Berapakah tempoh masa Saidina Umar al-Khattab menghafal
Surah al-Baqarah? Bukan 9 hari, 9 minggu, ataupun 9 bulan tetapi Saidina Umar
menghafal surah al-Baqarah selama 9 tahun! Mengapa Sahabat Nabi menghafal surah
tersebut dengan mengambil masa terlalu lama? Tidak lain dan tidak bukan adalah
kerana baginda beramal beramal dengan satu-satu ayat yang dihafal dahulu
sebelum beralih kepada ayat yang lain. Dengan ini, ia mengambil tempoh masa
yang panjang apatah lagi surah al-Baqarah merupakan surah yang terpanjang yang
mengandungi 287 tujuh ayat dan ayat terpanjang sekali di dalam al-Quran juga
terkandung di dalam surah ini iaitu ayat 282 yang menyebut mengenai hutang.
Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada sikap
Saidina Umar al-Khattab ini? Sudah tentu contoh teladan daripada kisah ini
ialah kita perlu memahami sesuatu ilmu apabila membaca sesebuah buku khususnya
apabila membaca bahan-bahan ilmiah seperti jurnal, bahan rujukan dan sebagainya.
Bahan-bahan ilmiah semestinya memerlukan
fokus yang tinggi apabila kita membaca dan cuba memahaminya apatah lagi
bahan-bahan ini ditulis dengan bahasa yang tinggi. Oleh itu, jangan kita cuba
melompat dari satu tajuk ke tajuk yang lain apabila kita belum memahami satu-satu
tajuk sebelumnya. Jika kita membaca sekerat-kerat sahaja ini bermakna ilmu yang
kita perolehi juga tidak menyeluruh apabila membaca sesebuah buku ataupun jurnal.
Bak kata ulama’
hadis tersohor di Syria iaitu Sheikh Abd Fatah Abu Ghuddah:
“ Sesiapa yang tidak membaca dari awal hingga akhir sebuah kitab,
dia tidak akan menemui rahsia kitab tersebut.”
Wallhua’lam.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment