Kadang-kadang saya bertanyakan soalan ini kepada diri saya, “Perlukah
saya menulis novel?” Saya sejak dulu lagi memang perasan jika kalau bab-bab
novel ini sambutannya begitu panas dan amat menggalakkan di kalangan wanita
khususnya remaja-remaja. Golongan inilah sebenarnya yang melariskan jualan
novel-novel apatah lagi wanita sekarang membentuk komposisi yang lebih banyak
daripada lelaki di Malaysia pada hari ini.
Sehinggalah saya pergi mengambil buku saya semalam di kilang pencetak.
Boss kilang cetak itu menceritakan bahawa jualan novel ini memang laris. Ada
sebuah novel terbitan syarikat penerbitan bumiputera sedang mencetak sebuah
novel yang sekarang ini bilangan cetakan sudah mencecah 200,000 naskah!
Fuhhh... Busuk-busuk pun jika komisen 10% bagi harga novel yang berharga
RM25.00 maka penulis novel sudah mendapat royalti novel berjumlah RM2.50 x
200,000 = RM500,000! Sudah dapat setengah juta hasil daripada sebuah novel
sahaja!
Ini jika terbit melalui syarikat penerbitan dan bukannya terbit sendiri
(self-publsiher). Jika diterbit sendiri, maka royalti yang diterima makinlah
berlipat kali ganda. Inilah kelebihan melibatkan diri dalam bisnes penulisan
kerana anda boleh menjadi jutawan melalui bisnes ini.
Persoalannya, bolehkah saya menjadi penulis novel? Lebih-lebih lagi
saya ini bukanlah lulusan sastera atau komunikasi yang banyak menggunakan otak
kanan. Saya adalah orang matematik – banyak menggunakan otak kiri. Oleh itu,
lebih sesuai menulis buku-buku berkenaan non-fiksyen. Tetapi, jualan buku-buku
non-fiksyen apa kurang hebatnya.
Pendek kata, perancangan menulis novel ini merupakan pilihan terakhir
saya dalam penulisan buku. Banyak lagi buku-buku yang ingin saya tulis dan
sekarang ini saya sedang menulis buku yang kedua (Judulnya biarlah rahsia
terlebih dahulu). Saya pun bercadang untuk menulis buku matematik tambahan pada
masa hadapan. Bukan apa. Sekadar ingin beramal dengan ilmu yang berada di dalam
dada. Apa gunanya ada ilmu tetapi tidak dicurahkan. Benar bukan?
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment