Maklum balas yang diterima daripada pembaca buku Biar
Sedikit Asal Diberkati (BSAD) ialah apakah bakat yang dimiliki oleh mereka? Kadang-kadang
kita sendiri pun tidak tahu apakah bakat yang kita miliki yang kita boleh
gunakan dan sekaligus boleh digunakan sebagai pendapatan sampingan kita.
Kita harus percaya setiap orang dilahirkan di
dunia ini mempunyai bakat atau kemahiran masing-masing untuk meneruskan
kehidupan mereka. Tanpa bakat atau kemahiran, mustahil seseorang itu boleh
meneruskan kehidupan mereka di dunia ini.
Sebagai sebuah organisasi yang membantu keluarga
miskin dan berpendapatan rendah, organisasi saya percaya bahawa setiap keluarga
miskin mahupun berpendapatan rendah ini mempunyai kemahiran tertentu yang perlu
digarapkan dan digunakan untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka. Pembiayaan
yang diberikan bukanlah secara percuma tetapi pembiayaan yang diberikan ini
diharap dapat dijana oleh mereka untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Contohnya ialah mereka mempunyai kemahiran
menjahit tetapi tidak mempunyai modal untuk membuat bisnes menjahit. Oleh itu,
pembiayaan disalurkan kepada mereka untuk membuat bisnes menjahit.
Baiklah, cuba anda renungi diri anda. Apakah
kemahiran yang anda miliki? Mungkin anda mempunyai kemahiran-kemahiran berikut
:
1. Menulis
2. Mengajar tuisyen
3. Membuat seminar
4. Menjual untuk membuat direct-selling
5. Lain-lain
Anda boleh cuba-cuba perkara-perkara di atas
berdasarkan kepada minat dan kemahiran anda. Fokuslah dalam membuat sesuatu.
Jangan buat kerja hangat-hangat tahi ayam dalam menjana pendapatan sampingan
anda. Jika tidak membuahkan hasil, anda boleh mencuba perkara-perkara yang
lain.
Jika anda berminat untuk membuat bisnes kek. Anda
perlulah fokuskan untuk membuat kek sahaja. Banyak lambakan kursus-kursus yang
dianjurkan di luar sana yang disediakan untuk orang-orang yang ingin belajar.
Anda bolehlah mengasah bakat anda dengan menghadiri kursus-kursus ini.
Apa yang penting ialah anda janganlah cuba untuk
membuat semua perkara dalam satu-satu masa kerana keupayaan kita adalah terhad.
Ada 2 kaki, 2 tangan, dan 24 jam sehari. Fokus satu-satu perkara terlebih
dahulu kemudian baru boleh beralih kepada yang lain setelah ianya berjaya.
Insya-Allah.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment