Semua orang sedia
maklum bahawa Piala Dunia ada diadakan 4 tahun sekali. Apa yang menarik pada
kali ini ialah Piala Dunia 2014 diadakan di ambang bulan Ramadhan yakni umat
Islam bersiap-siaga untuk berpuasa selama sebulan. Lebih secara kebetulan acara
Piala Dunia 2014 ini bermula pada 13 Jun 2014 iaitu sama dengan hari nisfu
Syaaban – 2 minggu sebelum umat Islam menyambut bulan puasa Ramadhan.
Adakah ini perancangan
musuh-musuh Islam untuk melemahkan umat Islam itu sendiri?
Sejarah telah
menunjukkan bahawa umat Islam tidak dapat ditumpaskan melalui mata pedang.
Bahkan sejarah telah menunjukkan bahawa peperangan pertama umat Islam iaitu
Perang Badar berlaku pada bulan Ramadhan dan kemenangan perang tersebut adalah
memihak kepada umat Islam. Oleh itu, cara untuk melemahkan umat Islam ialah
melalui cara halus.
Kita jangan lupa
bahawa cara musuh-musuh Islam untuk melemahkan umat Islam ialah melalui 3S iaitu
– SONG, SEX, dan SPORT. Ternyata ‘S’ kali ini jatuh kepada perkataan ‘SPORT’
iaitu SUKAN. Ternyata senjata sukan pada kali ini paling berkesan untuk terus
melemahkan umat Islam yang telah lemah sejak sekian lama.
Perancangan musuh
Islam mudah sahaja – letak sahaja satu bola di stadium maka umat Islam akan
leka daripada melakukan sembahyang. Pada kali ini, berapakah orang-orang Islam
yang menonton bola sepak di Brazil betul-betul akan berpuasa? Ini belum
mengambil kira umat Islam yang lain yang sanggup menunggu siaran langsung bola
sepak secara ‘live’ di tengah-tengah pagi daripada perkara-perkara yang
sepatutnya pada bulan Ramadhan kelak.
Ada jangan terkejut
bahawa ada penceramah di sebuah masjid baru-baru ini sanggup menangguhkan
kuliah Maghribnya semata-mata untuk menonton siarang langsung Piala Thomas.
Jika beginilah akhlak orang-orang yang beragama, bagaimana pula dengan akhlak
masyarakat kebanyakan?
Gambar Menunjukkan Tapak Sukan Olimpik Tahun 1984 yang Dijadikan Kubur Umat Islam Bosnia-Herzegovina Selepas Dibunuh Tentera Serbia
Kita imbau kembali
kes pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia-Herzegovina pada tahun 1992
oleh tentera Serbia. Sebenarnya, pada tahun 1984 sukan Olimpik pada musim sejuk
telah diadakan di Bosnia-Herzegovina sebelum itu. Malangnya, banyak maksiat yang
dibuat ketika itu sehingga mengundang bala pada tahun 1992. Inilah kejayaan
musuh Islam dengan menggunakan ‘Sport’ bagi melemahkan umat Islam itu sendiri.
Adakah kita terleka
atau memang sengaja dilekakan oleh musuh-musuh Islam? Ini belum tentu mengambil
2S yang lain iaitu ‘Song’ dan ‘Sex’ yang telah lama menjahanamkan umat Islam
sejak sekian lama melalui rancangan-rancangan hiburan realiti dan kelahiran
anak luar nikah yang semakin berleluasa sekarang.
Wallhua’lam.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment