggal di rumah kaca.”

Wallhua’lam.

https://wankamarul701.blogspot.com

Monday, December 11, 2023

Sekitar Persidangan Antarabangsa Sejarah dan Warisan Budaya di Alam Melayu ( 7 - 8 Disember 2023) di Universiti Malaya

 




Pembentangan Sejarah Batik dari Pembentang UitM Perak ... Menarik Juga..


Pembentangan Persembahan Hamdolok...

Prof Farish A. Noor pun ada juga...

Pembentangan mengenai sejarah kereta Kijang Baru di Indonesia.. Di Malaysia kereta ini dikenali sebagai Toyota Unser.. Menarik kan?


Pembentangan sejarah hubungan Malayasia - Bangladesh...

Sesi maklum balas selepas pembentangan... 

Para pembentang dan hadirin selepas tamat sesi... Cuba teka, di mana saya?