Saturday, January 3, 2015

Tahun 2015 : Tambahkan Lagi 2 Rakaat Solat Dhuha


Selamat menyambut tahun baru 2015 diucapkan kepada pembaca-pembaca blog ini. Semoga anda terus dapat memanfaatkan dan mengamalkan ilmu-ilmu atau tip-tip yang berada di dalam blog ini.

Mari kita renungi kata-kata Saidina Ali bin Abi Talib seperti berikut :

“Jika hari ini adalah lebih baik daripada semalam maka berbahagialah orang itu. Jika hari ini sama dengan hari semalam maka sia-sialah orang itu. Jika hari ini lebih buruk daripada semalam maka celakalah orang itu.”

Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah mengenai solat dhuha kita iaitu ubat mujarab kita untuk sentiasa dimurahkan rezeki.

Apakah anda semua sudah mengamalkan solat dhuha setiap hari? Jika belum, amalkan mulai sekarang bermula tahun baru ini.

Jika anda sudah amalkan solat dhuha, tambahkan lagi 2 rakaat solat dhuha pada tahun ini. Bilangan solat sunat dhuha yang paling afdal dilakukan ialah sebanyak 8 rakaat. Oleh itu, tingkatkan lagi amalan solat sebanyak 2 rakaat setiap tahun sehingga anda dapat mengamalkan solat dhuha sebanyak 8 rakaat setiap hari.

Jika anda belum amalkan solat dhuha, amalka solat dhuha sebanyak 2 rakaat dahulu mulai tahun ini.

Jika anda amalkan solat dhuha 2 rakaat setiap hari, tambahkan 2 rakaat lagi supaya anda mengamalkan solat dhuha 4 rakaat setiap hari.

Jika anda amalkan solat dhuha 4 rakaat setiap hari, tambahkan 2 rakaat lagi supaya anda mengamalkan solat dhuha 6 rakaat setiap hari.

Jika anda amalkan solat dhuha 6 rakaat setiap hari, tambahkan 2 rakaat lagi supaya anda mengamalkan solat dhuha 8 rakaat setiap hari.

Jika anda sudah mengamalkan solat dhuha 8 rakaat setiap hari, teruskan amalan anda setiap hari.

Pintu rezeki sentiasa terbuka kepada kita semua dengan solat dhuha. Jika makin banyak amalan solat dhuha, Insya-Allah makin berganda-ganda rezeki yang datang kepada kita dengan rahmatNya. Wallhua’lam.


http://wankamarul701.blogspot.com

No comments: