Seorang sahabat satu pejabat dengan saya telah
memberitahu kepada saya bahawa beliau telah menghabiskan bacaan buku Biar
Sedikit, Asal Diberkati (BSAD) hanya satu malam! Tahniah saya ucapkan kepada
rakan saya tersebut.
Apa yang menarik bagi beliau ialah gaya penulisan
buku tersebut merupakan gaya komunikasi 2 hala antara penulis dan pembaca serta
ianya tidaklah terlalu statik berupa corak buku-buku ilmiah.
Menurut beliau lagi, buku BSAD merupakan buku asas
yang perlu dibaca terlebih dahulu sebelum membaca buku-buku kewangan yang lebih
‘advanced’ seperti buku-buku kewangan tulisan Robert T. Kiyosaki kerana buku
ini menerangkan prinsip-prinsip asas pengurusan kewangan.
Saya amat bersyukur dan amat berbangga jika
rakan-rakan saya dapat menghabiskan bacaan buku BSAD dari awal sehingga akhir
yang mempunyai 201 mukasurat. Saya bimbang jika rakan-rakan saya hanya membeli
buku saya hanya sekadar untuk mengambil hati saya sahaja dan langsung tidak
membaca buku tulisan saya.
Bagi anda yang masih belum memiliki buku BSAD,
boleh dapatkan buku ini di rangkaian kedai-kedai buku MPH atau boleh
mendapatkan secara belian online dengan menghubungi saya di email :
wan_kamarul@usa.com
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment