Monday, January 5, 2015

Apabila Rabiatul Adawiyah Yakin dengan Surah al-An’am ayat ke-160

Nama Rabiatul Adawiyah sudah pasti dikenali oleh kita dalam sejarah sebagai seorang kekasih Allah s.w.t. yang terkenal.

Diceritakan bahawa beliau didatangi dua tetamu dan ketika itu beliau menghidangkan 2 keping roti kepada tetamu tersebut. Tidak semena-mena datang seorang peminta sedekah yang kelaparan kerana lama tidak menjamah makanan. Lalu, Rabiatul Adawiyah mengambil 2 keping roti yang dihidangkan kepada tetamu dan diberikan kepada peminta sedekah tersebut.
Ini kerana beliau yakin bahawa setiap 1 kebaikan yang dibuat akan dibalas dengan 10 kebaikan oleh Allah s.w.t.
Tidak lama selepas itu datang pesuruh raja yang menghantar kepada roti kepada Rabiatul Adawiyah sebanyak 18 keping roti walhal pada asalnya raja tersebut menyuruh khadamnya menghantar 20 keping roti kerana 2 keping roti tersebut telah diambil oleh khadam tersebut.
Setelah khadam tersebut tiba kepada Rabiatul Adawiyah, beliau mendapati bahawa hanya 18 keping roti dihantar kepadanya.    Lalu Rabiatul Adawiyah menyuruh khadam tersebut pulang kepada rajanya kerana beliau yakin bahawa beliau akan mendapat 20 keping roti.
Raja tersebut marah kepada khadamnya apabila Rabiatul Adawiyah menyuruh memulangkan kepadanya 18 keping roti lalu raja tersebut memaksa khadam tersebut mengaku kerana telah mengambil 2 keping roti raja tersebut. Kemudian, khadam raja tersebut dihukum dengan menghantar semula 20 keping roti kepada Rabiatul Adawiyah.
Rabiatul Adawiyah tidak mahu menerima 18 keping roti tersebut pada awalnya kerana beliau yakin bahawa setiap satu kebaikan yang dibuat akan dibalas oleh Allah s.w.t. sebanyak 10 kebaikan. Sesungguhnya janji Allah s.w.t. ini sudah tertera di dalam ayat ke-160 Surah al-An’am seperti berikut :
“Sesiapa yang membawa satu amal kebaikan, maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (daripada kebaikan) yang sama dengannya" Surah al-Anam (160)
Pengajaran utama daripada kisah ini ialah Allah s.w.t. melipatgandakan amalan sedekah kita. Allah s.w.t. memberi rezeki kepada seseorang melalui tangan hamba-hambaNya. Contohnya ialah balasan sedekah Rabiatul Adawiyah oleh Allah s.w.t. adalah melalui seorang Raja.
Jika kita ingin dapatkan wang berjumlah RM1,000,000 hendaklah kita bersedekah sebanyak RM100,000.
Jika kita ingin dapatkan wang berjumlah RM100,000 hendaklah kita bersedekah sebanyak RM10,000.
Jika kita ingin dapatkan wang berjumlah RM10,000 hendaklah kita bersedekah sebanyak RM1,000.
Jika kita ingin dapatkan wang berjumlah RM1,000 hendaklah kita bersedekah sebanyak RM100.
Jika kita ingin dapatkan wang berjumlah RM100 hendaklah kita bersedekah sebanyak RM10.
Jika kita ingin dapatkan wang berjumlah RM10 hendaklah kita bersedekah sebanyak RM1.
Di manakah pilihan kita semua?
Wallhua’lam.

No comments: