Sunday, January 18, 2015

Bedah Buku BSAD : Hati-hati dengan Pinjaman ASB


Ramai rakan-rakan saya memberitahu kepada saya bahawa bank-bank telah menghantar surat kepada mereka untuk memaklumkan bahawa kadar ansuran bulanan pinjaman perumahan dan pinjaman ASB akan naik bermula tahun ini. Ini adalah kerana kadar BLR naik disebabkan oleh kelembapan ekonomi semasa.

Perkara ini telah saya sebutkan dalam buku Biar Sedikit, Asal Diberkati (BSAD) iaitu kita perlu berhati-hati dengan pinjaman ASB. Ini adalah kerana kadar faedah pinjaman ASB yang ditawarkan oleh pihak bank adalah tidak tetap dan bergantung kepada kadar BLR semasa yang ditetapkan oleh Bank Negara.

Apa yang menjadi risikonya ialah apabila kadar BLR mengatasi peratus dividen ASB. Ini yang menyebabkan anda perlu menambah ansuran bulanan apabila diminta oleh pihak bank. Pendek kata, anda mengalami sedikit kerugian di sini.

Anda perlu tahu juga bahawa ekonomi negara dijangka mengalami kemelesetan pada tahun ini iaitu tahun 2015. Dalam buku BSAD, saya ada menyebut bahawa masa sesuai untuk membeli rumah adalah ketika ekonomi negara mengalami kemelesetan.

Untuk mendapatkan penjelasan lebih terperinci mengenai perkara ini anda boleh mendapatkan buku BSAD di pasaran iaitu di kedai-kedai buku rangkaian MPH.

Terima kasih.

http://wankamarul701.blogspot.com

No comments: