Tidak dinafikan bahawa banyak lambakan buku-buku
di pasaran yang menceritakan pengalaman penulis-penulis buku untuk menjadi kaya
ataupun untuk menjadi jutawan.
Ada yang menulis cara untuk menjadi jutawan dengan
hartanah.
Ada yang menulis cara untuk menjadi jutawan dengan
menulis buku.
Ada yang menulis cara untuk menjadi jutawan dengan
pasaran saham.
Ada yang menulis cara untuk menjadi jutawan dengan
pemasaran internet.
Ada yang menulis cara untuk menjadi jutawan dengan
menjual insurans.
dan lain-lain lagi...
Menjadi jutawan tidak hanya terbatas dengan cara
tertentu sahaja. Ia mempunyai 1,001 cara untuk seseorang itu untuk menjadi
jutawan. Anda boleh mengembangkan bakat atau kemahiran yang anda miliki untuk
menjadi jutawan.
Syaratnya ialah anda perlu FOKUS kepada satu-satu
perkara sahaja. Dan elakkan membuat pelbagai perkara dalam sesuatu masa kerana
anda hanya mempunyai 2 tangan dan 2 kaki dan 24 jam sahaja sehari.
Oleh itu, buat perancangan anda sekarang! Tanyalah
diri anda soalan berikut :
“Agak-agaknya apakah kemahiran
yang aku miliki untuk membuat diri aku menjadi seorang jutawan?”
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment