Seperti biasa, pada
hujung tahun kompani saya akan membuat bengkel bajet tahunan untuk tahun 2015. Apa yang
menarik ialah pembentangan yang dibuat megenai Air Asia yang berjaya
menjadi syarikat penerbangan terkenal di seantero dunia kerana kejayaan
pengurusannya. Terdapat 2 sebab utama Air Asia berjaya iaitu berjaya membuat
cut cost dan berjaya memberi perkhidmatan cemerlang.
Dalam mencapai
keuntungan organisasi, terdapat 2 cara iaitu (1) Memaksimumkan keuntungan dan
(2) kurangkan kos operasi. Jika langkah (1), sesebuah organisasi terpaksa
mengerah kakitangan mereka untuk membuat jualan demi mencapai keuntungan yang
besar untuk syarikat.
Namun, keupayaan
manusia adalah terbatas untuk membuat sale yang banyak untuk menjana keuntungan berganda mengikut
tempoh tertentu. Andaikan seseorang kakitangan hanya perlu membuat tambahan sale sebanyak 2 kali ganda daripada sale biasa iaitu RM2 juta sebulan . Oleh sebab syarikat ingin memaksimumkan keuntungan maka kakitangan
tersebut perlu membuat jualan sebanyak RM4 juta sebulan. Sudah tentu ini tidak
dapat dibuat kerana memaksa kakitangan tersebut membuat kerja di luar
kemampuannya.
Justeru kaedah (2)
merupakan kaedah paling berkesan untuk memaksimumkan keuntungan iaitu dengan
memotong perbelanjaan tidak perlu. Strategi ini yang digunakan oleh tony
Fernandez bagi mengangkat nama syarikat penerbangan udara Air Asia.
Air Asia pada mulanya
merupakan sebuah syarikat DRB-HICOM yang mempunyai hutang di samping kerugian
yang amat besar. Oleh itu, ia diambil oleh Tony Fernandez melalui syarikatnya
iaitu Tune Air Sdn. Bhd.
Bagaimana Air Asia
membuat cut cost utama dalam belanja operasinya?
Antaranya ialah
membeli kapal terbang terpakai dan menawarkan skim gaji yang rendah kepada para
juruterbang. Peristiwa 11 September 2001 memberi rahmat kepada Air Asia kerana
ramai juruterbang dibuang kerja kerana ramai orang ketika itu kurang yakin
dengan keselamatan menggunakan pengangkutan udara. Mahu tidak mahu juruterbang
yang menganggur ini terpaksa bekerja dengan Air Asia untuk menampung kehidupan
mereka dengan skim gaji perkhidmatan yang rendah.
Selain itu, Air Asia Cuma
menggunakan kapal terbang second hand sahaja untuk menjimatkan kos. Ditambah
pula dengan memotong kos operasi dan kos harian yang meliputi pekerja, tempat
mendarat dan sebagainya. Setelah mereka mendapat dana yang cukup, barulah
mereka menggantikan kapal terbang yang lama ini dengan yang baru.
Antara perubahan yang
dibawa oleh Fernandez dalam Air Asia juga mewujudkan kakitangan yang
multi-tasking iaitu kakitangan yang boleh membuat pelbagai kerja dalam
satu-satu masa, memperkenalkan harga tempahan yang amat murah sehingga RM1,
penjenamaan semula luar negara dengan rakan strategik Virgin, dan mewujudkan
tempat penginapan seperti Tune Hotels dan lain-lain lagi.
Dengan memperkenalkan
tempahan tiket awal iaitu 9 bulan sebelum berlepas menyebabkan Air Asia
mempunyai dana untuk membayar hutang-hutangnya.
Apa yang lebih
membanggakan lagi Air Asia berjaya membeli pasukan bola sepak England iaitu
Queen Park Ranger (QPR) yang berjaya meletakkan nama Air Asia di persada
antarabangsa.
Sememangnya Malaysian
Airlines System (MAS) yang amat tenat sekarang memerlukan pengurusan seperti
Air Asia. Sehingga 31 Disember 2013, MAS telah mengalami kerugian sebanyak
RM1.2 bilion. Berlainan sekali dengan Air Asia di mana ia boleh membuat
keuntungan sebanyak RM549 selepas cukai pada tahun 2009.
3 sebab yang akan
mempercepatkan MAS akan jatuh bankrap sekiranya tidak berubah mulai sekarang
iaitu kenaikan kos tidak terkawal, pengurusan yang lemah, dan rangkaian
destinasi yang tidak strategik.
Mana-mana syarikat di
dunia akan mencapai turning point dalam pergerakan bisnesnya yakni akan
mencapai titik puncak keuntungan dalam operasinya dan seterusnya akan jatuh
merudum. Contoh-contoh syarikat yang telah jatuh menyembah bumi yang pernah
tersenarai dalam Fortune 500 ialah Kodak, General Motors, Enron, McDonell
Douglas, dan Nokia.
Dalam mana-mana
syarikat pengurusan operasi perniagaan sekalipun, perbelanjaan berhemat
menentukan kejayaan sesebuah syarikat. Prinsip saya dalam pengurusan ialah, “Kita
tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak.” Jika tidak, syarikat yang dipacu
oleh kita tidak akan ke mana.
No comments:
Post a Comment