1. Sebenarnya istilah ‘solat hormat waktu’ tiada dalam
kamus al-Quran dan hadis. Namun apa yang ada adalah dari sudut pengamalannya sahaja. Cuma masyarakat melayu Islam yang memanggilnya dengan istilah ‘solat
hormat waktu’.
2. Adapun solat hormat waktu sebenarnya adalah bagi
sesiapa yang berada dalam keadaan darurat ketika hendak menunaikan solat
seperti tiada air untuk berwuduk, berada dalam keadaan kesesakan jalan di jalan
raya, dan sebagainya. Dengan kata lain, solat hormat waktu ialah keadaan ketika
mana kita tidak mempunyai cukup syarat untuk menunaikan sembahyang atau berada
dalam keadaan darurat.
3. Bagi mazhab Shafie, sesiapa yang berada dalam keadaan darurat
hendaklah menunaikan solat secara mana sekalipun terlebih dahulu sebelum waktu
solat habis. Selepas itu, hendaklah menqada’kan semula sembahyangnya itu yakni
sesudah mempunyai cukup syarat-syarat menunaikan sembahyang.
4. Manakala bagi mazhab Hanafi, barang siapa yang berada
dalam keadaan darurat hendaklah menunaikan solat secara mana sekalipun (seperti
mazhab Syafie) tetapi tidak perlu menqada’kan semula sembahyangnya itu.
5. Apa yang menarik bagi mazhab Hambali ialah sesiapa
yang tidak mempunyai cukup syarat untuk menunaikan solat sehingga habis waktu solat,
seseorang itu tidak perlu menunaikan solat tersebut bahkan tidak perlu menqada’kan
sembahyangnya itu kerana tidak cukup syarat untuk menunaikan sembahyang pada waktu tersebut.
6. Dalam memberikan nama kepada seseorang anak, nama yang
disukai oleh Allah s.w.t. ada 2 iaitu Abdullah dan Abdul Rahman. Adalah makruh
sekiranya kita memberi nama anak-anak kita dengan nama malaikat.
Wallhua’lam.
http://wankamarul701.blogspot.com
No comments:
Post a Comment