Sedar tak
sedar kita sudah melangkah masuk RMKe-11 bermula tahun depan (2015-2019).
Mujurlah umur saya ini ganda lima di mana ia akan selari dengan setiap lima
tahun Rancangan Malaysia yang baru.
Oleh kerana
umur kita sudah bertambah maka kewangan kita sekarang sudah semakin kompleks.
Jika anda mengikuti penulisan blog saya sejak tahun 2010, anda akan dapati saya
banyak menulis asas-asas kewangan. Diharap anda dapat mengambil tip-tip dengan
apa yang sampaikan di dalam blog ini.
Sekarang saya
bercadang untuk memfokus kepada bisnes pula untuk rancangan lima tahun akan
datang yakni tahun 2015-2019. Sekejap sahaja rasakan masa berlalu?
Apa rancangan
bisnes anda semua? Sudah tentu kalau seseorang itu suka menulis, dia akan kekal
sifatnya sebagai penulis. Hehehe... Benar bukan? Begitu juga dengan saya,
asal-asalnya saya hanya menulis blog sekadar hobi sahaja. Sedar tak sedar dapat
menulis sebuah buku.
Oleh itu, saya
akan memfokuskan bisnes penulisan buku bagi rancangan lima tahun akan datang. Saya
bercadang untuk menulis dan terbitkan buku sekurang-kurangnya sekali setahun.
Ini bermakna saya akan menulis dan menerbitkan buku sekurang-kurangnya 5 buah
buku antara tahun 2015-2019. Ini adalah minimum. Jika ada kelapangan rezeki dan
masa yang lebih maka boleh menghasilkan 2 buah buku setahun atau 10 buah buku dalam
masa 5 tahun akan datang.
Bagaimana pula
dengan belajar? Pengajaran hidup saya ialah jangan belajar kalau hendak bekerja
dan jangan bekerja kalau hendak belajar. Jika anda sibuk untuk mengejar duit,
anda terpaksa kerahkan tenaga anda untuk mencari ilmu jika membuat dua kerja
dalam satu-satu masa. Oleh itu, buat keputusan untuk memilih salah satu hala
tuju hidup anda.
Bagaimana pula
dengan hartanah? Adakah anda bercadang untuk membeli atau menambah aset
hartanah anda dalam tempoh 5 tahun ini? Mungkin boleh juga kerana ekonomi
Malaysia akan meleset sekitar tahun 2016/17 pula kerana kitaran ekonomi negara
kita akan merudum setiap 5 tahun sekali.
Pendek kata,
kita perlu membuat perancangan bagi membawa hala tuju hidup kita selepas ini.
Jadikan kesilapan dan kesalahan yang lepas sebagai pengajaran hidup kita. Bak
kata Dr. M, “Sejarah merupakan guru terbaik buat seseorang. Namun kita sebagai
anak muridnya gagal menjadikannya sebagai pengajaran.”
Wallhua’lam.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment